Ini Punca Sekumpulan Lelaki Sanggup Tidur Dikubur Selama Tujuh Hari | Khalifah Media Networks – Petaling Jaya – Sekumpulan lelaki sanggup tidur dan bermalam di tanah perkuburan selama tujuh hari. Berikutan bagi mengelakkan berlakunya amalan khurafat oleh individu yang tidak bertanggungjawab.

Menerusi perkongsian video oleh @Oreobamban di media sosial, memaparkan beberapa lelaki yang berbaring di sebelah kubur. Malah ada yang kekal berjaga bagi memastikan keadaan persekitaran selamat dan mengelak dari kejadian yang tidak diingini berlaku.

Mereka juga menyediakan beberapa keperluan seperti kipas serta khemah sebagai tempat berlindung daripada hujan dan panas ketika berada di kubur.

Sementara itu, orang ramai menonton video tersebut turut memberi pelbagai reaksi di ruangan komen dan ada yang menganggapnya sebagai tradisi. Sesetengah masyarakat menjaga pusara arwah selama tempoh tertentu.

“Itu biasanya jika berlaku kematian seorang bayi. Ia akan dijaga selama tujuh hari supaya orang yang mengamalkan ilmu sihir tidak mengambil kesempatan kepada arwah,” kata @Freshcool.

“Di tempat saya dahulu, kena jaga seperti ini sebab orang yang meninggal pergi pada hari Khamis malam,” kata @Raja Bersiong.

“Amalan seperti ini untuk elak jasad arwah dicuri oleh pihak tidak bertanggungjawab terutamanya yang mengamalkan ilmu hitam dan khurafat,” kata @Peace4u.

Sumber : Kosmo

 

Johor Masih Kekalkan SOP Solat Dengan Jarak Setengah Meter | Khalifah Media Networks – Johor akan terus mengekalkan prosedur operasi standard (SOP) bagi pelaksanaan solat Jumaat dan solat fardu lima waktu dengan jarak satu setengah meter meskipun terdapat penularan COVID-19 di sebuah masjid, di sini baru-baru ini.

Johor Masih Kekalkan SOP Solat Dengan Jarak Setengah Meter

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor Tosrin Jarvanthi berkata kes yang melibatkan kalangan jemaah masjid dan penduduk di Taman Sri Pulai Perdana. Ianya tidak akan mengubah SOP itu yang baharu berkuat kuasa 7 Jan lepas.

Baca selanjutnya Di Sini..

Share.

Leave A Reply