Johor Masih Kekalkan SOP Solat Dengan Jarak Setengah Meter | Khalifah Media Networks – Johor akan terus mengekalkan prosedur operasi standard (SOP) bagi pelaksanaan solat Jumaat dan solat fardu lima waktu dengan jarak satu setengah meter meskipun terdapat penularan COVID-19 di sebuah masjid, di sini baru-baru ini.

Johor Masih Kekalkan SOP Solat Dengan Jarak Setengah Meter

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor Tosrin Jarvanthi berkata kes yang melibatkan kalangan jemaah masjid dan penduduk di Taman Sri Pulai Perdana tidak akan mengubah SOP itu yang baharu berkuat kuasa 7 Jan lepas.

“Setakat ini kami kekalkan jarak setengah meter di masjid walaupun ada kes di Pulai Perdana. “Ia tidak berkait rapat dan tiada sebarang arahan daripada Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar (berhubung SOP solat). Jadi kami kekalkan jarak setengah meter,” katanya dalam sidang media selepas melancarkan Misi Bantuan Pascabanjir, di sini hari ini.

Mengulas lanjut Tosrin berkata pihaknya juga sedang mendapatkan maklumat terperinci daripada Kementerian Kesihatan (KKM). Berhubung 47 kes positif yang dikesan dalam kalangan jemaah masjid dan penduduk di Taman Sri Pulai Perdana.

“Saya difahamkan kes di Pulai Perdana ini melibatkan jemaah (di Johor) yang baru balik menunaikan umrah. Justeru itu kami akan dapatkan maklumat terperinci daripada KKM,” katanya.

Sumber : SK

 

Masjid Dan Surau Di Selangor Masih Kekal Solat Berjarak, Ikut SOP | Khalifah Media Networks – Kerajaan Selangor kekal dengan pendirian untuk solat berjarak mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan sebelum ini.

Exco Hal Ehwal Agama Islam, Pengguna dan Industri Halal Selangor, Mohd Zawawi Ahmad Mughni berkata, ketetapan dibuat pihak autoriti agama. Terutama Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang dinasihatkan oleh pelbagai pihak berkepentingan.

 

Baca selanjutnya Di Sini..

Share.

Leave A Reply