Seorang wanita Indonesia yang mengalami gangguan mental dirantai di tengah hutan oleh anaknya sendiri.

Ani yang berusia 50 tahun diikat lehernya dengan rantai besi sepanjang 1.5 meter pada dua batang pokok di tengah hutan di Kampung Negara Padang, Desa Kampung Baru, Kecamatan Petir, Kabupaten Serang, Baten

Menurut salah seorang ahli keluarganya yang dikenali sebagai Alfiah yang berusia 29 tahun berkata bahawa keputusan untuk meletakkan Ani di tengah hutan telah dipersetujui oleh ahli keluarganya dan penduduk setempat.

Berdasarkan perjanjian tersebut, Ani diikat bermula 17 November agar tidak lagi membuat gangguan di kampung berkenaan.

“Sebelum ini penduduk dan anak-anak berbincang. Hasilnya, ia dipersetujui untuk diletakkan di tengah-tengah hutan supaya dia tidak mengamuk dan tidak merosakkan rumah penduduk,” kata Alfiah ketika bercakap dengan Kompas.com di kediamannya.

Tidak sampai seminggu selepas diletakkan di hutan, keadaan Ani semakin teruk sehingga seorang sukarelawan membawanya berubat di Pusat Kesihatan Petir.

Selepas keadaanya bertambah baik dan Ani dibawa oleh sukarelawan ke sebuah yayasan untuk meneruskan rawatan penyakit mentalnya.

Dalam pada itu, kisah Ani serta video yang memaparkan keadaan dirinya turut tular di media sosial.

Malah, ia turut mendapat perhatian peguam, Hotman Paris Hutapea yang menggesa polis untuk menyiasat kes berkenaan dengan kadar yang segera.

@wanitapendosa56

#virall #mama 😭😭😭😭😭😭

♬ suara asli – pendosa 🥺 – pendosa 🥺

 

@tiagoshop1

Membalas @user8860591112390 Alhamdulillah ibunya sudah terbebas dari ikatan rantai di leher. #beritatiktok #fypシ #ibu #viraltiktok #orangbaik

♬ Ibu Ku Surga Ku – Cucca

 

Sumber : Mstar

Share.

Leave A Reply