Anggota Kabinet Baharu. Ini YAB PM 8 Maklum Pada Dr. Maza Yg Buat Ramai Gembira.

| March 7, 2020 | 0 Comments

Anggota Kabinet Baharu. Ini YAB PM 8 Maklum Pada Dr. Maza Yg Buat Ramai Gembira. | Sudah dua minggu kerajaan Malaysia tidak mempunyai Menteri Kabinet. Ramai rakyat tertanya-tanya siapakah anggota kabinet yang baharu. YAB Perdana Menteri memaklumkan kepada Dr. MAZA berkenaan calon Menteri Kabinet yang baharu. Baca selanjutnya.

Semalam saya dijemput oleh YAB Perdana Menteri TS Muhyiddin Yasin ke rumah beliau. Sebelum ini pun saya biasa ke sana jika beliau menjemput saya makan bersama keluarga beliau atau berbincang hal-hal tertentu. Saya sampai pada masa yang ditetapkan. Kami solat berjemaah terlebih dahulu di ruangan rumah beliau. Isteri beliau juga turut bersama. Beberapa kali saya datang saya dapati beliau sering berjemaah dalam rumah beliau. Beliau juga boleh menjadi imam dengan bacaan yang baik. Mungkin kelebihan itu disebabkan latar keluarga beliau.

Apa yang menggembirakan saya, beliau memaklumkan kepada saya -in sha ALLAH- senarai anggota kabinet beliau nanti mereka yang melepasi tapisan SPRM dan PDRM. Saya juga dimaklumkan oleh mereka yang terlibat menguruskan semalam bahawa beliau meminta setiap yang akan menganggotai cabinet beliau tidak membuat dakwaan palsu tentang sijil yang dimiliki. Setiap orang hendaklah menyatakan sijil pendidikan sebenar yang dia perolehi.

Saya memberitahu beliau, saya percaya jika anggota kabinet terdiri dari kalangan mereka yang bersih dari korupsi dan berkualiti, in sha ALLAH itu adalah hujah yang kuat untuk beliau. Bertawakkallah kepada ALLAH dan sentiasa memohon pertolongan daripadaNYA.

Rakyat inginkan kerajaan yang dianggotai oleh para menteri yang jujur, cekap, tidak memusuhi perkara-perkara asas dalam negara terutama Islam dan tidak membuat kenyataan-kenyataan yang memperbodohkan rakyat. Rakyat memerlukan kehidupan yang aman, ekonomi yang baik dan persekitaran yang selesa untuk meneruskan kehidupan.

Saya bersama rakyat yang lain menanti berita baik esok hari. Saya menyokong kerajaan yang baik demi kepentingan agama dan negara. Saya bersama bersama rakyat marhaen yang lain, bersedia menyokong, mendokong dan membantu. Demikian, saya juga bersedia untuk mengkritik kerajaan jika hal sebaliknya berlaku.

Sumber : FB DrMAZA

Tags: , , , ,

Category: SEMASA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *