Angkasawan ‘Terperangkap’ Di ISS | Sekumpulan angkasawan terperangkap di orbit mengelilingi Bumi, selepas kapal angkasa dinaiki mengalami kerosakan besar.

Portal The National News melaporkan, penyelamat sedia untuk membawa mereka pulang, tetapi ada satu masalah besar.

Hanya ada empat kerusi, namun terdapat tujuh angkasawan.

Kedengarannya seperti plot filem Hollywood, Armageddon atau Gravity.

Sebenarnya, ia dilema kehidupan sebenar yang mungkin dihadapi angkasawan di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) selepas kapsul Soyuz Rusia rosak teruk sehingga mungkin tidak dapat dibaiki.

Angkasawan Rusia, Dmitry Petelin dan Sergey Prokopyev serta angkasawan Amerika Syarikat,Frank Rubio tiba di ISS pada September dengan kapal Soyuz sama dijadualkan membawa mereka pulang pada Mac.

Dua minggu lalu iaitu ketika Soyuz itu berlabuh di ISS, ia mengalami kebocoran besar pada penyejuk dengan sebahagian pakar percaya ia tidak lagi boleh terbang dengan selamat.

Satu-satunya kapal angkasa lain di ISS adalah Dragon milik SpaceX yang membawa sekumpulan empat angkasawan, dua dari Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (Nasa) AS, Kanada dan Rusia, pada bulan Oktober.

Jika ISS perlu dikosongkan dalam keadaan kecemasan, kumpulan ini boleh melarikan diri dengan menaiki Dragon.

Bagaimanapun, tiada jalan pulang bagi tiga yang lain.

Agensi angkasa lepas Rusia, Roscomos masih menilai tahap kerosakan pada Soyuz, serta kemungkinan puncanya.

Penyelesaian terbaik pada masa ini adalah Rusia menghantar kapsul Soyuz yang dijangka dilancarkan akhir Februari atau Mac, bagi membolehkan angkasawannya pulang dengan selamat.

Sumber: Harian Metro

 

Artikel Lain

Stesen Angkasa Lepas Terima Angkasawan Dari China

Stesen Angkasa Lepas Terima Angkasawan Dari China | Beijing kini diletakkan sebagai kuasa utama angkasa lepas di dalam sejarah sekumpulan angkasawan pertama telah dihantar ke angkasa lepas baharu hari ini.

Stesen Angkasa Lepas Terima Angkasawan Dari China

Seramai tiga orang angkasawan telah dihantar ke angkasa lepas dalam misi ini dengan menaiki roket Long March-2F menuju ke Tiangong. Mereka ini akan berada di stesen angkasa lepas tersebut selama tiga bulan dalam pelancaran yang disiarkan secara langsung oleh stesen televisyen pemerintah.

Roket Long March-2F dilancarkan pukul 9.22 pagi (waktu tempatan) dari pusat pelancaran Jiuquan di Gurun Gobi, barat laut China. 10 minit kemudian, Long March-2F sampai ke orbit, manakala kapal angkasa tersebut berpisah daripada badan roket tersebut.

Menurut Pengarah Pusat Pelancaran Satelit Jiuquan, pusat kawalan aeroangkasa Beijing, roket Long March-2F telah menghantar kapal angkasa Shenzhou-12 ke orbit yang ditetapkan. Panel solar kapal angkasa itu terbuka dengan jayanya dan mereka mengisytiharkan misi Shenzhou-12 berjaya sepenuhnya.

Kapal angkasa Shenzhou-12  akan berlabuh dengan seksyen utama stesen angkasa lepas itu yang diletakkan di orbit pada 29 April lalu.

Sumber: Kosmo!

 

Angkasawan Dakwa Sempat Rakam Kelibat ‘Malaikat Angkasa’

Angkasawan Dakwa Sempat Rakam Kelibat ‘Malaikat Angkasa’ | Seorang angkasawan merakam gambar yang memaparkan kelibat kelihatan seperti ‘malaikat angkasa’ semasa mengorbit Bumi, lapor akhbar Mirror UK kelmarin.

Angkasawan Agensi Angkasa Eropah (ESA), Samantha Cristoforetti merakam pelancaran Roket Soyuz Russia pada Rabu lalu.

Dari sudut pandangannya di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS), laluan yang ditinggalkan oleh penerbangan itu mencetuskan imaginasi beberapa pemerhati.

Pakar teknologi untuk laman web CNET, Amanda Kooser, menyamakannya dengan figura malaikat dengan sayap terbentang sedang naik ke orbit.

Manakala blog IFLScience menyifatkan ia sebagai malaikat angkasa yang hebat.

“Wah, hampir kelihatan seperti adegan dari filem angkasa tahun 1960-an. Tidak kelihatan nyata. Cantik tetapi kelihatan tidak nyata,” tulis seorang pengguna media sosial.

Cristoforetti yang akan mengambil alih peranan komander ISS berkata, ia adalah salah satu rakaman pemandangan menakjubkan dari angkasa lepas.

Cristoforetti secara rasmi akan mengambil alih daripada rakan anak kapal Ekspedisi 67, Angkasawan Rusia, Oleg Artemyev.

Satu upacara penyerahan tugas dengan majlis simbolik penyampaian kunci daripada komander terdahulu akan berlangsung pada 28 September 2022.

Sumber : Kosmo

Share.

Leave A Reply