‘Annoying’ Bila Tengok Bakal Suami Mabuk, Pengantin Perempuan Batalkan Perkhawinan | Setelah segala persiapan perkahwianan dibuat, seorang wanita yang juga merupakan pengantin perempuan dari wilayah Rajgarh, India mengambil keputusan membatalkan perkahwinannya setelah melihat bakal suaminya mabuk.
Menurut laporan News18, insiden tersebut terjadi pada 7 November lalu di mana pengantin lelaki dan beberapa orang saudaranya berada di bawah pengaruh alkohol yang berat sebelum perkahwinannya. Malah pengantin lelaki berkenaan terlalu mabuk sehingga tak mampu berdiri sendiri semasa upacara berlangsung.
Melihat keadaan seperti itu, pengantin perempuan berasa jengkel dan bertindak membatalkan perkahwinannya dengan lelaki berkenaan dan tetap bulat dengan keputusannya apabila ditanya Alim Sahab (jurunikah), lapor News18.
Tindakan berani wanita berkenaan turut disokong ahli keluarganya dan dianggap ‘menyelamatkan’ dirinya daripada menghabiskan seluruh hidup bersama lelaki seperti itu.
Sumber : SK