Arab Saudi: Satu Juta Jemaah Dibenar Tunai Haji, Usia Bawah 65 Tahun |  Khalifah Media Networks –  Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi (MoHU) mengumumkan jumlah jemaah haji yang dibenarkan bagi musim haji tahun ini 1443Hijrah / 2022 Masihi terhad kepada sejuta jemaah tempatan dan antarabangsa.

Arab Saudi: Satu Juta Jemaah Dibenar Tunai Haji, Usia Bawah 65 Tahun

Menerusi kenyataan rasmi yang dikongsikan di laman Twitter hari ini. Kementerian itu menyatakan jumlah jemaah antarabangsa untuk tahun ini akan mengikut kuota yang diperuntukkan kepada setiap negara. Berkenaan dengan mengambil kira pematuhan semua kriteria penjagaan kesihatan.

Kementerian menegaskan bahawa musim haji tahun ini terbuka kepada jemaah di bawah 65 tahun yang vaksin Covid-19. Asas yang diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Saudi.

Menurut kenyataan itu, jemaah haji yang datang dari luar Saudi. Wajib menyerahkan keputusan negatif ujian PCR Covid-19 dalam tempoh 72 jam sebelum berlepas.

Kementerian turut mengingatkan keperluan jemaah haji untuk mematuhi langkah berjaga-jaga dan mengikuti semua arahan kesihatan semasa melaksanakan ibadah mereka.

Untuk rekod, tahun lalu Arab Saudi membenarkan hanya 60,000 jemaah domestik meliputi warganegaranya dan warga asing yang berada di negara itu untuk menunaikan haji.

Sumber: Harian Metro

 

 

Penulis Buku Ditahan Hina Nabi Muhammad Di Facebook |  Khalifah Media Networks – KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan dakwaan menghina Nabi Muhammad SAW di laman sosial Facebook miliknya.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan, berkata lelaki berusia 50 tahun itu ditahan di sebuah rumah. Iaitu di Taman Sri Muda, Shah Alam, pada jam 11.15 pagi, hari ini.

“Kita turut merampas satu telefon bimbit jenama iPhone XR berserta kad sim. Dipercayai digunakan untuk memuat naik hantaran itu, pada Khamis lalu.

Baca selanjutnya Di Sini..

Share.

Leave A Reply