Arab Saudi Wajibkan Dos Penggalak Kepada Jemaah Malaysia. Ini Komen Menteri Agama | Prosedur operasi standard (SOP) baharu yang mewajibkan pengambilan dos penggalak ke atas jemaah umrah Malaysia adalah berdasarkan kepada kehendak Kerajaan Arab Saudi, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad.

Arab Saudi Wajibkan Dos Penggalak Kepada Jemaah Malaysia. Ini Komen Menteri Agama

Jelasnya, dos penggalak adalah salah satu kehendak (kerajaan) Saudi ke atas jemaah umrah. Mereka ada mengeluarkan circular (pekeliling), jadi perlu mengikutinya.

Tambahnya, pintu untuk ke Tanah Suci dah dibuka mulai hari ini. Jadi jemaah perlu mengikuti syarat yang ditetapkan untuk ke sana.

Mengenai data terkini bakal jemaah umrah yang telah menerima dos penggalak, Idris berkata pihaknya tidak mempunyai data berkenaan.

Katanya statistik mengenai bakal jemaah umrah Malaysia yang sudah menerima suntikan dos penggalak ada pada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya kerana urusan SOP umrah itu adalah di bawah kementerian itu.

Sumber: Sinar Harian

Share.

Leave A Reply