Arwah Masuk Dalam Badan Aku

| July 22, 2020 | 0 Comments

Arwah Masuk Dalam Badan Aku | Hai assalamualaikum harini excited nak share pengalaman aku sebab first time ni buat cerita . Banyak je pengalaman mistik tapi nak mulakan dengan cerita ni dulu( Experienced first aku sebelum aku boleh nampak benda aneh).

Sebelum tu aku nak perkenalkan character dulu.  Aku (Rachel), bestfriend aku (Lisa) dan watak lain yang tak penting. Okay jom start…..

Kisah ni masa aku masuk sekolah berasrama penuh iaitu MRSM. Aku taknak cakap la mrsm mane kang adek adek taknak masuk mrsm pulak. Marah pengetua aku nanti. Masa aku masuk mrsm aku kawan dengan dua orang je (maksud aku yang paling rapat). Lisa ni hari hari nangis cakap rindu parents la. Aku layan je kan sebab mungkin dia tak biasa jauh dari family. One night, masa pergi prep malam, senior suruh balik asrama sebab dia cakap ade orang kene rasuk dekat surau. Bukan sorang je guys tapi hampir satu surau kene rasuk.

Senior cerita dekat kiteorang ( aku budak baru kan mesti la aku nak tau), dia cakap ustaz dulu ade buat perjanjian dengan bunian supaya tak kacau budak mrsm. Belakang mrsm tu memang hutan tebal jadi situ la tempat bunian. Mesti korang heran kan kenapa rasuk satu surau sedangkan dah buat perjanjian?

Dalam perjanjian, bunian datang 4 tahun sekali sooo aku bernasib buruk la kan sebab masuk tahun tu. Aku bukan ape takut kat orang kene rasuk, mane la tau dia tetiba cekik ke. Bunian datang bukan ape, sebab mrsm ni tempat dia dulu. Kes rasuk tu bukan malam tu je tapi berhari hari. Aku seram laa eyyy meremang bulu roma. Dah tu abeberapa hari lepastu tiba-tiba pulak kawan aku Lisa ni buat hal, dia boleh jadi pelik lepas dengar lagu Menanti Kekasih (famous lagu ni takkan taktau). Dia sekejap nangis sekejap ketawa. Aku yang takut pon tak dapat nak jauh dari dia sebab aku bestfriend dia kan.

Datang la senior tolong sembahyangkan dia tapi takde effect. Kiteorang pon taktau dia kene rasuk ke atau ape . Aku pon rasa macam asal dia ni kan sebab sembahyang pon takde effect. Senior pon teman la dia kat bilik dan perempuan dalam hostel berkumpul sembahyang jemaah. Masa tu pulak si Lisa ni keluar mintak orang pasangkan lagu Menanti Kekasih. Semua taknak dekat dia weh. Lari masuk bilik, kunci pintu dan tido tanpa tutup lampu. Biasa la masa tu budak hingusan lagi semua penakut.

Tau tak lepas tu si Lisa cari aku weh ahahaha die ketuk pintu suruh aku keluar. Aku takde dalam bilik aku sendiri sebab aku takut dia cari aku. Tapi hmm roomate aku bagitau lokasi aku dekat mana. Aku takde pilihan buka pintu bercakap dengan dia. Dia minta aku tido dengan dia weh. Seram tu taktau nak cakap camne. Sejam lebih tak tido sebab aku takut kat die ahaha dasar bocah penakut .

THE NEXT DAY……….

Kiteorang pergi kelas macam biasa dan lepastu habis kelas aku terus balik bilik. Borak dengan Lisa mane tau dia dah okay tak kene ganggu makhluk lagi. Kiteorang pergi prep pukul 6, jadi mandi awal pastu. ( Giler aku masuk upper form makin lambat pergi prep, siap kene denda lagi. Jangan cakap perempuan pendiam tak buat kes eh).. Okay sambung cerita, part ni dah nak mula seram . Lisa ajak mandi dan masa tu dia tolak aku masuk bilik mandi nak mandi sama . Aku cakap la kat dia ” Eh Lisa, bagi la aku keluar dulu sebab aku tak cuci pad lagi ni.” Dia boleh ketawa pulak. pad tu benda kotor weh takkan aku nak biarkan camtu je. Kau bayangkan dia buka shower basahkan aku ( aku seram masa ni plus terfikir dia lesbian ke), d***h mengalir. Air shower ni memang akan pergi kat longkang so of course d***h kotor aku mengalir sana jugak kan.

Habis je mandi pergi prep macam biasa. ( Ready guysss )
Pastu malam tu aku tido dengan Lisa. Kiteorang berborak la sampai tengah malam . Dia cakap ” Rachel, tido lambat malam ni sebab aku nak tunggu pukul 12 nak wish birthday abang aku.”. For your information, abang dia dah lama meninggal sebab sakit tapi doctor pon tak dapat detect dia sakit ape. Kesian kan. Semoga arwah tenang. Aku heran jadi aku tanya dia ” Wish ?”. Lisa pon cakap sebelum abang dia dikuburkan, family dia ada letak telefon dalam keranda plus top up kredit dia selalu. Aku pon jawab ohhh je la. Tepat je pukul 12, Lisa wish birthday so aku ponn tengok sekali la message dia hantar.

Guess what. Abang dia reply weh. Aku sendiri pon tengok masa tu. Aku tak takut pon jadi lepas tu kiteorang pon tido. Dan masa ni aku tak sedar diri tapi part ni based on ape kawan aku cerita. Lisa cakap aku gerakkan dia pukul 2 pagi (meremang weh type ni), aku tunjuk dinding lepastu aku cakap ” tengok tu” lepastu lisa pon jawab ” ape bende takda ape sana” lepastu Lisa pun sambung tido. Beberapa minit lepas tu aku gerakkan Lisa lagi suruh dia tengok dinding ( skrip yang sama je). Dia heran la jadi dia tak layan aku. Aku taktau roh aku kat mana masa tu sebab rasanya abang dia pinjam badan aku nak baring sebelah adik kesayangan dia kan. Mungkin arwah rindu adik dia jadi dia pinjamkan badan aku. Lisa terbangun lagi dalam pukul 3 kot dia cakap mata aku masih lagi terbuka weh. Tak berkelip langsung. Dia apa lagi rasa seram jadi dia tido terus.

Dah dekat subuh, kawan kawan aku yang nak pergi surau pon bangun. Dieorang ade bercakap dengan aku tapi aku langsung tak jawab weh. Mata aku tak berkelip langsung. Kau bayangkan banyak orang tengok mata aku tak berkelip ( mata aku jenis mata besar lagi la seram kalau tak berkelip). Pastu aku taktau camne kawan muslim gerakkan aku atau sembahyangkan aku. Lepas kawan muslim datang baru la aku sedar diri tapi pastu aku tutup matala tido terus sampai pagi.

Masa  aku nak pergi kelas, kawan tanya asal mata aku tak berkelip eh. Dari tengah malam sampai subuh mata aku tak tutup. Aku taktau roh aku kat mana lagipun aku tak sedar apa apa. Aku malas nak layan kawan kawan. Pagi tu aku tido kat kelas, bukan sengaja nak tido tapi sebab badan aku sakit sangat. Memang keseluruhan badan aku rasa sakit dan paling sakit la mata aku sebab tak berkelip masa roh aku hilang taktau ke mana. merayau kot. Bagi aku sakit roh lain tumpang badan kite. Rasa sakit masa dah sedar diri tu lain macam sakit dia. Aku taktau la kawan aku ingat lagi ke tak kisah ni sebab tak ramai jugak tau.

Sampai sini je. Lepas dari first experience ni, banyak benda mistik terjadi plus aku nampak budak kecik dan banyak lagi kat rumah aku. Dah la bye maaf kalau tak menarik sangat. Sekian terima kasih..

Kredit: Fiksyenshasha

Tags: , ,

Category: Uncategorized

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *