Penduduk Terjumpa Ular Gergasi Ketika Bersihkan Kebun. | Sudah pasti kita pernah menjumpai pelbagai jenis ular kan. Ada ular yang berbisa dan ada yang tak bisa. Baru-baru ini kecoh di media sosial apabila penduduk di sebuah kampung di Indonesia menemui seekor ular gergasi. Gempar penduduk di Kabupaten Muna Barat , Sulawesi Tenggara Indonesia telah menemui seekor ular sawa raksasa ketika sedang memotong rumput di kebun yang bakal digunakan untuk menanam jagung. Menurut Detik, ular sawa yang ditemui itu berukuran sepanjang tujuh meter dan berat mencecah 130 kilogram itu ditemui sedang melingkar di dalam kebun penduduk kampung tersebut. Menurut Ketua Kampung…
Author: Aliff Mazlan
Serbuan kedua telah dilakukan oleh Jabatan Imigresen Pulau Pinang di kilang plastik dan kotak di kawasan perindustrian Juru pagi tadi selepas pihak mereka berjaya menahan 45 pekerja asing . Serbuan dilakukan sepasukan 23 penguat kuasa dan pegawai imigresen negeri pada jam 10.40 pagi hasil maklumat yang diperoleh. Pengarah Imigresen Pulau Pinang, Shah Inor Shahbudin, berkata beberapa pekerja asing cuba meloloskan diri sebaik melihat kehadiran anggota pihak berkuasa, namun berjaya dicekup. Secara keseluruhan, seramai 45 pekerja asing berusia antara 20 hingga 35 tahun diperiksa di kedua-dua premis dan semua dikesan melakukan pelbagai kesalahan imigresen. Jelasnya lagi, antara kesalahan adalah tiada dokumen…
Di Minahasa Tenggara Sulawesi Utara, seorang kanak-kanak yang berusia tiga tahun dilaporkan mengalami hiportemia setelah tersesat selama dua hari selepas ibu bapa mangsa membawanya mendaki gunung. Menurut Detik, mangsa ditemui telah tersesat bersama tujuh lagi pendaki dewasa di Gunung Soputan yang turut serta dalam pendakian itu. Kata Ketua Basarnas Manado Mone Brury dalam satu kenyataan berkata, pasukan SAR gabungan menemui mangsa di tepi jalan sedang berehat kerana kanak-kanak tersebut mengalami gejala hipotermia. Monce berkata, mangsa dan tujuh pendaki dewasa itu pada awalnya dilaporkan hilang pada hari Ahad 25 September lalu. Pasukan SAR kemudiannya dikerahkan untuk mencari mangsa dengan kadar segera.…