Di Minahasa Tenggara Sulawesi Utara, seorang kanak-kanak yang berusia tiga tahun dilaporkan mengalami hiportemia setelah tersesat selama dua hari selepas ibu bapa mangsa membawanya mendaki gunung.

Budak 3 Tahun Sesat Di Hutan Ditemui. Keadaan Terkininya Buat Ramai Sayu

Menurut Detik, mangsa ditemui telah tersesat bersama tujuh lagi pendaki dewasa di Gunung Soputan yang turut serta dalam pendakian itu.

Kata Ketua Basarnas Manado Mone Brury dalam satu kenyataan berkata, pasukan SAR gabungan menemui mangsa di tepi jalan sedang berehat kerana kanak-kanak tersebut mengalami gejala hipotermia.

Monce berkata, mangsa dan tujuh pendaki dewasa itu pada awalnya dilaporkan hilang pada hari Ahad 25 September lalu. Pasukan SAR kemudiannya dikerahkan untuk mencari mangsa dengan kadar segera.

Beliau berkata, Satu pasukan penyelamat bergerak pantas kerana terdapat seorang kanak-kanak yang masih kecil menyertai pendakian itu.

Bagaimanapun, pasukan penyelamat SAR hanya menemui pendaki yang tersesat itu sekitar jam 8.00 pagi Isnin lalu. Monce mengesahkan bahawa kesemua pendaki gunung yang tersesat itu ditemui dalam keadaan sihat.

Selepas itu, Pasukan SAR segera memindahkan mangsa dan kanak-kanak itu dengan menggunakan motosikal untuk dibawa turun dari kawasan pendakian itu, memandangkan kanak-kanak tersebut mengalami gejala hipotermia. Kesemua mangsa berjaya dipindahkan dengan selamat.

Difahamkan, pendaki yang tersesat itu masing-masing berumur antara 18 hingga 27 tahun. Termasuk kanak-kanak yang masih berusia tiga tahun itu.
Sumber : Siakap Keli

Share.

Leave A Reply