Kanak-Kanak Termakan Keropok Beracun Meninggal Dunia. | KHALIFAH MEDIA NETWORKS : Kulim: Kanak-kanak berusia tiga tahun yang makan keropok mengandungi racun tikus di Kampung Padang Ubi, Labu Besar, di sini Ahad lalu, meninggal dunia hari ini. Muhammad Akil Syauqi, 3, disahkan meninggal dunia. Ketika menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang (HPP), manakala adiknya, Muhammad Luth Syauqi, 2, masih dirawat di hospital sama. Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Mohd Azizul Mohd Khairi berkata, kanak-kanak itu meninggal dunia jam 8.30 pagi tadi di HPP. Dalam kejadian Ahad lalu, dua beradik lelaki berusia dua dan tiga tahun kritikal selepas makan makanan ringan berupa…
Author: Admin Soleh
Dua Beradik Makan Makanan Ada Racun. Ini Keadaan Terkini Mereka. | KHALIFAH MEDIA NETWORKS : Kulim: “Saya agak kesal dengan apa yang berlaku kerana pemilik kebun itu menggantung makanan ringan (mengandungi racun) itu. Di tepi pagar berdawai di tempat yang rendah dan mampu dicapai dua cucu,” kata Saadiah Yaacob, 62. Saadiah adalah nenek kepada dua beradik, Muhammad Akil Syauqi Abdul Rahman, 3, dan Muhammad Luth Syauqi Abdul Rahman, 2. Yang kritikal selepas makan makanan ringan yang disyaki mengandungi racun tikus di kawasan kebun di Kampung Padang Ubi, Labu Besar di sini, semalam. IKUT DATUK MENCARI LEMBU Menceritakan kejadian itu, Saadiah…
Bapa Mengamuk Rambut Anak Dipotong Ustaz. Ini Yg Terjadi Selepas Itu. | KHALIFAH MEDIA NETWORKS : SHAH ALAM – Tular video berdurasi 1 minit 20 saat yang memapar tindakan seorang lelaki menengking seorang guru kerana tidak berpuas hati rambut anaknya di potong dalam kejadian di sebuah sekolah agama swasta dekat sini. Lelaki berkenaan bertemu dengan guru yang bertanggungjawab untuk mendapatkan penjelasan tentang kewajaran pihak sekolah memotong rambut anaknya. “ Yang kau usik ni bukan anak binatang, rambut panjang tak masuk neraka, kau tahu tak, “Rasulullah punya rambut macam mana?,” soal lelaki itu, Lelaki itu turut mempertikaikan tindakan guru berkenaan mengenakan…
Bangkai Sotong Gergasi Terdampar Di Pantai. Tanda Apakah Ini? | KHALIFAH MEDIA NETWORKS : Sotong gergasi terdampar di tepi pantai? Baru-baru ini ada satu pages di facebook telah memuatnaik beberapa keping gambar seekor sotong gergasi yang terdampar di sebuah pantai. Jika perkara ini terjadi apa yang perlu kita lakukan? Mengapa sotong terdampar di tepi pantai? Salah satu punca ialah mungkin sotong itu cedera atau sakit. Kerana jika ia cedera atau sakit, ia tidak mampu untuk berenang ke habitatnya. Selain itu, perubahan suhu air juga menjadi salah satu faktor sotong gergasi akan keluar daripada habitatnya. Pencemaran seperti tumpahan minyak atau bahan…
Imam Rebah Dan Meninggal Dunia Ketika Menyampaikan Kuliah Maghrib. | KHALIFAH MEDIA NETWORKS : Kematian yang dicemburui. Inilah pengakhiran hidup yang kita idam-idamkan. Mati yang dicemburui ialah mati kerana dalam keadaan husnul khatimah dan bukan mati dalam suul khatimah. Kami kongsikan kisah seorang Imam masjid yang rebah dan meninggal dunia ketika menyampaikan kuliah maghrib. Kuala Nerang: Seorang imam meninggal dunia selepas rebah ketika menyampaikan kuliah agama. Di Masjid Al Falah, Kampung Bukit Nambua, di sini malam tadi. Dalam kejadian itu, mangsa, Ismail Md Taib, 75, atau dikenali sebagai Paksu Eil. Disahkan meninggal dunia selepas solat Maghrib di masjid berkenaan sekitar…
Ditanya Tentang Subsidi Petrol RON95. Ini Jawapan Rafizi Ramli. | KHALIFAH MEDIA NETWORKS: Kerajaan sedang meneliti keperluan rasionalisasi subsidi dilaksanakan kepada petrol RON95. Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli bagaimanapun berkata, buat masa ini tumpuan dan keutamaan akan diberikan kepada pelaksanaan subsidi diesel sehingga penyasarannya menjadi stabil. “Ia sekali gus mencapai objektif yang ditetapkan, antaranya untuk memperkukuh kemampanan fiskal negara serta mengurangkan ketirisan dalam pengagihan subsidi diesel. “Sekiranya rasionalisasi subsidi ke atas petrol RON95 dilaksanakan pada masa akan datang, kerajaan akan mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan golongan terkesan akan diberikan bantuan sewajarnya,” katanya dalam jawapan bertulis di Parlimen hari ini. Beliau…
Pakaian Rasmi Kontinjen Negara DIKECAM. Ini RESPON Ketua Kontinjen. | KHALIFAH MEDIA NETWORKS :Rekaan yang cantik pada pakaian rasmi kontinjen negara ke Sukan Olimpik 2024 tidak membawa sebarang erti. Sekiranya mereka gagal menjelmakan kilauan emas sulung negara di Paris nanti. Ketua Kontinjen (CDM) Datuk Hamidin Mohd Amin berkata. Tema utama pakaian rasmi dihasilkan termasuk penggunaan warna emas, berbanding jingga sebelum ini. Ia bertujuan untuk membawa aura pingat yang menjadi idaman kontinjen negara pada temasya sukan berprestij dunia tersebut. SETUJU DENGAN YONEX “Kita sudah setuju dengan Yonex (pengeluar pakaian rasmi) untuk tunjuk warna emas. Warna jingga sudah lama sejak 2004 lagi.…
Kes Adik Zayn. Ini Komen Ketua Polis Selangor. | KHALIFAH MEDIA NETWORKS : Selepas ibu bapa Zayn Rayyan diikat jamin RM20,000 di Kompleks Mahkamah Petaling Jaya hari itu. Ramai rakyat Malaysia ternanti-nanti apa keputusan kes ini. Kes ini belum selesai dan ini kata-kata Ketua Polis Selangor. “Kita dah tuduh, tunggu hari perbicaraan,” demikian kata Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan. Ketika ditanya mengenai maklumat terkini kes pembunuhan kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan Abdul Matiin pada Isnin. Sebutan semula kes ibu bapa Zayn Rayyan. Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira Abdul Manaf yang didakwa di Mahkamah Sesyen pada 13 Jun lalu. Atas…
Pemegang Kunci Pintu Kaabah Meninggal Dunia. | KHALIFAH MEDIA NETWORKS : MEKAH – Sheikh Saleh Al Shaiba telah meninggal dunia, lapor laman berita Islamic Information. Beliau merupakan penjaga dan pemegang kunci Kaabah ke-109 selepas sahabat Nabi, Uthman ibn Talha. Tugas menjaga Kaabah menjadi tanggungjawab keluarga Sheikh Saleh Al Shaiba untuk tempoh waktu yang lama. Tanggungjawab tersebut bermula selepas Nabi Muhammad menakluki kota suci Mekah. Baginda bersabda, keluarga Al Shaiba perlu melakukan tugas penting tersebut dan mereka melaksanakannya sejak dari itu. Solat jenazah Sheikh Saleh Al Shaiba diadakan di Masjidil Haram. Selepas solat jenazah selesai, beliau dikebumikan di Tanah Perkuburan Al…
Selepas 10 Tahun Isyarat Terbaru MH370 Dikesan Semula. | KHALIFAH MEDIA NETWORKS : LONDON: Penyelidik Britain mengesan isyarat yang mungkin membawa kepada penemuan pesawat Malaysia Airlines MH370. Yang hilang di Lautan Hindi sedekad lalu, menurut akhbar harian The Telegraph. Isyarat itu dikesan di Cape Leeuwin di Australia Barat. Satu daripada dua stesen hidrofon yang berada dalam puluhan minit bagi tempoh penerimaan isyarat masa perjalanan dari hubungan terakhir dengan radar pesawat. Pesawat yang membawa 239 penumpang dan anak kapal itu dipercayai kehabisan minyak dan terhempas ke dalam lautan. Selepas melencong daripada perjalanan Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac 2014. Walaupun…