Author: Admin Soleh

Abu Ziyad atau lebih dikenali sebagai Admin Soleh merupakan seorang penulis blog yang sangat berpengalaman. Beliau pernah mendapat anugerah penulis Ghost Writer terbaik pada tahun 2020.

Video Akak Pejabat Pos Mengamuk Tak Jaga Jarak. Terbaik! | Sebuah video memaparkan seorang kakitangan pejabat Pos Malaysia memarahi pelanggan yang berasak-asak di sebuah pejabat Pos Malaysia dipercayai di Klang tular di media sosial hari ini. Video berdurasi 14 saat yang dikongsi di Facebook Anak Felda itu turut memaparkan ratusan pelanggan yang dipercayai warga asing beratur tanpa penjarakan fizikal bagi memasuki premis tersebut untuk urusan memperbaharui pasport. Lebih menarik perhatian adalah kelihatan seorang kakitangan wanita meninggikan suara mengarahkan warga asing tersebut untuk menjaga penjarakan fizikal atau tidak dibenarkan masuk ke premis berkenaan. Tinjauan Kosmo! di ruang komen mendapati, orang ramai…

Read More

Adam Corrie Kongsi Pengalaman Selepas Islamkan 20 Orang. | “Kebanyakan saudara baharu yang saya Islamkan dapat hidayah lepas dengar azan.” Demikian kata pelakon Adam Corrie yang video dimuat naik dalam Instagram menyaksikan dirinya mengislamkan dua pasangan menjadi perbualan netizen. Adam atau nama Islamnya, Adam Corrie Lee Abdullah memaklumkan, setakat ini, dia sudah mengislamkan seramai 20 orang saudara baharu. “Saya baru sahaja mengislamkan seorang saudara baharu hari ini di Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim). Menariknya cerita saudara baharu ini, dia seorang perempuan dan mengalami kemalangan pada 2007. “Dia cerita kepada saya sebelum membulatkan tekad memeluk Islam, dia selalu bermimpi bertemu malaikat.…

Read More

Rentas Negeri. Ini Pengumuman DS Hishammuddin. | KUALA LUMPUR: Kelonggaran baharu yang dipersetujui secara prinsip, termasuk kemungkinan rentas negeri akan diumumkan Perdana Menteri dalam tempoh terdekat. Menteri Kanan (Pertahanan), Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata keputusan berhubung perkara itu diperincikan dalam mesyuarat khas membabitkan tiga lagi kementerian, hari ini. Katanya, inti pati perbincangan dan keputusan berkenaan kemudian akan dibentangkan kepada Perdana Menteri dan diumumkan mengikut masa dan tempat tertentu. “Kelonggaran baharu sudah dipersetujui secara prinsip, Perdana Menteri (Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob) akan umum dalam tempoh terdekat. “Keputusan empat menteri hari ini akan dibawa kepada Perdana Menteri dan beliau akan tentukan…

Read More

Tular Video Seorang Gadis Dirompak Ketika Beriadah. | Beberapa hari lalu, pengumuman mengenai taman rekreasi awam kembali dibuka bagi tujuan beriadah ibarat berita sangat gembira kepada semua penduduk khususnya negeri di Fasa 1, Pelan Pemulihan Negara. Ekoran itu, rata-rata individu yang sudah menerima vaksin lengkap memanfaatkan peluang itu dengan melakukan aktiviti yang dirindui mereka seperti bersukan. Pun demikian, semalam terdapat satu cerita malang yang berlaku dan telah dikongsikan di media sosial. Sebuah kereta jenama tempatan di kawasan parkir Taman Tasik Permaisuri, Kuala Lumpur telah dipecah oleh perompak ketika pemilik kenderaan itu sedang berjoging! Menurut pemilik akaun TikTok @mr_penyu yang memuat…

Read More

15 Orang Ditemui ‘Larikan Diri’ Dari Covid-19. | HANOI: 15 orang termasuk seorang budak lelaki berusia tujuh tahun dijumpai di dalam sebuah trak sejuk di Vietnam selepas mereka cuba melarikan diri dari kawasan selatan yang teruk dilanda COVID-19. Menurut laporan akhbar dalam talian Phap Luat di Ho Chi Minh City, polis di wilayah Binh Thuan menemui 15 orang di dalam kenderaan yang mencurigakan ketika cuba melalui pusat pemeriksaan dalam perjalanan ke utara, semalam. “Polis terkejut melihat 15 orang di belakang trak. Sebilangan mereka berpeluh dan menunjukkan gejala sesak nafas,” menurut laporan itu sambil menambah bahawa penumpang membawa sijil ujian COVID…

Read More

Hadiah Terakhir. Isteri Meninggal Dunia Kerana Covid. | NILAI: Seorang bapa reda dengan ketentuan Ilahi apabila isterinya meninggal dunia akibat jangkitan COVID-19, namun anak dikandungnya selamat dilahirkan dalam keadaan pramatang ketika itu. Mohd Shahril Hakimi Hamdan, 41, berkata selepas dimaklumkan dia sekeluarga menghidap jangkitan virus itu, hanya isteri, Hasmira Hussain, 38, dan anak sulungnya, Nurhasmieda, 20, dibawa ke Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban pada 4 Ogos lalu kerana ada alahan. “Pada mulanya saya jangka isteri hanya terkena jangkitan biasa, tetapi pada 7 Ogos lalu doktor memaklumkan dia terpaksa ditidurkan dan anak dikandungnya terpaksa dibedah sehari selepas itu walaupun dalam keadaan pramatang.…

Read More

Isu Masjid Putrajaya. Ini Penjelasan Dan Respon Imam Besar Masjid. | Imam Besar Masjid Putrajaya, Ikmal Zaidi Hashim menyifatkan perbuatan merakam dan menyebarkan video yang mendakwa seorang kenamaan (VIP) mendapatkan layanan istimewa adalah satu tindakan tidak bertanggungjawab. Menerusi satu video yang disiarkan secara langsung di laman Facebooknya, Ikmal berkata, tindakan itu sengaja untuk memburukan seseorang serta mempunyai agenda tertentu untuk mencari salah orang lain. “Dia (jemaah) dah lambat, dia tak nak balik, dia duduk depan pagar tu, dia duduk macam tu “Bagilah masuk, bagilah masuk”. “Eh siapa nak masuk kau ingat apa? Lepas tu ambil gambar, ha itulah perangai orang…

Read More

Langkawi Bakal Dibuka. Ini Jumlah Terkini Tempahan Hotel. | Langkawi: Pengusaha hotel di pulau ini yang kehilangan pendapatan lebih setahun setengah susulan penutupan sektor pelancongan akibat Covid-19, kini mula tersenyum lebar apabila Langkawi bakal dibuka kepada pelancong 16 September ini. Mereka mula menerima tempahan sejurus Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (Motac) mengumumkan prosedur operasi standard (SOP) gelembung pelancongan Khamis lalu. Naib Pengerusi Persatuan Hotel Malaysia (MAH) Kedah/Perlis, Razmi Rahmat berkata, hotel-hotel yang bernaung bawah MAH mula menerima tempahan antara 20 hingga 50 peratus. “Difahamkan beberapa hotel lima bintang yang letaknya berhampiran Pantai Kok, Datai, Chenang dan Penarak sudah menerima tempahan…

Read More

3 Beranak Ditemui Mati Dalam Keadaan Menyayat Hati. | BANJARMASIN – Tiga beranak ditemui mati dalam keadaan menyayat hati apabila terperangkap dalam timbunan pakaian di sebuah gudang dua tingkat di Kalimantan Selatan, Indonesia pada Jumaat. Kejadian di kawasan Ratu Zaleha, Banjarmasin Timur itu hanya disedari kira-kira dua hari selepas penduduk setempat tidak melihat kelibat ketiga-tiga mangsa. Polis berkata, mangsa merupakan pasangan suami isteri berusia 42 dan 33 serta anak lelaki mereka yang berusia enam tahun. Menurut Ketua Siasatan Jenayah Polis Banjarmasin, Komisioner Alfian Tri Permad, pasangan suami isteri itu adalah pekerja di gudang tersebut dan menjadikan premis berkenaan sebagai tempat…

Read More

Berang Tak Dapat Duit. Lelaki Ini Tikam Kepala Adiknya. | PETALING JAYA: Polis menahan seorang lelaki kerana disyaki menikam kepala adiknya menggunakan gunting dalam pergaduhan di Kampung Pintas, Beaufort, Sabah, semalam. Dalam kejadian kira-kira 5.30 petang, suspek berusia 31 tahun dikatakan mengamuk selepas gagal mendapatkan wang yang dipercayai untuk membeli dadah daripada ibunya. Ketua Polis Daerah Beaufort, Yusoff Zaki Mat Yaacob berkata, suspek turut merosakkan barang di sekeliling sambil menjerit. Katanya, adik suspek berusia 25 tahun yang melihat kejadian itu menegurnya, namun dia pula diserang. Beliau berkata, pergelutan berlaku antara mereka sehingga suspek dikatakan mengambil gunting dan menikam kepala adiknya.…

Read More