BENGGANG Kerana Selalu Dibandingkan. Cucu Bakar Rumah. | | New Delhi: Gara-gara sering dibandingkan dengan sepupunya, seorang remaja lelaki bertindak membakar rumah dihuni datuk dan neneknya di Salem, Tamil Nadu, India, menyebabkan pasangan itu maut. Times Now News melaporkan, insiden itu berlaku pada Isnin lalu dan suspek berumur 16 tahun. Mangsa dikenal pasti sebagai Kaatu Raja, 70, manakala, isterinya, Kaasiyammal, 60. Pada pagi hari kejadian, jiran mangsa mendengar jeritan dan terus bergegas ke lokasi untuk melihat apa yang berlaku. Dia terkejut apabila melihat kebakaran di rumah mangsa. Menurut The Indian Express, rumah mangsa berkunci dan jirannya cuba memecahkan pintu untuk…
Author: Admin Soleh
Pengedar Dadah Tak Sengaja “Call” Polis Ketika Tidur. | Polis Jerman berjaya menahan seorang pengedar dadah di rumahnya selepas dia tertidur di atas telefonnya dan secara tidak sengaja telah menghubungi nombor polis. Pengendali bilik kawalan dilaporkan hanya dapat mendengar bunyi dengkuran ketika panggilan tersebut masuk sekitar jam 1 pagi hari Sabtu. Walaupun tidak mendapat sebarang maklumat berkenaan kecemasan, anggota polis tetap dihantar ke rumah lelaki yang berusia 23 tahun yang terletak di bandar Waldbröl, sekitar 30 batu sebelah timur Cologne. Rakannya yang berusia 21 tahun terkejut selepas membuka pintu dan mendapati terdapat anggota polis di hadapan rumah pintu rumah mereka.…
Ini Jumlah Pelancong Yg Masuk Langkawi Hari Ini. | PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan mengesan lima kes positif daripada 2,528 orang yang menjalani ujian RTK-Ag sebelum mereka berlepas ke Pulau Langkawi di pintu masuk udara dan laut, hari ini. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sehingga jam 12 tengah hari, seramai 2,546 orang telah disaring di pintu masuk udara dan laut ke Pulau Langkawi melibatkan 1,250 orang yang telah disaring di empat pintu masuk lapangan terbang dan 1,296 orang melalui feri di Kuala Perlis. “Susulan ujian RTK-Ag ke atas 2,528 orang, sebanyak lima kes positif Covid-19 dikesan merupakan…
VIDEO. Lelaki Kurang Siuman Mengamuk Di Jalan Raya. | GEORGETOWN: Pasukan bomba mengambil masa kira-kira sejam untuk mengawal dan membantu pihak polis menahan seorang lelaki dipercayai kurang siuman yang berjalan sambil memegang sebilah sabit di Jalan Ketitir, Bukit Gambir di sini pagi tadi. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri, Saadon Mokhtar berkata, pihaknya menerima panggilan bantuan ancaman orang kurang siuman daripada pasukan polis pada pukul 10.52 pagi dan tiba ke lokasi kejadian kurang 10 minit kemudian. Menurutnya, bantuan menyelamat melibatkan seramai lapan keanggotaan termasuk penyelia dari Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Perak. “Sebaik sahaja pasukan bomba tiba di lokasi kejadian…
Nak Melancong Ke Langkawi? Ini Syarat Terbaru Dari YB KJ. | Putrajaya: Pelancong yang akan menikmati gelembung pelancongan melalui Projek Rintis Langkawi bermula esok diwajibkan menjalani ujian pengesanan Covid-19 sebelum memulakan perjalanan. Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin Abu Bakar pada kenyataan hari ini berkata, ujian pengesanan Covid-19 sama ada RT-PCR atau RTK-Antigen perlu dilakukan di mana-mana fasiliti kesihatan serta makmal swasta dalam tempoh 48 jam sebelum tarikh berlepas. Kata beliau, keputusan ujian itu perlu dibawa bersama untuk pemeriksaan di pintu masuk sama ada lapangan terbang atau terminal feri sebelum berlepas. “Pelancong juga boleh membeli kit ujian kendiri saliva dan membawanya ke…
Pencemaran Kimia. Ini Tindakkan Pantas Polis Johor. | Johor Bahru: Empat lelaki termasuk pemilik premis yang dipercayai terbabit dalam insiden pembuangan sisa kimia di Kampung Baru Sri Aman, Seelong, Kempas, di sini, malam tadi, ditahan polis, hari ini. Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, empat suspek itu ditahan di premis di Seelong dalam satu serbuan 11.30 pagi tadi. “Penahanan empat suspek termasuk seorang pemilik premis itu dilakukan atas maklumat Jabatan Alam Sekitar (JAS) Johor, selepas agensi berkenaan membuat penelitian terhadap sisa kimia yang dipercayai dibuang ke tali air dan Sungai Tawakal di kampung ini. “Polis akan beri…
GEMPAR. Ratusan Penduduk Sebuah Kampung Di Johor Terpaksa Dipindahkan. | Johor Bahru: Dua penduduk Kampung Baru Sri Aman, Seelong, di sini, pengsan, selepas terhidu bau busuk disyaki bahan kimia dari sungai berhampiran kampung itu. Dalam kejadian 10.30 malam tadi itu, dua wanita, masing-masing berusia 20 serta 40 tahun itu dihantar ke Hospital Sultanah Aminah dan Hospital Sultan Ismail bagi mendapatkan rawatan kecemasan. Sehubungan itu, arahan pengosongan kampung itu dibuat dengan 102 penduduk kampung terpaksa dipindahkan sementara ke Balai Raya Kampung Sinaran Baru. Penolong Kanan Penguasa Bomba dan Ketua Unit Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat) Jabatan Penyelamat Bomba Malaysia (JBPM)…
Isu 2 Darjat Solat Jumaat. Ini Tindakkan Imam Buat Ramai SETUJU. | Imam Masjid Putra, Ustaz Ikmal Zaidi Hashim memohon maaf kepada seluruh umat Islam berhubung video penjelasannya mengenai isu layanan dua darjat bagi solat Jumaat di Masjid Putra, baru-baru ini. Ikmal berkongsi rakaman maaf secara terbuka itu menerusi laman Facebook Masjid Putra Putrajaya, kira-kira pukul 10.25 malam tadi. Menurutnya, beliau memohon maaf berhubung penjelasannya yang dilihat agak keterlaluan berhubung video tular itu. “Dengan rendah hati, saya ingin memohon maaf atas segala keterlanjuran tersebut dan berazam serta berjanji akan membaiki keadaan terutama berkaitan pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) di Masjid…
Buka langkawi. Ini Pesanan DS Hishammuddin Pada YB Nancy. | KUALA LUMPUR: “Jadi mesej saya kepada YB Nancy (Datuk Seri Nancy Shukri), buktikan yang (gelembung pelancongan) Langkawi selamat untuk dikunjungi” pesan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein. Itu tegas Menteri Kanan Pertahanan agar Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dapat membuktikan projek rintis itu berjaya, bagi meyakinkan kerajaan untuk membenarkan pembukaan lebih banyak aktiviti pelancongan di seluruh negara. Katanya, pembukaan lebih banyak sektor pelancongan negara bergantung kepada kejayaan Gelembung Pelancongan Projek Rintis Pulau Langkawi. “Ia menjadi tanggungjawab YB Nancy dan MOTAC untuk membuktikan kepada kami bahawa mereka boleh lakukan di Langkawi…
Meninggal Dunia Ketika Tunggu Giliran Di Kaunter JPJ. | Bangi: Seorang lelaki warga emas ditemui meninggal dunia ketika menunggu giliran untuk berurusan di kaunter Cawangan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Seksyen 7, Bandar Baru Bangi, di sini, hari ini. Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Mohd Zaidi Hassan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 10.21 pagi. “Kami dimaklumkan lelaki berusia 76 tahun berkenaan tidak sedarkan diri ketika berada di kerusi tempat menunggu di kaunter JPJ berkenaan. “Pihak ambulans yang tiba di lokasi kemudian mengesahkan lelaki berkenaan sudah meninggal dunia,” katanya dalam kenyataan, hari ini. Menurutnya, mayat lelaki…
