Seorang Lelaki Maut Selepas Terjatuh Dari Bumbung Sekolah. | LABIS: Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) menyiasat kes seorang pekerja yang maut selepas terjatuh dari bumbung sebuah sekolah di sini, kelmarin. Dalam kejadian pukul 3.50 petang itu, lelaki tempatan berusia 32 tahun berkenaan dipercayai sedang menjalankan kerja membaik pulih bumbung di sebuah sekolah menengah. Pengarah JKKP Johor, Husdin Che Amat, berkata, hasil siasatan awal yang dijalankan mendapati mangsa yang bekerja sebagai pekerja am bersama dua orang rakan sekerjanya ditugaskan untuk menyiapkan kerja-kerja penukaran bumbung. “Mangsa yang berada di ruang atas siling ditugaskan untuk membantu menghulurkan barang kepada rakan sekerjanya yang…
Author: Admin Soleh
Seorang Kanak-Kanak 12 Tahun Maut Dilanggar Lori. |Sabak Bernam: Kanak-kanak 12 tahun maut akibat dilanggar lori di simpang tiga hadapan Kuarters Ladang Air Manis Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) Barat Laut Selangor, dekat sini, semalam. Mangsa yang menunggang motosikal dipercayai keluar simpang secara mengejut sebelum dia dilanggar. Dalam kejadian kira-kira 3.05 petang itu, mangsa dilaporkan meninggal dunia selepas menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Jemaah (HTAJ) Sabak Bernam. Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Agus Salim Mohd Alias berkata, siasatan awal mendapati lori dipandu seorang lelaki berusia 50 tahun dari arah Bagan Nakhoda Omar (BNO) ke Tanjong Karang. Bagaimanapun katanya,…
Ada Pihak Pertikai Keabsahan PM. Ini Jawapan Pakar Perlembagaan. | Tiada keperluan untuk pembangkang mempertikaikan keabsahan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan penilaian dibuat Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dalam memilih perdana menteri menerusi usul undi percaya di Dewan Rakyat. Pakar Perlembagaan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Prof Madya Dr Muhammad Fathi Yusof berkata ini memandangkan keabsahan seseorang perdana menteri itu wujud apabila beliau telah dipilih oleh Yang di-Pertuan Agong, mengangkat sumpah jawatan dan menandatangani Surat Cara Pelantikan. Perdana menteri yang ada sekarang telah melalui kesemua proses itu, katanya. “Selepas lalui proses itu maka Perdana…
Pimpinan PKR Hilang Kepercayaan Terhadap MB Negeri Sembilan. | Kepimpinan akar umbi PKR Negeri Sembilan menyatakan hilang kepercayaan terhadap Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN), yang juga menteri besar, Aminuddin Harun. Mereka terdiri daripada Adun Chuah, Yek Diew Ching dan pemimpin dari enam daripada lapan cabang PKR di Negeri Sembilan – Rasah, Port Dickson, Jelebu, Kuala Pilah, Rembau dan Seremban. Dua cabang PKR Negeri Sembilan yang lain adalah Tampin yang diketuai oleh Aminuddin dan Jempol. Sinar Harian melaporkan Ketua Penerangan PKR Negeri Sembilan, Yusof Tapar membaca kenyataan bersama dan memorandum kumpulan itu dalam satu majlis semalam. Hadir sama, Ketua Cabang PKR…
Sekolah Bakal Dibuka Semula. Ini Komen Zahid Hamidi Buat Ramai SETUJU. | Dikhabarkan oleh Menteri Kanan Pendidikan bahawa sesi persekolahan akan dibuka Oktober nanti bagi pelajar yang terlibat dengan peperiksaan. Pihak kerajaan sedang mempercepatkan urusan Vaksinasi. Baca selanjutnya. KUALA LUMPUR: Kerajaan digesa melakukan pembukaan semula sesi persekolahan secara berhati-hati dan tidak terburu-buru susulan kadar jangkitan COVID-19 masih tinggi dalam negara. Menurut Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, pembukaan semula sekolah melibatkan soal keselamatan pelajar dan warga pendidik dan kesilapan lama perlu dielakkan. “Perlu ingat pada 26 April 2021 Kementerian Kesihatan memaklumkan seramai 23,739 pelajar bawah umur 12 tahun telah…
Netizen “Serang” Di Media Sosial Kes Ziyad. Ini Komen IPC. | LONDON: Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC) menyifatkan serangan di media sosial berhubung insiden penarikan semula pingat emas yang dimenangi jaguh lontar peluru Malaysia, Ziyad Zolkefli pada Selasa lalu sebagai sangat kesat. Kata jurucakap IPC, Craig Spence, begitupun Jawatankuasa Paralimpik Ukraine lebih banyak diserang rakyat Malaysia selepas emas tersebut sah menjadi milik atlet negara terbabit, Maksym Koval. “Kami mendapati mereka memberikan komen di media sosial biarpun tiada kena mengena dengan acara Ziyad (lontar peluru F20 (masalah pembelajaran)). “Saya minta maaf, peraturan tetap peraturan. Keputusan telah dibuat. Ia bukan kesilapan dari Ukraine,…
Jadikan Sekolah Selamat Untuk Murid. Ini Permintaan KJ Buat Semua Guru. | PUTRAJAYA: Guru yang enggan mendapatkan vaksin Covid-19 ataupun antivaksin akan diminta menghadap Tengku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim. Perkara itu disuarakan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin yang mahu 100 peratus guru di Malaysia menerima suntikan vaksin bagi memastikan sekolah selamat bagi semua murid. Katanya, Malaysia mempunyai seramai 412,000 guru dengan 96.5 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19 manakala 83.5 peratus pula, sudah lengkap vaksinasi. “Bagi kakitangan sokongan pula, sebanyak 84.8 peratus telah menerima satu dos vaksin manakala 68.8 peratus pula, sudah lengkap dua dos vaksin.…
NGERI. Mayat Seorang Remaja Tanpa Kepala Dan Kemaluan Ditemui. |Penemuan mayat seorang remaja di dalam keadaan mengerikan menjadi tanda tanya apabila mayat remaja itu ditemui tanpa kepala dan kemaluan. Selepas disiasat rupanya remaja terbabit memasuki kawasan ladang sawit untuk mencari liputan internet dan dibaham oleh seekor harimau. Baca selanjutnya. Gambar Sekadar Hiasan PEKANBARU: Seorang remaja lelaki yang hanya dikenali MA dilaporkan maut dibaham harimau di Kampung Teluk Lanus, daerah Siak, Riau kelmarin. Lapor Kompas.com, mangsa maut akibat kecederaan parah yang dialaminya, menyaksikan kepala dan kemaluannya hilang. Menurut polis, mangsa pada mulanya masuk ke ladang kelapa sawit dan duduk di tepi…
Kemenangan Ziyad Dibatalkan. Ini Penjelasan Timbalan Menteri. | Ziyad malam tadi membawa kegembiraan kepada negara apabila melakukan lontaran yang memecahkan rekod dunia acara lontar peluru kategori F20 (masalah pembelajaran). Bagaimanapun kemenangan itu dibatalkan selepas penganjur menerima bantahan daripada kontinjen Ukraine yang membangkitkan isu kelewatan Ziyad memasuki bilik menunggu (call room) sebelum pertandingan bermula. Menurut Twitter rasmi Jawatankuasa Penganjur Olimpik dan Paralimpik Tokyo, pembatalan itu dibuat berdasarkan Peraturan 5.5 Atlet Para Dunia yang menyatakan kegagalan melaporkan diri ke bilik menunggu pada waktu yang ditetapkan akan menjadikan keputusan atlet terbabit sebagai DNS (did not start). Ekoran pembatalan itu, atlet Ukraine, Maksym Koval,…
Mayat Tentera Lemas Di Sungai Pahang Ditemui. | BERA: Mayat Lans Koperal Mohamad Azrin Mat Isa yang dilaporkan lemas ketika menjalani latihan taktikal Eksesais Para predator di Kampung Batu Bor, Bera, dijumpai di Sungai Pahang kira-kira jam 7.55 pagi ini. Mayat mangsa berusia 27 tahun itu, ditemui dalam keadaan lengkap berpakaian, timbul di tebing Kampung Serengkam, daerah Maran, kira-kira 40 kilometer daripada lokasi dia dilaporkan lemas. Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Negeri Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, mayat Mohamad Azrin dijumpai bot orang awam yang terlibat dalam operasi mencari mangsa yang masuk hari keempat, hari ini. Terdahulu,…
