Emas Ditarik Balik. Ini Respon Ziyad Yg Buat Ramai SEBAK. | Atlet paralimpin negara Muhammad Ziyad Zolkefli hari ini memohon maaf kepada semua ekoran yang mengecewakan ramai apabila kemenangannya dibatalkan malam tadi. Dalam hantaran di media sosial Ziyad juga menyatakan penghargaannya kepada semua atas sokongan yang diberikan semasa dia menyertai kejohanan paralimpik di Tokyo. “Saya minta maaf kepada semua rakyat Malaysia. Terima kasih memberi sokongan kepada saya,” katanya. Ziyad malam tadi membawa kegembiraan kepada negara apabila melakukan lontaran yang memecahkan rekod dunia acara lontar peluru kategori F20 (masalah pembelajaran). Bagaimanapun kemenangan itu dibatalkan selepas penganjur menerima bantahan daripada kontinjen Ukraine…
Author: Admin Soleh
Emas Ziyad Ditarik Balik. Ini Komen PM Yang Ditunggu Ramai.| Baru ini Ziyad dapat emas pecahkan rekod dunia Paralimpik. Namun, pingat itu ditarik balik. Akhirnya, ini komen PM yang ditunggu ramai. Baca selanjutnya. Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob mengajak rakyat Malaysia sama-sama berdoa agar kemenangan pingat emas acara lontar peluru lelaki F20 melibatkan atlet negara Muhammad Ziyad Zolkefli kekal. Menerusi catatan di laman Facebook, Ismail Sabri berkata beliau dan Keluarga Malaysia sangat berbangga dengan jaguh lontar peluru para negara itu. “Kepada Ziyad, anda tetap juara di hati kami, memecahkan rekod dunia adalah perkara yang luar biasa! Saya dan Keluarga Malaysia…
Lelaki Kebumikan Jenazah Ibu Di Halaman Rumah. Ini Puncanya. | JAKARTA – Seorang pemuda menjadi tular selepas mengebumikan jenazah ibunya di pekarangan rumah, lapor laman berita Suara.com semalam. Pemuda tersebut memuat naik video memaparkan kubur ibunya menerusi akaun aplikasi sosial TikTok @adhefin. “Mungkin ini caraku,” demikian tulis lelaki tersebut bersama video yang dimuat naik itu. Dalam video tersebut, jelas kelihatan lelaki itu sedang membersihkan kubur ibunya yang terletak di pekarangan kediaman mereka. Lelaki itu menjadikan kubur itu mirip seperti di tanah perkuburan, lengkap dengan batu nisan berwarna hitam. Biarpun hanya terletak di pekarangan rumah, lelaki itu tetap mengenakan pakaian yang…
Pengumuman Menteri Kabinet Oleh Perdana Menteri. | Semua rakyat Malayisa ternanti-nanti akan pengumuman Menteri Kabinet yang baharu selepas Perdana Menteri menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pagi tadi. Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Istana Abdulaziz, Kuantan, Pahang, hari ini. Menurut Istana Negara, sesi menghadap itu berlangsung selama 1 jam 30 minit bermula pukul 11 pagi tadi. “Seri Paduka berkenan menerima persembahan senarai anggota Jemaah Kabinet baharu dari Ismail Sabri susulan pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri kesembilan pada 21 Ogos 2021 lalu,”…
Buang Bayi. Pasangan Kekasih Usia 16 Tahun Ditahan. | KUCHING: Polis menahan pasangan kekasih bagi membantu siasatan kes pembuangan bayi di Kampung Siol Kandis, Kuching pada Khamis. Pasangan yang berusia 16 tahun itu ditahan polis sekitar pukul 9 pagi di rumah masing-masing di Kampung Siol Kandis, Kuching. Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Ahsmon Bajah berkata, siasatan awal mendapati pasangan terbabit mengaku telah meninggalkan bayi berkenaan selepas dilahirkan sekitar pukul 2 pagi. “Remaja perempuan dan bayi tersebut telah dihantar ke Hospital Umum Sarawak (HUS) manakala uri diserahkan ke Jabatan Forensik untuk siasatan lanjut. “Remaja lelaki pula ditahan di lokap Ibu Pejabat…
Ahli Politik Tidak Dibenarkan Mengajar Agama Di Selangor. Ini Puncanya. | SHAH ALAM: Ahli politik di Selangor tidak lagi diberi kebenaran untuk mengadakan kuliah atau mengajar tentang Agama Islam di semua masjid dan surau di Selangor bagi mengelakkan hal menyentuh politik kepartian dan fitnah disebarkan melalui kaedah itu. Malah, penguatkuasaannya sudah pun dilakukan oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) sejak 6 April lalu yang memutuskan hanya individu bertauliah sahaja dibenarkan mengadakan kelas atau kuliah. Bagaimanapun, ahli politik yang masih lagi mempunyai tauliah masih dibenarkan mengajar dan mengadakan kuliah sehingga tamat tempoh, namun pembaharuannya tidak akan diberikan. Hal itu dijelaskan Menteri…
Selepas Jumpa Perdana Menteri. Ini Komen Anwar Ibrahim. | PUTRAJAYA: Pakatan Harapan (PH) memberi bayangan tidak akan mengemukakan usul undi percaya kepada Perdana Menteri jika isu rakyat diutamakan dalam tempoh pandemik Covid-19 ini. Pengerusinya, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pihaknya tidak akan menyulitkan soal undi percaya sekiranya kerajaan di bawah pimpinan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengutamakan soal rakyat dalam setiap polisi kerajaan. “Kita beritahu kalau dalam suasana begini dan program-program itu agak pro-rakyat, kita tidak akan persulitkan (undi percaya),” katanya. Beliau ditemui wartawan di luar Kompleks Bangunan Perdana Putra, hari ini selepas mengadakan pertemuan bersama Ismail Sabri di Pejabat…
Seorang Lelaki Maut Dalam Kereta Yg Sedang Terbakar. | MELAKA: Seorang lelaki ditemukan tidak sedarkan diri dalam kenderaannya yang terbakar sebelum disahkan meninggal dunia di Taman Pokok Mangga, di sini, pagi tadi. Kejadian dikatakan berlaku kira-kira jam 8.25 pagi ketika mangsa, Md Lela Othman, 51, yang juga kakitangan Tenaga Nasional Berhad (TNB) menghidupkan kenderaannya untuk ke tempat kerja di Ayer Keroh. Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad, berkata kejadian disedari anak lelaki mangsa berusia 21 tahun apabila melihat Proton Exora mangsa terbakar di bahagian belakang sebelum bergegas keluar dari rumah. Beliau berkata, kira-kira jam 8 pagi mangsa…
Jawatan TPM. Ini Komen Timbalan Presiden Bersatu. | IPOH: Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menegaskan, beliau sama sekali tidak bersedih jika tidak dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri. Ahmad Faizal yang juga Ahli Parlimen Tambun berkata, ini adalah kerana fokusnya kini tertumpu kepada tugas dan tanggungjawab hakiki sebagai Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chenderiang. “Will i be sad? (Adakah saya akan bersedih?). Semua sedia maklum walaupun saya pernah jadi Menteri Besar Perak dan sekarang tidak lagi pegang jawatan itu, saya percaya semua orang boleh nampak yang saya tidak bersedih. “Malahan saya…
Anak Zahid Hamidi Dedah “SESUATU” yang Buat Ramai Orang TERDIAM!. | Kuala Lumpur: Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dimasukkan ke sebuah hospital swasta di Shah Alam bagi menjalani pembedahan, hari ini. Perkara itu dikongsi anak perempuannya, Datuk Nurul Hidayah di Instagram miliknya yang memaparkan ayahnya ditolak masuk ke dalam Dewan Bedah. Nurul Hidayah turut menyatakan video berkenaan dirakam tanpa pengetahuan ayahnya. “Saya tergerak hati nak rakamkan secara sembunyi tanpa pengetahuan Abah sebab saya tahu ini akan jadi bukti kepada umum bila ia diperlukan. “Sangkaan saya amat tepat! Belum pun Abah selesai di OT (dewan bedah) berita fitnah…
