Hanya Seorang Ahli Parlimen UMNO Tak Sokong Ismail Sabri. | KUALA LUMPUR: Hanya seorang Ahli Parlimen UMNO difahamkan tidak menyokong Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai calon Perdana Menteri. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ahli Parlimen Padang Besar, Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata, bagaimanapun tindakan itu tidak memberi kesan kepada keputusan malam tadi kerana majoriti Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) termasuk Presiden parti, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Najib Tun Razak turut menyokong satu nama sahaja. “Pada saya, ia tidak beri kesan pun pada keputusan semalam sebab semua menyokong Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri,” katanya ketika dihubungi.…
Author: Admin Soleh
Lelaki “Gelang Pink” Singgah Beli Sayur.| TUMPAT: Seorang lelaki memakai gelang merah jambu dari Kampung Berlian di sini yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dikesan singgah membeli sayur di Pasar Besar Wakaf Bharu semalam. Gara-gara perbuatannya itu, seluruh pasar tersebut ditutup hari ini untuk proses sanitasi bagi mengelak risiko penularan Covid-19. Dalam kejadian pukul 10.20 pagi, lelaki ‘gelang pink’ terbabit dipercayai keluar dari rumahnya dengan menunggang motosikal sebelum singgah di Pasar Besar Wakaf Bharu untuk membeli sayur. Timbalan Ketua Polis Daerah Tumpat, Deputi Superintendan, Mohd. Razi Rosli berkata, lelaki itu cuba menyorok gelang dipakainya dengan memakai baju lengan panjang…
Pelik Makanan Masih Tergantung Di Pagar. Rupanya Ini Yang Terjadi. |Sungai Petani: Bekalan makanan tidak diusik dan masih tergantung di pagar menjadi petunjuk penemuan mayat seorang lelaki di rumahnya di Taman Keladi, di sini, hari ini. Penemuan mayat lelaki berusia 56 tahun yang juga duda anak dua itu disedari anggota Community Responds Squad Movement (CRSM) yang kemudian menghubungi polis pada jam 1.10 tengah hari. Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, anggota bomba terpaksa dipanggil untuk memecah kunci pagar dan pintu rumah berkenaan. Menurutnya, mayat ditemui dalam keadaan terlentang di hadapan pintu bilik dan ia disedari…
Ramai Kena Tangkap Kecam MB Kedah. Ini Komen Berani Menteri Komunikasi Buat Ramai Sokong. | Menteri Komunikasi dan Multimedia Saifuddin Abdullah berkata orang politik sepatutnya belajar untuk menerima hakikat bahawa mereka memiliki musuh. Justeru katanya orang politik terbabit juga akan berdepan dengan situasi dia tidak disukai sesetengah pihak ketika pada masa sama ada yang memuji mereka. Ada ketikanya, kata Saifuddin, orang politik perlu berdepan dengan pengkritik yang menggunakan bahasa yang kasar atau boleh dianggap melampau. “Saya sentiasa percaya bahawa kita tidak wajar mengambil tindakan ke atas orang yang mengkritik kita sebagai orang politik. “Sebagai ahli politik kita sepatutnya boleh membalas…
Cubaan Rentas Negeri Dengan Ambulans Swasta Gagal. | TEMERLOH – Taktik menggunakan khidmat ambulans swasta bagi merentas negeri untuk pulang ke kampung gagal mengaburi pihak polis yang berjaya mengesan dan menahan empat individu dalam satu Sekatan Jalan Raya (SJR) di Kampung Tanjung Belenggu di sini semalam. Difahamkan dalam kejadian kira-kira pukul 6.15 petang itu suspek berusia 30 tahun bersama ibunya yang berusia 70 tahun turut membawa dua anak berumur 10 bulan dan enam tahun untuk pulang ke kampung mereka di Gemas Negeri Sembilan. Difahamkan juga suspek menyewa ambulans swasta berkenaan yang datang mengambil mereka di Taman Bahagia di sini dengan…
Pecahkan Cermin Kaunter. 3 Penjenayah Sempat Larikan RM50. | Tiga penjenayah hanya sempat melarikan wang tunai berjumlah RM50 selepas memecah masuk sebuah stesen minyak di Simpang Empat, di sini awal pagi hari ini. Dalam kejadian kira-kira pukul 4.38 pagi itu, dua daripada tiga suspek bertindak masuk ke dalam stesen minyak selepas memecahkan cermin di bahagian kaunter premis tersebut. Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Wari Kiew berkata, kejadian disedari pemilik stesen minyak kira-kira pukul 7 pagi tadi. Katanya, pemeriksaan rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) mendapati tiga lelaki terbabit datang ke stesen minyak itu dengan menaiki kereta jenis Perodua Kancil. “Suspek mengeluarkan…
Seorang Lelaki Ditemui Mati Tergantung Di Pokok Mangga. | Sejak akhir-akhir ini kita sering mendengar tentang kematian secara mengejut. Ada yang bunuh diri, ada yang sakit dan banyak lagi berpunca daripada pelbagai kes. ALOR GAJAH: Seorang lelaki warga emas ditemukan maut selepas menggantung dirinya di sebatang pokok mangga di Kampung Melaka Pindah di sini, hari ini. Mangsa berusia 70 tahun itu ditemukan kira-kira pukul 7 malam tadi sebelum mayatnya diturunkan dengan bantuan pasukan bomba. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Gajah, Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohd. Zamri Omar berkata, panggilan kecemasan diterima daripada anggota polis pada pukul 7.19 petang.…
Covid-19. Isteri Dan Anak Dalam Kandungan Meninggal Dunia. | Alor Setar: “Sehingga hari ini, saya masih sedih dan cuba untuk menerima pemergian isteri serta anak dalam kandungan yang turut meninggal dunia,” kata Mohd Fadli Abd Wahab, 35. Mohd Fadli berdepan ujian berat apabila isterinya, Umaisarah Azmi, 25, dijemput Ilahi pada 17 Julai lalu selepas dijangkiti Covid-19. Lebih menyedihkan Umaisarah yang menghembuskan nafas terakhir pada jam 1.28 tengah hari meninggal dunia ketika hamil tujuh bulan dengan anak dalam kandungannya juga gagal diselamatkan. Berkongsi kisah pilu itu, Mohd Fadli yang menetap sementara waktu di Ladang Sungai Tekai Naka, Pokok Sena, di sini,…
Seorang Pemilik Restoran Ditemui Meninggal Dunia Dalam Bilik Tidur. | Sejak akhir-akhir ini kita sering mendengar tentang kematian secara mengejut. Ada yang bunuh diri, ada yang sakit dan banyak lagi berpunca daripada pelbagai kes. Terbaru, seorang pemilik restoran dimeui meninggal dunia di dalam bilik tidur. Baca selanjutnya. Sungai Besar: Seorang pemilik restoran ditemukan meninggal dunia ketika tidur di restoran miliknya di Pekan Sungai Besar, di sini, semalam. Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Agus Salim Mohd berkata, mangsa berusia awal 40-an ditemukan pekerjanya di dalam bilik tidur yang terletak di belakang restoran itu, kira-kira jam 4 petang. “Siasatan awal mendapati…
Seorang Pramugari Berdiri Atas Puncak Menara Tertinggi Di Dunia. | ABU DHABI: Seorang pramugari tanpa rasa gentar berdiri di atas puncak bangunan tertinggi di dunia untuk mempromosi Emiriah Arab Bersatu (UAE) selepas negara itu dimasukkan dalam senarai hijau United Kingdom (UK). Lapor Daily Mail, pramugari yang mengenakan pakaian seragam syarikat penerbangan Emirates Airlines itu sempat mengukir senyuman sambil berdiri atas platform kecil puncak menara Burj Khalifa yang setinggi 829.6 meter di Dubai. Pramugari itu sebenarnya merupakan penerjun payung terjun (skydiver) dan personaliti media sosial, Nicole Smith-Ludvik memegang beberapa plakad tertera ‘UAE dimasukkan dalam senarai hijau UK membuatkan kami berasa seperti…
