Author: Admin Soleh

Abu Ziyad atau lebih dikenali sebagai Admin Soleh merupakan seorang penulis blog yang sangat berpengalaman. Beliau pernah mendapat anugerah penulis Ghost Writer terbaik pada tahun 2020.

Seorang Lelaki Maut Ditetak Oleh Jiran Rumahnya. | Manjung: Pergaduhan antara dua jiran berakhir tragedi apabila seorang daripadanya maut dipercayai ditetak di perkarangan sebuah rumah di Jalan Sitiawan-Beruas, Beruas, di sini, semalam. Dalam kejadian 5 petang itu, mangsa berusia 40-an ditetak dengan parang di kepala dan kaki oleh jirannya iaitu lelaki berusia 40-an. Ketua Polis Daerah Manjung Asisten Komisioner Nor Omar Sappi berkata, kejadian dipercayai bermula dengan pergaduhan antara dua lelaki berkenaan yang berjiran. Katanya, sebelum itu, suspek didakwa menampar anak mangsa menyebabkan lelaki berkenaan datang berbincang dengan suspek. “Berlaku pertelingkahan antara mereka. Suspek kemudian menetak mangsa dengan parang di…

Read More

VIDEO. Shuib Beritahu Anak-Anak Tentang Kematian Siti Sarah. | Pemergian isteri kepada pelawak terkenal serta usahawan, Shuib akibat Covid-19 tidak mematahkan semangatnya selepas beliau berjanji akan menjaga empat cahaya mata hasil perkongsian hidupnya dengan isteri, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin dengan sebaik mungkin menerusi laporan media tempatan, baru-baru ini. Hari ini di Instagram milik arwah Siti Sarah ada memuat naik satu video saat Shuib memberitahu anak-anaknya tentang kematian ibu mereka. Sebenarnya, anak-anak dah nampak di Youtube pasal ibu mereka, Siti Sarah. Siap tanya penjaga kenapa cakap ibu arwah, ibu kan koma je. Lepastu diorang tanya lagi kenapa ada video “Anak-anak tidak…

Read More

Mayat Seorang Lelaki Dan Wanita Ditemui Tergantung Dalam Rumah. | LANGKAWI: Mayat seorang duda dan wanita yang memakai gelang merah jambu ditemukan dalam keadaan tergantung di rumah masing-masing dalam kejadian berasingan, di sini semalam. Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari berkata, mayat duda terbabit yang berusia 37 tahun ditemukan tergantung di rumahnya di Kampung Ewa di sini pada pukul 3.55 petang. Sementara itu, menurutnya, mayat wanita terbabit pula ditemukan dalam keadaan sama di rumahnya di Kampung Lin Chai, Kedawang di sini pada pukul 7 petang. Katanya, mangsa lelaki terbabit bekerja kampung merupakan seorang duda beranak tiga yang tinggal…

Read More

Sukarelawan Terduduk Menangis Di Van Jenazah. Puncanya Buat Ramai HIBA. | Shah Alam: Meskipun sudah ‘lali’ menguruskan jenazah pesakit Covid-19 saban hari, semalam menjadi hari berbeza dan sukar dilupakan Abdul Razak Nordin apabila perlu mengebumikan jenazah ibunya sendiri yang meninggal dunia akibat wabak itu. Abdul Razak, 34, gagal menahan air matanya daripada tumpah sepanjang perjalanan membawa jenazah ibunya, Patimah Ibrahim, 68, dari hospital ke tanah perkuburan hingga dimasukkan ke dalam liang lahad. Berat untuk melepaskan ibunya pergi, namun Abdul Razak reda dengan ketentuan Ilahi dan melakukan tugas mengebumikan jenazah demi menjalankan amanah bapa, Nordin Saeran, 70, dan enam adik-beradiknya yang…

Read More

Isteri Positif Covid Meninggal Dunia Lepas Lahirkan Anak Pertama. | PENDANG: Seorang lelaki diduga dengan ujian berat apabila kehilangan isteri selepas bersalin bayi pertama mereka secara pembedahan, Sabtu lalu akibat jangkitan Covid-19. Menurut Mohd. Aiman Syakir, 26, isterinya, Allahyarham Izzati Najah Amran, 26, meninggal dunia ketika dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pulau Pinang pada pukul 4 petang kelmarin. Katanya, arwah menghembuskan nafas terakhir selepas dua hari melahirkan bayi perempuan yang dinanti-nantikan mereka. “Kami ke hospital pada Khamis lalu kerana isteri sudah rasa sakit bersalin dan dia perlu menjalani ujian saringan Covid-19 sebelum dibenarkan masuk wad. “Bagaimanapun isteri saya…

Read More

Wartawan Hilang Kerja Dedah Kebaikan Siti Sarah Buat Ramai Sayu. | Pemergian Siti Sarah Raisuddin membuka 1,001 kisah mengenai kebaikan Allahyarhamah yang selama ini mungkin tidak diketahui ramai. Siti Sarah sebenarnya suka bersedekah dan membantu mereka yang memerlukan. Ini terbukti selepas Allahyarham menghembuskan nafas terakhirnya pada Isnin, satu persatu kebaikan beliau dikongsi ramai. Malah, amalan baik dilakukannya itu umpama tangan kanan memberi, tangan kiri tidak mengetahui. Beliau enggan perbuatan itu diketahui oleh orang yang dibantunya. Itulah antara sikap baik Siti Sarah yang benar-benar membuatkan mereka yang pernah rapat dengannya rasa terharu. Hal tersebut turut dialami oleh dua bekas wartawan, Utusan…

Read More

Shuib Sebak Dan Terharu Terima Video Dari Masjidil Haram. | Semalam hari yang berduka buat seluruh rakyat Malaysia apabila kehilangan seorang wanita yang cukup dikenali ramai iaitu penyanyi Siti Sarah Raisuddin yang bertarung nyawa akibat Covid-19. Terbaharu, menerusi kiriman daripada laman Instagram suaminya, Shuib Sepahtu berkongsi video di mana Imam Masjidil Haram turut melakukan solat ghaib jenazah buat Allahyarhamah Siti Sarah. Benar, kematiannya sangat dicemburui sehinggakan orang luar juga memberi penghormatan kepadanya. Rata-rata rakan artis dan orang ramai terharu termasuklah Ustaz Abdullah Khairi yang terharu dan sebak dengan kebaikan yang dilakukan oleh Arwah sehingga ramai yang menyanyanginya. View this…

Read More

Ini Punca Satu Keluarga Shuib Dijangkiti Covid-19 | Pelawak Shuib mendedahkan punca sebenar bagaimana satu keluarganya dijangkiti Covid-19 sehingga menyebabkan isterinya, Siti Sarah Raisuddin meninggal dunia awal pagi semalam. Cerita Shuib, dia sekeluarga disahkan positif selepas pembantu rumahnya yang turun membuang sampah bersalaman dengan rakannya sebelum kemudian merebak kepada semua yang berada di dalam rumahnya, kecuali seorang anggota keluarganya disahkan negatif. Akibatnya, Shuib, Sarah dan tiga anak mereka dijangkiti virus berkenaan sebelum pembantu rumah warga Indonesia itu meninggal dunia Jumaat lepas. “Nak dijadikan cerita, pembantu rumah saya turun bawah buang sampah. Dia salam kawan, terus kena kami satu keluarga. Jangan…

Read More

Shuib Dedahkan SESUATU Yang Buat Ramai Orang RESPEK. | Ketika mendirikan rumah tangga dengan Siti Sarah pada 2011, Shuib tidak memiliki apa-apa sehinggakan dia terpaksa berhutang pemberian mas kahwin kepada isterinya itu. Kesulitan dan kepayahan yang dilalui Shuib, bagaimanapun, tidak pernah menyebabkan Siti Sarah mengeluh, jauh sekali menyesali perjalanan hidupnya. Bahkan, Siti Sarah nekad dan berikrar untuk menemani suami tercinta melayari bahtera rumah tangga mengikut kemampuan mereka. “Dalam apa sahaja keadaan baik susah dan senang, Siti Sarah tidak pernah tinggalkan saya. Dia tidak pernah malu teman saya berniaga di pasar malam ketika sedang hamil walaupun namanya popular sebagai artis. “Saya…

Read More

Ramai Titipkan Doa Buat Arwah. Ini Respon Shuib. | KUALA LUMPUR: Pelawak popular, Shuib Sepahtu, 37 masih tertanya-tanya apakah kebaikan arwah isterinya, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin, 36, hingga terlalu ramai insan dikenali mahupun tidak menitipkan doa buatnya. Biarpun pada akhirnya Allahyarham Siti Sarah ‘tutup mata’ selepas lebih 48 jam ditidurkan dan berada dalam keadaan koma ketika di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM (HCTM) akibat pandemik COVID-19, namun Shuib reda. Bekas penyampai radio itu mengakui, pemergian arwah isterinya diratapi dan dicemburui ramai. “Bertalu-talu saya mendapat mesej dan video dari pelusuk seluruh negara yang menganjurkan…

Read More