“Ternyata Allah Lebih Menyayanginya.” – Shuib. | Kuala Lumpur: Shuib berjanji akan menjaga empat cahaya mata hasil perkongsian hidupnya dengan isteri, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin dengan sebaik mungkin. “Arwah sempat hadiahkan saya dan anak menerusi kehadiran Ayash Affan yang dilahirkan Jumaat lalu. Arwah bergelut untuk menyelamatkan anak kami. Ternyata Allah lebih menyayanginya,” katanya ketika ditemui di Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM (HCTM), di sini, hari ini. Tiga lagi anak mereka ialah Uwais Alqarni, 10; Dzahira Talita Zahra, 8; dan Ariq Matin, 6. Sementara itu, jenazah Siti Sarah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak,…
Author: Admin Soleh
Ustazah Asma’ Kongsi SESUATU Tentang Arwah Siti Sarah. | Penyanyi terkenal Siti Sarah Raissuddin, 36, yang bertarung nyawa sejak Rabu lalu akibat jangkitan COVID-19 meninggal dunia sebentar tadi. Isteri kepada pelawak dan usahawan Shuib itu menghembuskan nafas terakhir pada jam 5.13 pagi di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia. Ramai yang berkongsi tentang peribadi Almarhumah Siti Sarah pagi ini. Kami kongsikan coretan daripada Ustazah Asma’ Harun yang ditulis di pages facebook miliknya. DUHAI ALMARHUMAH SITI SARAH Jua buat semua ibu yang tabah Walaupun sebahagian kalian telah rebah Menjadi sebahagian sejarah musibah Menjadi satu muhasabah buat ummah Akhirnya taqdir…
Seorang Lelaki Tiba-Tiba Rebah Dan Tak Sedarkan Diri. | SUNGAI PETANI: Seorang lelaki yang ditemukan mati di tepi sebuah kereta berhadapan kedai dobi di Taman Tunku Hamimah di sini hari ini disahkan positif Covid-19. Mohd. Shahir Shafie, 38, dari Taman Baiduri di sini dijumpai dalam keadaan tertiarap dan tidak sedarkan diri di tepi kereta Perodua Kancil oleh pekerja syarikat pembersihan pada pukul 8.50 pagi. Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Superintendan Anuar Abdul Rahman berkata, pekerja syarikat pembersihan yang menyapu sampah di kawasan itu sebelum itu ternampak mangsa berjalan kaki menuju ke hadapan kedai dobi tersebut. “Mangsa tiba-tiba rebah di…
Ini Keadaan Terkini Bayi Shuib Yang Baru Dilahirkan. | PETALING JAYA – Pelawak dan juga usahawan Shuib memaklumkan perkembangan terkini anak bongsunya, Ayash Affan yang terpaksa dilahirkan secara pramatang semalam mula menunjukkan respons positif. Menurut Shuib, doktor memberitahu bahawa bayi tujuh bulan itu berada dalam keadaan stabil apabila mula memberi isyarat pergerakan pada anggota badannya. “Alhamdulillah sedikit perkembangan terkini Ayash Affan. Dr. Faiz dari Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) memberitahu pagi ini bayi sudah buka mata, kaki sudah menendang-nendang, tangan bergerak aktif dan keadaannya stabil. “Syukur Ya Allah. Ini semua berkat doa daripada anda semua yang tidak putus-putus mendoakan Ayash,”…
Seorang Pesakit Covid-19 Ditemui Meninggal Dunia Dalam Rumah. | PETALING JAYA: Seorang pesakit Covid-19 yang menjalani kuarantin kendiri ditemukan meninggal dunia di kediamannya di Jalan PJS 4/10 di sini malam tadi. Lelaki berusia 41 tahun itu ditemukan tidak sedarkan diri oleh adiknya sebelum menghubungi pihak bomba untuk tujuan mengangkat mayat keluar. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 9.26 malam sebelum enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penchala digerakkan ke lokasi kejadian. Menurutnya, ketika tiba, pihaknya mendapati terdapat seorang lelaki dalam sebuah bilik di tingkat bawah rumah teres…
Suami Isteri Meninggal Dunia Selang 29 Minit Akibat Covid-19. Allahu.| Kuala Lumpur: Tiada yang lebih menyedihkan buat seorang anak melainkan menerima berita pemergian ibu dan bapanya serentak pada hari yang sama. Berat untuk ditanggung namun itu hakikat perlu diterima pensyarah, Wan Su Emi Yusnita Wan Yusof, 39, dan empat adiknya apabila ibu, Aminah Yaakub, 59 serta bapa mereka, Wan Yusof Wan Abdullah, 63, meninggal dunia akibat Covid-19 pada 29 Julai lalu. Wan Yusof menghembuskan nafas terakhir pada 8.32 pagi di Hospital Jelebu diikuti Aminah di Hospital Tampin, Negeri Sembilan jam 9.01 pagi dengan hanya 29 minit memisahkan ajal mereka berdua.…
PM Akan Umum “Sesuatu” Yg Dinantikan Rakyat Malaysia. | PAGOH: Perdana Menteri akan membuat pengumuman mengenai kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) kepada penerima lengkap dua dos vaksin sama ada pada esok atau lusa bagi memberi keselesaan kepada rakyat. Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beberapa kelonggaran telah dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) sebelum dimuktamadkan tidak lama lagi. Katanya, antara kelonggaran yang dipertimbang MKN termasuk kebenaran rentas negeri dan daerah bagi berjumpa ahli keluarga, makan di premis serta menjalani aktiviti sukan atau sosial tertentu. “Esok atau lusa saya buat pengumuman, ini yang ditunggu-tunggu oleh orang ramai yang sudah dapat dua…
Enam Beradik kehilangan Ibu Akibat Covid-19. | SUNGAI PETANI: “Jaga adik-adik dengan baik dan dengar semua nasihat nenek.” Itulah pesanan terakhir seorang ibu, Faridah Omar, 35, kepada salah seorang anaknya, Muhd. Syakir Safwan Muhd. Saifol, 10, sebelum meninggal dunia akibat Covid-19 di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini semalam. Faridah yang tinggal di Kampung Teluk Nipah, Pantai Merdeka, Kota Kuala Muda di sini mempunyai enam orang anak berusia antara empat tahun hingga 15 tahun dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) HSAH pada pukul 12 tengah hari, Isnin lalu. Menurut Muhd. Syakir, dia tidak menyangka ungkapan itu merupakan pesanan terakhir…
Ingat Lagi Adik Ain Ni. Terkini Dia Dapat Surat Tuntutan Lawyer.| Beberapa bulan lepas kisah adik Ain ni viral. Terkini dia maklum ketika sedang jalani kelas online, dia dapat surat tuntutan dari lawyer. Tak sangka. Baca selanjutnya. Pelajar sekolah menengah, Ain Husniza Saiful Nizam yang sebelum ini pernah tular selepas mendedahkan tindakan seorang guru menjadikan jenayah rogol sebagai satu gurauan memaklumkan menerima surat tuntutan mahkamah daripada guru sekolah lamanya. Ain Husniza melalui hantaran di Twitternya petang tadi memberitahu, di dalam surat itu dia diberikan tempoh tujuh hari untuk semua tuntutan pernyataan-pernyataan fitnah selain turut dituntut untuk membayar ganti rugi sehingga…
Duit Puluh Ribu Bertaburan Di Hospital. Ini Cerita Sebenarnya | Gambar ini jadi viral di laman sosial apabila sejumlah wang tunai bertaburan di atas lantai sebuah hospital. Ramai yang bertanya kenapa duit ini bertaburan di atas lantai ini. Rupa-rupanya duit ini adalah milik kepunyaan seorang wanita yang inginkan rawatan di hospital berkenaan. Untuk ketahui kisah selanjutnya baca kisah di bawah. Gambar ini diambil di sebuah hospital dan ada kisah di sebaliknya. Ia bermula apabila seorang wanita mengalami penyakit kanser sedang mengusung beg yang dipenuhi dengan wang kertas yang sangat banyak dengan harapan doktor di situ dapat menyelamatkan hidupnya dan dia…
