Wanita Meninggal Dunia Akibat Dicakar Kucing. | MELBOURNE: Seorang wanita warga emas meninggal dunia dipercayai akibat dicakar kucing peliharaannya sendiri. Menurut laporan Herald Sun, warga Australia berusia 80 tahun berkenaan dicakar kucingnya “Minty” sebelum haiwan tersebut bertindak menjilat luka pada wanita itu. Keluarga wanita berkenaan menemui warga emas terbabit dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum dikejarkan ke hospital di Melbourne. Wanita itu bagaimanapun meninggal dunia seminggu kemudian akibat jangkitan. “Ini adalah masalah besar dan kini semakin kerap berlaku jangkitan tidak diketahui pada bahagian injap jantung hingga membawa maut jika tidak dirawat,” kata Lindsay Grayson, Pengarah Penyakit Berjangkit di Pusat Kesihatan…
Author: Admin Soleh
Pelik. Lelaki Ini Tak Mandi Dan Hanya Berbaring Di Atas Katil Selama 10 Tahun ..|JOGJAKARTA: Berbaring di katil 10 tahun. Itu keadaan seorang lelaki berusia 40 tahun di Magelang, dekat sini. Namun, anehnya lelaki bernama Suroto yang menetap di Dusun Keron, Desa Krogowana, Kecamatan Sawangan, Kabupaten Magelang itu tiada apa-apa penyakit. Detik News melaporkan sepanjang tempoh itu, dia tidak mandi sebaliknya hanya berbaring di dalam bilik bersebelahan dapur. Suroto juga kekal dengan posisi seperti tidur dan hanya memakai kain pelekat untuk menutup tubuhnya. Jika ada tetamu, Suroto menutup wajahnya dengan tikar atau kain pelekat. Difahamkan, Suroto menjalani kehidupan normal sebelum…
Anak Minta Polis Penjarakan Ibu Hanya Kerana Sebuah Motosikal. | Hanya kerana sebuah motosikal, seorang lelaki tergamak membuat laporan polis dan mahu ibunya yang berusia 60 tahun dipenjarakan. Namun, pihak berkuasa menolak laporan pemuda berusia 40 tahun itu atas alasan ia tidak munasabah. Ketua Siasatan Jenayah (Kasat Reskrim) Polis Lombok Tengah, Priyo Suhartono mengesahkan pihaknya menolak laporan pemuda itu. Bagaimanapun, pihaknya berpendapat kes itu adalah konflik antara ahli keluarga. “Saya tidak mahu terima (laporan) itu tetapi saya menyarankan masalah itu diselesaikan secara rundingan. “Apatah lagi, masalah itu hanya salah faham berikutan motosikal itu digunakan saudaranya,” katanya dalam portal Tribune News.…
Ini Tindakan Polis Kepada Mereka Yang Belum Menjalani Ujian Covid-19 .|KUALA LUMPUR: Polis akan memburu lebih 1,400 rakyat Malaysia yang kuarantin 14 hari di rumah selepas pulang dari luar negara tetapi masih belum menjalani ujian saringan COVID-19 kali kedua hingga kini. Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata golongan itu wajib menjalani saringan kedua pada hari ke-13 selepas didapati negatif pada ujian pertama. Jika gagal berbuat demikian, beliau berkata, mereka melanggar prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan serta akan dikenakan tindakan bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342). “Ada 1,400 orang yang degil ini. Insya-Allah, kita…
Kucing Ini Selalu Hilang. Rupa-Rupanya Ini Tempat ‘Dia’ Bermain Sampai Tak Ingat Rumah. Ada Video. | Selalu hilang dek bermain di dalam kebun berhampiran dan suka lompat-lompat seperti arnab. Si kucing putih yang mesra dipanggil Baby rupa-rupanya ada kawan istimewa. Jangan tak percaya, bukan kucing biasa jadi peneman tetapi si lembu yang ditambat di tepi kebun menjadi sahabatnya. Apa yang melucukan, gerak geri si Baby yang suka bermain dengan haiwan lebih besar daripadanya menjadi perhatian pemiliknya. Ismahani Jamil, 25, berkongsi gambar kucing peliharaannya yang suka menemani si lembu milik jirannya itu dalam akaun Facebook ternyata mencuit hati warganet. Masakan tidak,…
Besar Dan Seram. Gambar Ini Jadi Viral Di Media Sosial. | Laman media sosial menjadi gempar, apabila sekeping gambar kelawar gergasi bersaiz badan manusia tular dan menjadi bualan hangat warganet. Perkongsian pertama gambar itu dipercayai dari seorang pengguna Twitter dari Filipina, @AlexJoestar622 yang memaklumkan haiwan itu datang dari spesies Giant Golden Crowned Flying Fox. Ramai memberikan maklum balas mereka tidak mengetahui kewujudan mamalia itu sebelum itu. Perkongsian berkenaan meraih 103,000 ulang ciap, lebih 260,000 tanda suka dan ribuan komen. Ramai juga warganet memberi maklumat tentang mamalia itu dan cuba menjelaskan keraguan orang ramai. Pengguna Twitter @louistenantIV mengesahkan kelawar itu spesies…
Langgar SOP. Bukit Broga Ditutup Mulai 27 Jun. | Lokasi pendakian terkenal, Bukit Broga, Semenyih, Selangor terpaksa ditutup buat sementara waktu. Perkara tersebut dimaklumkan melalui kenyataan yang dikongsikan di Facebook APM Daerah Hulu Langat. (GAMBAR SEKADAR HIASAN) “Dimaklumkan bahawa hasil mesyuarat Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri Selangor pada semalam telah bersetuju untuk menutup Bukit Broga bagi sebarang aktiviti pendakian. “Ia disebabkan berlakunya pelanggaran SOP yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM),” katanya dalam satu kenyataan, semalam. Difahamkan, penutupan sementara itu dikuatkuasakan selama dua minggu. Dalam pada itu, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Selangor akan mengeluarkan arahan penutupan bukit tersebut mengikut Peraturan-Peraturan Pencegahan dan…
Jumpa Beberapa Anggota Tubuh Wanita Dalam Perut Buaya. | KALIMANTAN – Beberapa anggota tubuh wanita ditemui di dalam perut seekor buaya setelah penduduk berjaya menangkap haiwan tersebut di sebuah sungai di Kalimantan Utara, Indonesia, di sini. Mangsa dikenali Fatimah berusia 45 tahun diserang buaya ketika sedang memancing di sungai, lapor Daily Mail. Kejadian itu juga disaksikan oleh rakan-rakan yang terkejut mendengar jeritan Fatimah. Reptilia sepanjang hampir 6 meter itu menyambar tubuh Fatimah dan mengheret ke dalam air. Sebaik mengetahui kejadian itu, penduduk membuatkan perangkap keesokan harinya. Ketua Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan Tarakan, Amiruddin berkata, operasi mencari mangsa dilakukan oleh…
Terpaksa Sorong Ibu Yang Uzur Ke Bank Untuk Keluarkan Duit Pencen. | New Delhi: Demi mengeluarkan wang pencen, seorang wanita tiada pilihan kecuali menyorong ibunya yang uzur dan berbaring di atas katil untuk dibawa ke bank. Gulf News melaporkan Gunja Dei, 70, hadir bersama ibunya, Labhe Baghel yang berusia 120 tahun selepas pihak bank meminta pemegang akaun hadir sebagai bukti fizikal. Sebaik tiba di bank dan melihat kehadiran mereka berdua, baru pegawai bertugas menyerahkan wang berkenaan. Insiden itu dilaporkan berlaku di kampung Baragan dekat daerah Nuapada, Rabu lalu. Pegawai Daerah Nuapada, Raju Dholkia berkata, dia kesal dengan apa yang berlaku.…
45 Tahun Kahwin Akhirnya Bercerai Kerana Kucing. | Satu kes perceraian di Singapura dilaporkan berpunca akibat kucing yang disalahkan sebagai ‘pihak ketiga.’ Oddity Central melaporkan perceraian pasangan berkenaan itu dibuat oleh Hakim Sheik Mustafa Abu Hassan pada 21 Mei lalu. Pasangan itu sudah berkahwin selama 45 tahun iaitu sejak 1975, tetapi tinggal berasingan sejak 14 tahun lalu. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan tiga cahaya mata dan menurut suaminya, salah satu punca perpisahan mereka adalah sikap isterinya yang terlalu obses dengan kucing. Kemelut rumah tangga mereka bermula sejak 1997 apabila si isteri menunjukkan kecenderungannya dengan memberi makan kepada kucing jalanan dan membawanya…
