Author: Admin Soleh

Abu Ziyad atau lebih dikenali sebagai Admin Soleh merupakan seorang penulis blog yang sangat berpengalaman. Beliau pernah mendapat anugerah penulis Ghost Writer terbaik pada tahun 2020.

Tegur ‘Makcik Cleaner’ Jam 3 Pagi. Apa Yg Aku Nampak Lepas Tu MENDEBARKAN. |  “Hasbunallah wanikmal wakil”, cukuplah Allah sebagai pelindung kami. Kalau nak diikutkan hati, aku malas nak tulis cerita pasal ni sebab atas nasihat ustaz yang dah pulihkan semangat aku lepas 2 hari demam. Manakan tidak, asal nak tulis saja mesti terbayang wajah dia ni memang tak boleh lupa. Gangguan ni terjadi masa minggu ke-2 shift malam terakhir aku, masa tu kilang aku baru saja digemparkan dengan gangguan histeria bersekala besar. Dengar cerita supervisor plant baru, gangguan tu jadi sebab ada “foreign workers” kacau tempat sembahyang kaum India bawah…

Read More

‘Gajah Lapar Durian’. Pecah Masuk Kedai Menjual Durian. Ada Video. | Pemilik gerai durian, Siriphon Kerdsuchon terkejut apabila seekor gajah memecah masuk ke gerainya dan merembat lebih dari 10 buah durian tanpa rasa bersalah. Lapor News 18, haiwan itu dipercayai datang dari Taman Negara Kaeng Krachan, memecah masuk ke premis itu. Tidak tahan dengan bau raja buah itu, gajah tersebut merempuh pintu gerai berharga RM1,625. Siriphon berkata, itu adalah kejadian yang pertama kali berlaku gerainya dipecah masuk haiwan dan terpaksa menanggung kerugian yang tidak dijangkakan itu. Tidak terhenti di situ, gajah yang sama kembali ke gerai Siriphon pada waktu malam…

Read More

Seiras Shah Rukh Khan. Ini Pengakuan Individu Tersebut. | Seorang peniaga roti canai di sini memaklumkan beliau tiada niat menipu selepas gambarnya yang seiras pelakon ternama Bollywood, Shah Rukh Khan tular di laman sosial sejak semalam. Syaiful Afenddi Ismail, 44, berkata, pada mulanya beliau sekadar suka-suka mengedit gambarnya menggunakan sebuah aplikasi dan memilih wajah Shah Rukh Khan sebelum dimuat naik di media sosial. Menurutnya, beliau tidak sangka wajahnya sesuai dengan wajah Shah Rukh Khan sehingga tular di media sosial. “Saya tiada niat nak menipu…sekadar hendak bergurau dan selepas memilih wajah Shah Rukh Khan tidak sangka sesuai dan kena dengan wajah…

Read More

Seorang Pelajar Meninggal Dunia Di Sebuah Sekolah. Takziah. |Seorang pelajar lelaki berusia 15 tahun dilaporkan meninggal dunia di sebuah sekolah menengah di Bandar Tun Razak di sini hari ini. Menurut sumber, pelajar Tingkatan Tiga itu dalam keadaan sihat sebelum mangsa tiba-tiba pengsan di dalam kelas di sekolah berkenaan. “Semasa pemeriksaan suhu sebelum mangsa memasuki sekolah, pihak sekolah mendapati suhu badannya tidak menunjukkan demam atau tidak normal. “Mangsa dihantar ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz untuk rawatan lanjut sebelum disahkan meninggal dunia,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini. Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Asisten Komisioner Mohamed Mokhsein Mohamed Zon ketika…

Read More

4 Kilang Proses Kerisik Ditutup. Apa Yang Ditemui MENJIJIKKAN. | EMPAT kilang memproses kerisik, mi dan kicap sekitar daerah Seberang Perai Tengah diarah tutup selama 14 hari kerana terlalu kotor. Lebih menjijikkan, terdapat bangkai tikus dalam bekas penyimpanan kerisik yang sudah berkulat ditemui ketika pemeriksaan dilakukan. Arahan penutupan itu dikeluarkan selepas sepasukan penguatkuasa Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) bersama Jabatan Perlesenan dan Jabatan Penguatkuasaan Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) mengadakan operasi jam 10 pagi hari ini. Pegawai Kesihatan Persekitaran Bahagian Keselamatan Dan Kualiti Makanan (JKN), Mohd Wazir Khalid berkata, operasi dilakukan di sekitar kawasan Mengkuang Titi, Sungai Lembu dan…

Read More

Majlis Akad Nikah Depan Jenazah Bapa. Ini Puncanya. | JAKARTA: Kerana terlampau mengasihi lelaki yang membesarkannya, pasangan pengantin dari Samarinda melangsungkan akad nikah di depan jenazah si bapa. Pasangan mempelai, Romadhony Putra Pratama dan isterinya mahu perkahwinan itu disaksikan arwah walaupun hanya sekujur mayat. Mangsa yang juga Ketua Dewan Perwakilan Rakyat Daerah (DPRD) Samarinda, Siswadi meninggal dunia selepas rebah ketika bersukan dipercayai diserang angin ahmar. Lima jam selepas bapanya disahkan meninggal dunia, anak sulung arwah Romadhony memutuskan melangsungkan akad nikah di depan jenazah itu sebelum dikebumikan. “Saya diberitahu bapa sudah meninggal dunia ketika di hospital dan memutuskan supaya akad nikah…

Read More

Tetamu Tak Diundang Ketuk Pintu Rumah. Besar Dan MENYERAMKAN. | Siapa yang tak takut kalau haiwan berbisa menjengah depan rumah. Apatah lagi jika ular tedung yang panjang datang melawat di hadapan pintu. Cemas dibuatnya. Baru-baru ini, seorang lelaki berkongsi pengalaman dilawati makhluk berkenaan. Menurut Zul, dia menyangka ada tetamu yang datang apabila terdengar bunyi ketukan pada pintu, namun sangkaannya meleset melihat haiwan berkenaan di depan mata. Dalam gambar dikongsikannya, kelihatan ular tersebut melingkar berhampiran kolam hiasan di rumahnya. Malah, haiwan itu juga dilihat ‘berdiri’ di hadapan pintu kaca rumah tersebut. Allahuakbar. Dia suka sungguh duk tempat sejuk. Tak tau nak…

Read More

Apa Yang Bayi Ini Genggam Sewaktu Dilahirkan Mengejutkan. SUBHANALLAH. | Seorang bayi lelaki yang baru dilahirkan di Vietnam didakwa menggenggam gegelung kontraseptif yang digunakan ibunya untuk mencegah kehamilan. Wanita terbabit yang berusia 34 tahun dan mempunyai dua anak sebelum ini dikatakan menggunakan perancang keluarga IUD tersebut kira-kira dua tahun lalu. Ia didakwa keluar bersama bayi tersebut ketika dia dilahirkan. Pakar obstetrik, Tran Viet Phuong di Hai Phong International Hospital, utara Vietnam tidak melepaskan peluang untuk mengambil gambar unik tersebut. “Saya rasa ia foto yang menarik dan tidak menyangka akan mendapat perhatian ramai,” ujarnya. Menurutnya, IUD tersebut mungkin gagal mencegah kehamilan…

Read More

Ratusan Penduduk Kampung Merampas Jenazah Seorang Lelaki. | MAKASAR: Kecoh apabila ratusan penduduk Jeneponto di Sulawesi Selatan ‘merampas’ jenazah seorang lelaki yang mahu dikebumikan petugas perubatan di kawasan perkuburan. Ia selepas mereka percaya bahawa lelaki itu mati bukan disebabkan Covid-19, tetapi akibat tertusuk batang pokok merunggai. Portal Kompas melaporkan ahli keluarga tidak berpuas hati apabila pasukan perubatan mahu mengebumikan jenazah mengikut prosedur operasi standard (SOP) pesakit Covid-19. “Kematian ini disebabkan tertusuk batang kelor (merunggai) namun dikatakan akibat Covid-19. Jadi kami menolaknya (untuk dikebumikan mengikut SOP Covid-19),” kata ahli keluarga si mati yang dikenali sebagai Caya, 40. Menurut Ketua Bahagian Pencegahan…

Read More

10 Jam Tolong Bersihkan Kawasan Taman Perumahan. Ganjaran Yg Lelaki Ini Terima Mengejutkan. | Pepatah ada mengatakan yang buat baik dibalas baik dan itulah yang dibuktikan apabila seorang remaja menerima ganjaran yang sangat bermakna setelah melakukan kebaikan. Remaja lelaki tersebut, Antonio Gwynn Jr, 18 dikatakan telah menghabiskan 10 jam untuk membersihkan kawasan kejiranannya. Menurut laporan, Antonio mengambil keputusan melakukan kerja-kerja itu setelah melihat keadaan huru-hara di kawasan tersebut setelah berlakunya tunjuk perasaan besar-besaran di situ. Dia sedar bahawa jalan-jalan di kawasan tersebut akan digunakan oleh orang ramai pada keesokan harinya, jadi dia memutuskan untuk membersihkan kawasan itu. Dia memulakan kerja-kerja…

Read More