Waktu Takbir Hari Raya Aidiladha. | KHALIFAH MEDIA NETWORKS – Alhamdulillah segala puji dan syukur kami panjatkan kepada Allah SWT. Selawat dan salam kami ucapkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, para isteri dan keluarga baginda, para sahabat, seterusnya golongan yang mengikuti jejak langkah baginda sehingga Hari Kiamat. Mukadimah Firman Allah Taala: وَلِتُكْمِلُوا الْعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُوا اللَّهَ عَلَىٰ مَا هَدَاكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ Maksudnya: “Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur.” Surah al-Baqarah: 185 Bertakbir semasa hari-hari raya adalah syiar yang disunatkan kita melaksanakannya. Namun begitu, terdapat…
Author: Admin Soleh
7 Kelebihan Hari Arafah (9 Zulhijjah) Yang Patut Kita Rebut.| KHALIFAH MEDIA NETWORKS – Boleh dibayangkan ketika ini tentunya Kota Mekah semakin padat dengan bakal-bakal haji kerana tidak lama lagi mereka bakal berhimpun di Padang Arafah bagi melakukan ibadah wukuf. Bagi kita yang tidak berkesempatan menjadi tetamu Allah kali ini, mari kita rebut peluang melakukan pelbagai ibadat sunat dalam 10 hari pertama bulan Zulhijah. Ada beberapa dalil al-Quran dan hadis yang menyebut tentang kelebihannya. Antaranya, firman Allah SWT yang bermaksud: Demi fajar dan malam yang sepuluh. (al-Fajr: 1-2) Menurut Ibnu Kathir: Yang dimaksudkan di sini ialah 10 malam yang pertama…
Hukum Wanita Solat Tanpa Memakai Telekung.| KHALIFAH MEDIA NETWORKS – Jika kita ke surau atau Masjid sudah pasti kita akan melihat ada segelintir wanita yang solat tanpa memakai telekung. Pasti ada yang tertanya-tanya kenapa mereka tidak memakai telekung, bolehkah? Untuk mengetahui lebih terperinci jom baca penjelasan di bawah. Semoga bermanfaat. SOALAN : Adakah sah solat seorang wanita sekiranya dia solat tanpa memakai telekung? JAWAPAN : Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW. Persoalan di atas…
Inilah Jenis Haiwan-Haiwan Yang HARAM Dimakan Didalam Islam.| KHALIFAH MEDIA NETWORKS – Kita sebagai seorang Islam sudah pasti memakan makanan yang dihalalkan oleh agama. Tetapi tahukah anda haiwan apa yang boleh dimakan di dalam Islam? Nak tahu, jom baca penjelasan di bawah. SOALAN : Saya ingin bertanya berkaitan hukum haiwan berkuku, bertaring dan berparuh. Saya difahamkan binatang yang mencari makan begini diharamkan untuk dimakan seperti kucing, harimau dan sebagainya. Namun ayam dan itik juga memiliki ciri-ciri di atas, namun dihalalkan. Mohon penjelasan. JAWAPAN : Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli…
Hukum Beralih Tempat Duduk Ketika Khutbah Jumaat. | KHALIFAH MEDIA NETWORKS – Solat Jumaat ialah solat fardu (dua rakaat) yang dilakukan pada hari Jumaat menggantikan solat Zohor, dan ia dilakukan secara berjemaah selepas mendengar Khutbah Jumaat. Khutbah Jumaat ialah dua khutbah yang diberikan oleh khatib setiap kali Solat Jumaat dilaksanakan. Ia merupakan salah satu syarat sah Solat Jumaat. Di zaman moden, khutbah Jumaat sering disiarkan melalui radio dan televisyen.Solat Jumaat itu hukumnya Fardu Ain, iaitu wajib dikerjakan atas setiap mukallaf lelaki dengan syarat-syarat tertentu. SOALAN : Assalamualaikum, saya kadangkala berasa mengantuk ketika mendengar khutbah jumaat. Apakah yang boleh saya lakukan…
Hukum Mereka Bentuk Tempat Maksiat.| KHALIFAH MEDIA NETWORKS – Setiap orang pasti ada pekerjaan yang dilakukan untuk menyara kehidupan seharian dengan upah yang diberikan. Tetapi kita harus ingat dengan pekerjaan yang kita lakukan itu, adakah upah yang kita terima itu berkat atau sebaliknya. Mungkin pekerjaan yang kita lakukan itu adalah yang dilarang oleh agama. Jom ikuti penjelasan dibawah. Semoga bermanfaat. SOALAN : Assalamualaikum Ustaz, saya berkerja sebagai Design Architect di sebuah firma cina. Saya pernah diberikan tugasan oleh ketua saya (beliau merupakan seorang non-muslim) untuk mereka bentuk ruang untuk meletakkan patung buddha dan mereka cipta sebuah pusat karaoke yang ada…
Bolehkah Melakukan Aqiqah Bayi Lelaki Hanya Dengan Seekor Kambing? | KHALIFAH MEDIA NETWORKS – Alahai, mahalnya harga 2 ekor kambing. Rasa macam tak mampu nak buat aqiqah bulan ni. Boleh ke buat bila anak dah besar? Macam mana caranya?” Kenduri aqiqah amat sinonim dalam masyarakat kita dan biasanya ia disekalikan dengan majlis bercukur atau potong jambul. Sebagai umat Islam, tahukah kita apa sebenarnya ibadah aqiqah ini ? Aqiqah ialah sembelihan binatang (an‘am) yang dilakukan kerana menyambut bayi yang baru dilahirkan sebagai tanda kesyukuran kepada Allah. Jika anak itu lelaki disunatkan menyembelih dua ekor kambing, manakala jika anak itu perempuan disunatkan menyembelih…
6 Waktu Paling Mustajab Berdoa.|KHALIFAH MEDIA NETWORKS – Sungguh indah keajaiban doa. Berbisik di lantai tika bersujud, namun dapat didengari sampai ke langit. Kita diberi kelebihan doa sebagai tempat meminta apa yang sering dihajati di dalam hati. Dan sesungguhnya Allah saja apa yang tahu apa yang terkandung di dalam hati kita dan Dia jualah yang menentukan perkara terbaik untuk kita. Sebagai seorang Muslim, kita perlu percaya dan bersangka baik kepada Allah dengan segala ketentuan dan rezeki yang dilimpahkan. Waktu mustajab yang dikurniakan oleh Allah kepada hamba-hambaNya perlu dimanfaatkan dengan taat agar segala cita-cita yang dihajati termakbul. ANTARA 6 WAKTU…
Inilah 20 Kaedah Mendidik Anak Cara Islam | KHALIFAH MEDIA NETWORKS – Selalu kita dengar, bila nampak seseorang anak itu nakal kelakuannya, orang akan kata, “Haaa.. mak bapak dia tak ajar la tu. Apa nak jadi la budak tu. Dah besar nanti mesti jahat”. Agak keras bunyinya bukan? Bagaimana kalau anak itu adalah anak kita sendiri? Tentu sungguh meruntun jiwa. Kadang-kadang bukan kita tidak ajar anak kita, cuma anak itu terpengaruh dengan kawan-kawan yang lain. Apa salahnya datang hampir pada anak nakal itu dan berikan sedikit nasihat? Bimbang jika tiada siapa peduli, mereka akan jadi lebih teruk lagi. Jadi apakah…
Waktu Terbaik Untuk Melakukan Ibadah Korban. | KHALIFAH MEDIA NETWORKS – Ibadah korban bermaksud menyembelih binatang ternakan pada hari raya korban (10 dzulhijjah) dan hari-hari tasyriq (11, 12 & 13 dzulhijjah) dengan niat mendekatkan diri kepada Allah. Masa ibadah korban bermula apabila terbit matahari pada hari raya korban (10 zulhijjah) dan meninggi sedikit. Namun paling baik dilewatkan sedikit hingga matahari naik segalah dan selepas selesai solat hari raya. Hukum ibadah korban ialah sunat muakkad. Makruh meninggalkannya bagi yang mampu. Ibadah sunat ini menjadi wajib jika dinazarkan. Bagi sebuah keluarga, ibadah korban adalah sunat kifayah, iaitu digalakkan seorang ahli keluarga melakukan…