Seorang Ibu Berusia 64 Tahun Membunuh Anaknya sendiri kerana malu. | Semenjak ini kita selalu digemparkan denga berita bunuh membunuh samada di luar negara atau di luar negara. Sampai kita rasakan nyawa sekarang ini begitu murah. Ada yang tergamak membunuh saudara sendiri hanya kerana harta dan perselisihan faham sahaja. Terbarau berlaku di Indonesia, seorang emak membunuh seorang anaknya kerana malu anaknya itu selalu mencuri. Baca selanjutnya. JAWA TENGAH: Seorang wanita membunuh anaknya dengan cangkul dan bongkah batu kerana berasa malu dengan mangsa yang sering mencuri di kawasan perumahannya di Sragen. Lapor Tribunnews, mangsa, 42, dibunuh ketika sedang nyenyak tidur di…
Author: Admin Soleh
Kutip Mainan Terbuang Hadiahkan Pada Anak. Tindakkan Lelaki Ini Buat Ramai RESPEK. | Tiada apa yang diimpikan oleh seorang bapa selain melihat kebahagiaan anak-anak dan isterinya. Perkara itu jelas dilihat menerusi perkongsian klip video di laman sosial @abieaisymikhail apabila dia keluar mencari permainan untuk anak-anaknya di kawasan ‘tong sampah’. Lebih membanggakan, biarpun disifatkan kotor dan jijik, lelaki itu tetap tekad mencari dan tidak malu berbuat demikian. Video berdurasi 21 saat itu turut menunjukkan dia menjumpai mainan yang dicari iaitu sebuah troli kecil bewarna merah jambu. Dia kemudian membawanya balik dan membasuh mainan itu sehingga bersih sebelum diberikan sebagai hadiah kepada…
Tanah Runtuh Di Kawasan Kubur. Beberapa Jenazah Terkeluar Dan Hanyut. | BANDUNG: Perkhidmatan Perancang Ruang (Distaru) Kota Bandung, Jawa Barat melaporkan sebanyak 25 kubur terjejas akibat tanah runtuh ketika hujan lebat di Tanah Perkuburan Awam (TPU) Sirnaraga. Agensi berita Antara melaporkan, Ketua UPT Tanah Perkuburan Wilayah 1 Distaru, Kota Bandung, Saeful Iman berkata, ketika ini pihaknya sedang mengenal pasti kubur terlibat untuk dimaklumkan kepada waris atau keluarga. CNN Indonesia pula melaporkan, benteng penahan TPU terbabit runtuh menyebabkan beberapa kubur terbongkar dan hampir menyebabkan beberapa jenazah hanyut. Jelas Saeful, pihaknya juga sedang bertungkus-lumus bagi memastikan kejadian tanah runtuh itu menjadi semakin…
Seorang Pelajar Di Sungai Petani Meninggal Dunia Dalam Kelas. | SUNGAI PETANI: Seorang pelajar lelaki tingkatan tiga yang bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Pasir Kechil di sini meninggal dunia selepas rebah ketika sesi persekolahan baru dimulakan pagi ini. Dalam kejadian pukul 8.05 pagi itu, Adam Iskandar Shah Rizal, 15, dimaklumkan rebah secara tiba-tiba menyebabkan rakan sekelasnya panik sebelum memberitahu pihak pengurusan sekolah. Mangsa yang merupakan anak kedua daripada empat beradik itu kemudiannya disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), di sini. Menurut ibunya, Junaidah Mat Saad ,42, arwah menunjukkan kelainan semasa hendak keluar…
Mangsa Culik Cerita Detik-Detik Bersama Penculik. | Kota Bharu: “Setiap hari ketika dalam tahanan saya berdoa agar segera dikembalikan kepada keluarga dan Alhamdulillah, doa saya dimakbulkan,” kata Rosnazirah Mohd Naim. Rosnazirah, 36, yang diculik sekumpulan lelaki pada 13 September lalu berjaya dibawa pulang ke negara ini pada Khamis lalu sebelum diserahkan kepada keluarga, petang semalam. Ejen jualan kosmetik itu berkata, dia tidak mengingati secara jelas kronologi penculikannya, namun tahu ditempatkan di sebuah rumah seakan inap desa di sebuah perkampungan di Laos selepas menempuh perjalanan panjang dari Sungai Golok di Pengkalan Kubor, Tumpat. “Ketika tiba di tebing Sungai Golok pada hari…
Lelaki Ini Terkejut Disahkan Menghidap Kanser Kerana Ada Tahi Lalat PELIK.| Seorang lelaki terkejut selepas disahkan mengalami kanser selepas tukang rambut menggesanya supaya memeriksa tahi lalat di bahagian lehernya yang kelihatan agak ‘pelik’. Memetik Daily Mail, lelaki terbabit, 38, pada awalnya menyangka bahawa tahi lalat di lehernya merupakan perkara biasa selepas doktor mendakwa bahawa ia tiada sebarang isu walaupun didesak oleh tukang rambut untuk diperiksa. Tukang rambut yang melihat tahi lalat berkenaan masih mendesak lelaki berkenaan untuk pergi membuat pemeriksaan semula buat kali kedua. Lelaki berkenaan kemudiannya mengambil keputusan untuk berjumpa dengan doktor pakar kulit untuk mengambil biopsi dengan segera…
Penyewa Bunuh Tuan Rumah. Bungkus Mayat Dgn Langsir. | Seorang penyewa wanita di United Kingdom ditahan polis selepas disyaki memukul bekas tuan rumahnya, Leonard Garber menggunakan tukul sehingga mati. Memetik laporan NBC News, suspek yang dikenali Xiu Fang Ke dilaporkan bertindak sedemikian selepas lelaki yang berusia 65 tahun itu (mangsa) mengetahui perbuatan suspek yang memalsukan cek. Suspek didakwa mencuri lebih AS$40,000 bersamaan kira-kira RM185,480 daripada akaun mangsa kerana mahu melangsaikan hutang akibat kegiatan judi. Mangsa kemudian nekad untuk bertemu dengan suspek untuk bertanyakan mengenai kecurian tersebut tetapi sebaliknya yang terjadi apabila mangsa dibunuh sebelum mayatnya disembunyikan di dalam langsir bersama…
Tular Video Konsert Berhadapan Masjid Zahir Kedah. Ini Penjelasan MBAS. | ALOR SETAR: Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) menegaskan pihaknya tidak pernah mengeluarkan sebarang lesen kepada penganjur sebuah festival untuk mengadakan konsert di Balai Seni berhadapan dengan Masjid Zahir di sini, semalam. Menurut Datuk Bandar Alor Setar, Datuk Zaid Ahmad, MBAS melahirkan rasa kesal dengan tindakan penganjur terlibat yang disifatkan melanggar peraturan selain menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan rakyat negeri ini. “Memang konsert atau gig tersebut dibuat tanpa kebenaran. Saya dimaklumkan pihak penganjur hanya mendapat lesen untuk mengadakan busking sahaja iaitu dua lesen yang kita bagi. “Selain busking kita…
Lelaki Maut ‘Dilempar’ Isteri Dari Tingkat 5. Ini Puncanya. | Seorang lelaki maut di Mesir selepas dilempar oleh isterinya dari tingkat 5 rumah mereka.Hal itu kerana mangsa berkahwin dua. Fuh ngeri betul. Baca berita selanjutnya. KAHERAH – Seorang wanita Mesir nekad membunuh suaminya yang berkahwin dua dengan melempar lelaki itu dari balkoni tingkat lima kediaman mereka, lapor laman berita Gulf News semalam. Jenayah itu mencetuskan perdebatan di media sosial dengan sebahagian netizen media sosial menuntut hukuman maksimum terhadap pesalah. Mangsa dikatakan bekerja di luar Mesir dan pulang ke negara itu untuk bercuti. Suspek dikatakan telah memanggil bapa, abang-abang dan beberapa…
Kalah Bola. 127 Orang Maut Dalam Rusuhan Di Stadium. | JAKARTA – Sekurang-kurangnya 127 maut di sebuah stadium bola sepak di Indonesia, semalam, selepas penonton perlawanan menyerbu masuk ke kawasan padang dan mencetuskan rempuhan sehingga memaksa polis melepaskan gas pemedih mata, kata pegawai. Para penyokong pasukan Arema FC di stadium Kanjuruhan, bandar Malang bertindak demikian selepas pasukan mereka kalah 3-2 kepada Persebaya Surabaya, kekalahan pertama dalam tempoh lebih dua dekad kepada seteru ketat mereka. Polis yang menyifatkan insiden itu sebagai rusuhan, cuba memujuk penyokong agar kembali ke tempat duduk mereka sebelum melepaskan gas pemedih mata ke arah tempat duduk penonton…