Author: Admin Soleh

Abu Ziyad atau lebih dikenali sebagai Admin Soleh merupakan seorang penulis blog yang sangat berpengalaman. Beliau pernah mendapat anugerah penulis Ghost Writer terbaik pada tahun 2020.

Budak Lelaki Umur 10 Tahun Cekik Neneknya Sampai Mati. | Seorang budak lelaki berusia 10 tahun telah ditahan kerana mencekik neneknya di wilayah Heilongjiang di China. Rakaman kejadian yang berlegar di media sosial memaparkan budak lelaki itu mencekik neneknya selepas mangsa bertindak memukulnya. Menurut Mothership, media Taiwan Mirror Medi melaporkan bahawa rakaman kejadian itu mula muncul di Weibo sebelum tersebar ke platform media sosial yang lain. Apa yang terjadi? Video yang tersebar bermula dengan nenek itu memukul cucunya sambil memegang sebatang kayu di sebelah tangan. Sebagai tindak balas, budak lelaki itu cuba merampas kayu tersebut sebelum bertindak menumbuk neneknya. Dia…

Read More

Rumah Didiami Sejak 25 Tahun Musnah Terbakar Di Panah Petir. | HULU TERENGGANU – Seorang wanita keluar rumah untuk menziarahi kematian saudaranya tergamam apabila rumahnya musnah dalam kebakaran di Kampung Bukit Diman, Ajil di sini hari ini. Kebakaran pada pukul 2.30 petang itu dipercayai berpunca daripada panahan petir yang mengenai rumah tersebut. Timah@ Faridah Muda,69, berkata, hatinya luluh apabila dihubungi salah seorang jirannya tentang kebakaran tersebut. “Saya diambil salah seorang anak yang tinggal berasingan untuk menziarah kematian saudara di Kampung Menerong, Ajil pada pukul 2 petang. “Setengah jam kemudian, saya dimaklumkan rumah terbakar setelah disambar petir,” katanya ketika ditemui di…

Read More

Doktor Terkejut Keluarkan Cacing 1kg Dari Usus Seorang Kanak-Kanak. | INDIA – Doktor di Hospital Daerah (DH) Poonch dilaporkan telah berjaya mengeluarkan sekitar 1kg cacing Ascaris daripada usus seorang kanak-kanak berusia 6 tahun, lapor Daily Excelsior. Dilaporkan kanak-kanak itu telah dibawa ke Hospital Daerah Poonch selepas mengadu tidak dapat membuang air besar, sakit perut, kembung perut dan muntah-muntah. Pihak hospital kemudiannya melakukan ultrasound abdomen dan mendapati usus kecil mangsa tersumbat sepenuhnya. Doktor seterusnya mencadangkan kanak-kanak tersebut menjalani pembedahan segera untuk membuka semula saluran itu. Menurut laporan, pembedahan yang dijalankan oleh Pakar Perunding Bedah, DH Poonch Dr Manav Datta dengan bantuan…

Read More

Kerajaan Selangor Berisiko Disaman RM1 Bilion. Ini Puncanya. | KUALA LUMPUR – Kerajaan Selangor berisiko berdepan dengan saman berjumlah RM1 bilion daripada syarikat pemaju, sekiranya tidak meneruskan siar warta status Hutan Simpan Bukit Cherakah yang dinyahwartakan sebelum ini. Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, kerajaan Selangor berisiko menanggung akibat berdasarkan perjanjian yang didakwa telah dibuat kerajaan negeri terdahulu iaitu BN terhadap siar warta berkenaan. Sehubungan itu menurut beliau, kerajaan negeri terdahulu termasuk bekas Menteri Besar, Dr Mohamad Khir Toyo perlu mengambil tanggungjawab dan tidak lepas tangan dengan sewenang-wenangnya termasuk menyalahkan pentadbiran semasa. “Saman yang disebabkan oleh perjanjian dia (kerajaan…

Read More

Kesihatan Najib Teruk. Ini Arahan Perdana Menteri Kepada KKM. | Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob telah mengarahkan Kementerian Kesihatan memberi rawatan kesihatan terbaik yang diperlukan bekas perdana menteri Najib Abdul Razak.. Kesihatan Najib merosot hari ini, dan dihantar untuk rawatan di tengah-tengah perbicaraan 1MDB. “Saya doakan beliau diberikan kesihatan,” tulis Ismail di Twitter. Najib – yang sedang menjalani hukuman penjara 12 tahun – dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada Isnin, 4 Sept kerana sakit berkaitan perut. Anak perempuan Najib, Nooryana Najwa sebelum ini mendakwa bahawa skop pada hari Sabtu menemui ulser perut. Dia mendakwa bahawa Najib telah meminta untuk…

Read More

Sultan Selangor Menarik Balik Darjah Kebesaran Najib Dan Rosmah. | KUALA LUMPUR: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah telah berkenan menarik balik Darjah Kebesaran Negeri Selangor daripada Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor, berkuat kuasa hari ini. Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Haris Kasim, dalam satu kenyataan hari ini berkata, selain Najib dan Rosmah, turut ditarik balik darjah kebesaran adalah bekas Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Mohd Arif Ab Rahman. Beliau berkata, keputusan itu dibuat selepas baginda mempengerusikan Mesyuarat Khas Dewan Diraja Selangor di Balai Dewan Diraja, Istana Alam Shah, Klang,…

Read More

Bomba DEDAHKAN Gambar-Gambar Keadaan Helikopter Yg Terhempas. | Memetik Bernama sebelum ini, juruterbang sebuah helikopter yang terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur (KLATCC) sebelum dilaporkan hilang di kawasan Bidor sejak petang semalam, ditemukan mati di lokasi kejadian, kata Ketua Polis Perak Datuk Mohd Yusri Hassan Basri. Beliau berkata mayat juruterbang itu ditemukan di dalam kokpit helikopter tersebut oleh pasukan pencari dan penyelamat pagi tadi. “Helikopter milik pasukan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) menemui lokasi nahas kira-kira 9.30 pagi di Hutan Simpan Chikus di sini. Lima minit kemudian, krew TUDM turun ke lokasi nahas dan menemui mangsa yang…

Read More

Kesihatan Najib Razak Agak Teruk. Ini Puncanya. | KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu, Datuk Seri Najib Tun Razak perlu dirujuk ke Hospital Kajang dekat sini bagi menerima rawatan ekoran keadaan kesihatannya yang agak teruk. Timbalan Pendakwa Raya Kanan, Datuk Seri Gopal Sri Ram berkata, pegawai penjara memaklumkan kepadanya bahawa ubat tekanan darah tinggi yang diambil oleh bekas Perdana Menteri ditukar sehingga memberi kesan kepada tahap kesihatannya. Sehubungan itu, Sri Ram memohon perbicaraan terhadap Najib dilapangkan pada sebelah petang bagi membolehkan beliau menerima rawatan di hospital pada pukul 2 petang. Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah membenarkan…

Read More

Helikopter Hilang. Ini Keadaan Juruterbang Yg Dijumpai. | TAPAH: Helikopter Eurocopter EC120B yang dilaporkan hilang dari radar selepas berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang semalam, berjaya dijumpai pada pukul 8.20 pagi tadi. Perkara tersebut dimaklumkan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong menerusi laman sosial Facebooknya sebentar tadi. Menurut Ka Siong, juruterbang terlibat juga dijumpai selamat dan usaha membawanya keluar dari lokasi nahas sedang dijalankan. “Syukur, saya baru sahaja dimaklumkan oleh Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) bahawa helikopter yang terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur (KLATCC) semalam telah ditemui di lokasi nahas sekitar…

Read More

2 Hari Lelaki Ini Berada Di Atas Bumbung Rumah Kerana MERAJUK. | BANGKOK: Hanya kerana tidak dibenarkan menghisap ganja, seorang lelaki dari timur laut Thailand bertindak memanjat bumbung rumahnya dan kekal berada di sana selama dua hari. Bagaimanapun, Kantaphi, 42, kini sudah turun dari bumbung rumahnya setelah berasa lapar sebelum dibawa ke hospital. Memetik laporan thethaiger.com, isteri Kantaphi mengakui suaminya merupakan penagih ganja. Malah, katanya, dia terpaksa membawa suaminya dari Bangkok untuk tinggal bersama rumah mertuanya di daerah Kantharalak, wilayah Sisaket untuk menangani masalah ketagihannya. Ketika kejadian, Kantaphi meminta bapanya, Sathien Panyakom untuk memberikan ganja kepadanya. “Namun, Sathien memberitahu dia…

Read More