Seorang Ibu Maut Gara² Minum Air Sebanyak 1.8 Liter. |INDIANA: Tiada siapa sangka, minum air sebanyak 1.8 liter dalam masa 20 minit menjadi penyebab seorang ibu kepada dua anak di sini, maut. Memetik laporan portal berita dailymail.co.uk, Ashley Summers, 35, meninggal dunia kerana mengalami ketoksikan air dalam badannya. Pada mula, wanita itu berasa pening dan sakit kepala kerana dehidrasi, namun tiada sukatan air tepat yang boleh melempiaskan dahaganya. Untuk itu, dia mula minum empat botol air untuk menghilangkan rasa hausnya. Setibanya di rumah, dia tiba-tiba rebah di garaj kerana otaknya mengalami bengkak yang teruk. Selepas itu, dia tidak pernah sedarkan…
Author: Admin Soleh
Beberapa Keranda Dan Jenazah Terkeluar Dari Kubur. | Muar: “Jenazah emak dikebumikan 15 tahun lalu perlu digali semula untuk dipindahkan kerana hakisan tanah,” kata kata Mohd Amin Samian, 43. Mohd Amin antara empat waris yang bersetuju untuk memindah kubur susulan hakisan tanah di Tanah Perkuburan Islam Kampung Parit Baru, Bukit Naning, di sini sebulan lalu. HUJAN LEBAT PUNCA TERJADI HAKISAN Hakisan disebabkan hujan lebat serta kerja pembersihan parit menyebabkan tiga daripada kubur terbabit terjatuh hingga keranda terkeluar malah ada yang menampakkan kain kafan. Menurut Mohd Amin, ada empat kubur yang terjejas termasuk pusara arwah ibunya Sariah@Seringati Omar dan tiga daripadanya…
Pusat Jagaan Orang Tua Terbakar.Seorang Wanita Rentung. | Seorang wanita warga emas ditemukan rentung selepas sebuah pusat jagaan orang tua di Seksyen 5, di sini, terbakar, awal pagi Selasa. TERIMA PANGGILAN JAM 3.33 PAGI Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Wan Md Razali Wan Ismail berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pada jam 3.33 pagi. “Seramai 14 anggota dan pegawai bersama dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Petaling Jaya bergegas ke lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan pada Isnin. Wan Md Razali berkata, kebakaran melibatkan jenis bangunan struktur kelas A dan musnah terbakar 30 peratus daripada…
Dihadiahkan Kereta. Ini Kata² Bell Ngasri Buat Ramai RESPEK! | KUALA LUMPUR – Tuah terus mengiringi pelakon Bell Ngasri apabila dia menerima sebuah kereta mewah Mini Cooper Clubman bernilai RM200,000 daripada DTC Motors Sdn. Bhd. sempena kemenangannya sebagai Bintang Paling Popular di sini sebentar tadi. DTC MOTOR HADIAKAN KERETA Kereta tersebut telah disampaikan oleh penyampai Hot FM, Khairy Jamaluddin (KJ) sambil disaksikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif DTC Motor Sdn. Bhd. Afendy Wahid. “Sebenarnya saya langsung tidak sangka akan dapat kereta kerana bagi saya hadiah yang saya terima (Bintang Paling Popular) sudah cukup besar. “Bila ada orang nak beri saya kereta…
Ais Cair Dedah Mayat Pendaki Yg Hilang 40 Tahun Lalu. | Zurich: Polis mengesahkan satu mayat ditemukan pada glasier yang mencair di pergunungan Switzerland, adalah pendaki Jerman yang hilang sejak 1986. HILANG SEJAK 40 TAHUN LALU The Guardian melaporkan pendaki gunung itu hilang ketika menyeberangi glasier berhampiran Gunung Matterhorn hampir 40 tahun lalu, dan akhirnya mayat pendaki itu ditemukan di dalam ais yang mencair. Dua pendaki menemui satu mayat pada 12 Julai lalu ketika mendaki di sepanjang Theodul Glacier di Zermatt, Valais, selatan Switzerland, kata polis pada Khamis. Pencairan glasier mendedahkan mayat itu yang kemudiannya dikenal pasti sebagai pendaki Jerman.…
Baring Atas Ular. Ini Yang Terjadi Selepas Itu. | BAGAN SERAI – Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun melalui detik cemas apabila tanpa sedar ‘baring’ di atas seekor ular tedung dalam kejadian di Taman Serai Perdana, di sini pada Isnin. Video berdurasi 19 saat yang tular di media sosial itu memaparkan ular berwarna hitam berada di bawah badan kanak-kanak itu dengan bahagian ekornya dipijak ketika berbaring di rumah pengasuhnya. Difahamkan, pengasuh yang menyedari kehadiran reptilia itu memujuk kanak-kanak berkenaan tidak melakukan sebarang pergerakan sementara menunggu ketibaan pasukan bomba. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sayani Saidon berkata, panggilan…
Peminat Hadiahkan Sebuah Kereta Kepada Bell Ngasri. | PETALING JAYA – Kejutan buat pelakon Bell Ngasri apabila bakal dihadiahkan kereta oleh sebuah syarikat sebagai penghargaan jasanya menghiburkan rakyat Malaysia. KHABAR GEMBIRA Khabar gembira itu diumumkan wakil syarikat tersebut ketika pemenang trofi utama Anugerah Bintang Popular ke-35 (ABP35) terbabit diundang ke konti Hot FM, pagi tadi. Di hadapan barisan penyampai stesen radio itu, Khairy Jamaluddin, Fara Fauzana, AG dan Johan, individu tersebut membuat pengumuman yang disambut sorakan gamat satu konti. “Apabila KJ dah sebut, meluap-luap hati ini nak ke depan (umum). Dengan ini saya mewakili syarikat ingin menghadiahkan Bell sebuah kereta,”…
Meninggal Dunia Sehari Sebelum Majlis Tunang. | Jitra: “Mereka sepatutnya melangsungkan pertunangan esok tapi tak sangka bakal tunang anak saudara saya meninggal dunia dalam kemalangan malam tadi, ” kata Amri Ali, 32. Amri adalah bapa saudara kepada Nurul Syifa Ahmad Shukri, 26, yang terselamat dalam kemalangan di Kilometer 20.7 Lebuhraya Utara Selatan, selepas lampu isyarat Asun, di sini, malam tadi. Bagaimanapun bakal tunang Nurul Syifa, Mohd Khairulnizam Abdullah, 25, meninggal dunia dalam kemalangan yang berlaku jam 9.40 malam tadi. TERBABAS DAN MELANGGAR POKOK Kemalangan dipercayai berlaku Toyota Hilux dinaiki mereka dipercayai terbabas sebelum terlanggar pokok dan terbalik. Amri berkata, dia…
Murid Cedera Dirotan Kerana Gagal Siapkan Kerja Sekolah. | SEGAMAT – Seorang murid Tahun 5 mengalami kecederaan di badan serta beberapa bahagian muka disyaki akibat dirotan guru dalam kejadian di sebuah sekolah rendah di daerah ini di sini. Menurut Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Ahmad Zamry Marinsah, hasil siasatan awal yang telah dijalankan didapati mangsa telah dirotan oleh guru sekolah disebabkan mangsa gagal menyiapkan kerja sekolah dan bersikap sambil lewa semasa sesi pembelajaran di sekolah. KOMEN DI FB POLIS DAERAH SEGAMAT “Pada 18 Julai kira-kira pukul 11 malam, pihak polis mengesan satu komen yang dimuat naik oleh satu individu di…
Bapa Durjana Dijatuhkan Hukuman Penjara 218 Tahun. | MUAR: “Kamu tak terfikir ke masa depan dia sebelum buat? Ini anak menjadi tanggungjawab dan amanah pada kamu sebagai ayah. “Anak-anak adalah rezeki, malah ada orang masih belum dapat anak walaupun macam-macam buat termasuk jumpa doktor,” itulah teguran Hakim Mahkamah Sesyen Abu Bakar Manat sebelum menjatuhkan hukuman penjara 218 tahun serta 75 sebatan terhadap seorang bapa selepas mengaku bersalah merogol dan amang seksual anak kandung hingga bersalin, sejak 2020. Tertuduh berusia 41 tahun bekerja kampung membuat pengakuan bersalah terhadap kesemua lapan pertuduhan dengan tujuh daripadanya membabitkan kejadian rogol yang bermula ketika anak…









