13 Hari Sembunyikan Diri Akhirnya Long Tiger Diberkas. | JOHOR BAHRU – Selepas 13 hari bersembunyi, lelaki berketurunan Rohingya dikenali sebagai Long Tiger yang lolos dari lokap Mahkamah Majistret Tangkak dekat sini pada 15 Disember lalu diberkas polis. Difahamkan, Long Tiger atau nama sebenarnya Abdul Hamim Ab Hamid, 32, ditahan dalam operasi khas yang dijalankan sekitar Johor Utara. Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay dijangka akan mengadakan sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini esok. Dalam kejadian pada pukul 11.55 pagi 15 Disember lalu, Ab. Hamim bertindak meloloskan diri melalui pintu utama Mahkamah Majistret…
Author: Admin Soleh
Didakwa Tunggu Arahan NADMA. Ini Jawapan Panglima Angkatan Tentera. | SHAH ALAM: Arahan pergerakan menyelamatkan mangsa banjir dikeluarkan oleh kerajaan dua bulan lalu dan sejak itu anggota tentera sentiasa bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan. Panglima Angkatan Tentera, Affendi Buang berkata, tidak timbul isu untuk anggotanya menyelamat dan memindahkan mangsa tanpa kelulusan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) seperti yang didakwa baru-baru ini. “Operasi banjir ini kita akan letakkan semua dalam keadaan siap sedia. Kalau air naik maknanya arahan daripada atas daripada dua bulan lepas,” katanya pada sidang media Ops Banjir di Taman Sri Muda. Jelasnya, dalam keadaan terdesak apabila kawasan tertentu…
Dikecam Pakai Kasut Tinggi Ke Pusat Pemindahan. Ini Jawapan Menteri. |PETALING JAYA: Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Rina Harun tampil memberi penjelasan atas kecaman warganet terhadapnya yang dilihat tidak peka terhadap persekitaran semasa kerana berkasut tinggi ke pusat pemindahan sementara (PPS) hujung minggu lalu. “Saya ingin memaklumkan pada hari tersebut, pada 19 Dis, saya menghadiri Perhimpunan Agung Bersatu dan sebagai Ketua Srikandi Bersatu, saya perlu berada di perhimpunan tersebut. “Ketika mesyuarat, saya turut menerima banyak laporan tentang bencana banjir dan hati saya tidak berasa tenang dan saya risau tentang mangsa banjir. Saya membuat keputusan selepas mesyuarat, saya akan melawat…
Prosiding Bela Diri DS Rosmah Mansur Bertukar Tegang. Ini Puncanya. | KUALA LUMPUR – Prosiding bela diri Datin Seri Rosmah Mansor yang dituduh dalam kes rasuah di Mahkamah Tinggi pada Khamis, bertukar tegang apabila pihak pendakwaan dan pembelaan bertikam lidah berhubung isu menghina mahkamah. Ketika prosiding di hadapan Hakim Mohamed Zaini Mazlan, Timbalan Pendakwa Raya ad-hoc, Datuk Seri Gopal Sri Ram mencadangkan bahawa isteri bekas Perdana Menteri itu tidak menghormati mahkamah kerana ingkar untuk menyerahkan pasport pada 21 November lalu. Untuk rekod, Pada 15 Oktober lalu, Mahkamah Tinggi di sini membenarkan permohonan Rosmah agar pasportnya dikembalikan bagi membolehkan beliau ke…
Tok Siak Diikat Dalam Masjid Oleh 2 Lelaki Bertopeng. |KAMPAR: Siak Masjid An-nur di sini berdepan detik cemas apabila diikat kaki dan tangan oleh dua lelaki bertopeng yang memecah masuk ke dalam masjid itu pagi ini. Ketua Polis Daerah, Superintenden Mohamad Nazri Daud berkata, suspek yang masing-masing berusia lingkungan 30-an dan bersenjatakan besi itu turut melarikan empat tabung masjid dalam kejadian pada pukul 4.45 pagi. “Kejadian berlaku ketika mangsa berusia 65 tahun itu baru tiba di masjid dan mahu mencari penyapu di bahagian tempat berwuduk sebelum ternampak sosok seseorang di sebalik tiang. “Mangsa yang ke arah tiang kemudian terkejut dengan…
Ini Penjelasan Menteri Tentang Fungsi NADMA. | Puchong: Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) bertanggungjawab menyelia dan membantu pihak berkuasa peringkat daerah serta negeri untuk mengurus bencana sekiranya diperlukan. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas), Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad berkata, apabila sesuatu bencana berlaku, pihak berkuasa di lapangan, misalnya pegawai daerah adalah pihak yang menjadi Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah. Katanya, kuasa itu diperturunkan kepada mereka selaras arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN) No 20 (Dasar dan Mekanisma Pengurusan Bencana Negara). “Jadi sebagai contoh di daerah Baling, Kedah jika berlaku banjir maka pegawai daerah di situlah yang kena mengurus semua…
Tak Benar Bahas Isu Banjir. Ini Penjelasan YDP Dewan Rakyat. |PETALING JAYA: Adalah tidak wajar menjadikan Dewan Rakyat seperti kedai kopi dengan membangkitkan apa sahaja isu dengan sewenang-wenangnya tanpa mematuhi Peraturan Mesyuarat. Malah, apa yang mendukacitakan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun, tiada satu usul dibuat mana-mana ahli Parlimen untuk membahaskan isu banjir ketika persidangan kelmarin. Justeru, beliau menolak sekeras-kerasnya dakwaan kononnya menolak usul untuk membahaskan isu banjir. “Dewan Rakyat sepatutnya mendengar pembentangan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin mengenai Rang Undang-Undang Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Pindaan ) 2021. Namun demikian, pembentangan tidak dapat dilakukan kerana…
Rumah Musnah Akibat Banjir. Ini Kata-Kata Ebby Yus Buat Ramai SEBAK. |Kuala Lumpur: Pelawak Ebby Yus berharap mangsa-mangsa banjir yang ditimpa musibah agar terus kuat dan reda dengan ujian yang berlaku. Ebby berkata, dia sudah berlapang dada apabila kediaman miliknya yang masih dalam pembinaan di Hulu Langat, Selangor dan hanya tinggal 10 peratus untuk disiapkan musnah akibat banjir, Sabtu lalu. “Semua orang ada impian serta keinginan. Tiada seorang pun ingin mencari atau berjumpa dengan masalah tetapi adakah kita setiap hari hanya berfikir mengenai indah dan nikmat sedangkan kita lupa bahawa setiap keburukan serta kesakitan itu juga datang daripada Allah. “Kenapa…
Persoal Bantuan Lambat Sampai. Ini Luahan Anggota Bomba Buat Ramai Setuju. | PETALING JAYA: “Kami sedaya upaya membantu mengeluarkan mangsa banjir, dengan segala apa yang kami ada. Kalau tiada bot, kami guna sampan. Kalau tiada sampan, kami sanggup dukung dan pikul mangsa sehingga ke tempat selamat. Kami tiada masa untuk merakam video atau mengambil gambar ketika bekerja kerana kami sememangnya tiada masa untuk berbuat demikian,”. Itu luahan Pegawai Operasi Zon 4 Selangor (Hulu Langat) Jabatan Bomba Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Penolong Penguasa Bomba Mohamad Akmal Mohamad Khairi terhadap segelintir dakwaan orang ramai yang mempersoalkan bantuan lambat tiba semasa banjir melanda…
Banjir : Mayat Kanak-Kanak Lelaki Ditemui Bawah Timbunan Kayu. | Bentong: Satu mayat kanak-kanak lelaki belum dikenal pasti identiti ditemukan dalam timbunan kayu kira-kira 800 meter dari Bobby Eco Farm Resort, di sini, hari ini. Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang Ismail Abdul Ghani berkata, pasukan penyelamat menemui mayat mangsa pada 10.30 pagi tadi. Katanya, operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilakukan secara ‘sweep searching’ dan ‘fan searching’ di kawasan sisa-sisa kayu di kawasan pencarian Seksyen 3. “Mayat mangsa berjaya dikeluarkan dari timbunan kayu-kayu yang dihanyutkan arus dengan kaedah pemugaran dan pengalihan sisa-sisa kayu. “Ia diserahkan kepada…