Seorang Profesor Bunuh Isteri Dan 2 Anak Kerana Takut Omicron. | Bangalore: Takutkan varian Omicron menyebabkan seorang profesor perubatan di India membunuh isteri dan dua anaknya bagi ‘membebaskan’ mereka daripada kesakitan. Kejadian ngeri itu dilapor berlaku di Apartmen Divinity di Indiranagar, timur Bangalore dengan tertuduh dikenali Dr Sushil Kumar. Profesor perubatan forensik bertugas di Kolej Perubatan Rama itu turut menghubungi adik lelakinya selepas insiden dan memintanya memaklumkan kejadian kepada pihak polis. India Times melaporkan mangsa adalah isteri Sushil, Chandraprabha, 48, anak lelaki, Shikhar, 18 dan anak perempuan mereka yang berusia 10 tahun. Polis menemui nota dipercayai ditulis Sushil yang berbunyi,…
Author: Admin Soleh
Kes DS Najib Razak. Ini KOMEN Tun Mahathir Yg Mengejutkan. | PETALING JAYA: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini secara sinis berkata, negara dijangka mecipta rekod dengan melantik banduan sebagai Perdana Menteri. Kenyataan sinis tersebut dibuat selepas keputusan mahkamah yang membenarkan permohonan Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Tun Razak menangguhkan hukuman ekoran kesalahan salah guna kuasa, pecah amanah dan pengubahan wang haram dana SRC International Sdn. Bhd. “Alhamdulillah. Malaysia mungkin buat rekod sekali lagi kerana banduan dianugerah jawatan Perdana Menteri. Jika dia menang dan sekali lagi jadi ahli Dewan Rakyat, apakah dia boleh jadi Perdana Menteri…
DS Najib Razak Kecewa Dgn Keputusan Mahkamah. Ini Puncanya. | Bekas perdana menteri Najib Razak berkata dia sangat kecewa dengan keputusan Mahkamah Rayuan hari ini yang mengekalkan sabitan bersalahnya dalam kes salah guna kuasa, pecah amanah dan pengubahan wang haram dana SRC International Sdn Bhd (SRC). Dia juga menyatakan sudah memberi arahan kepada pasukan peguam belanya untuk memfailkan rayuan ke Mahkamah Persekutuan secepat mungkin. Menegaskan kedudukannya sebagai orang Islam, Najib yang juga ahli parlimen Pekan juga sekali lagi menegaskan bahawa dia tidak bersalah seperti yang dipertuduhkan. “Pertama saya nak nyatakan bahawa saya amat kecewa dengan keputusan Mahkamah Rayuan berikutan keputusan…
Bayi Perempuan Usia 4 Bulan Meninggal Dunia. | SEREMBAN: Seorang bayi perempuan berusia empat bulan berada dalam keadaan lemah dan wajahnya pucat ketika berada di bawah jagaan pengasuh sebelum disahkan meninggal dunia di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ), di sini petang semalam. Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, dalam kejadian pada pukul 4.40 petang, ibu mangsa yang berada di tempat kerja menerima panggilan telefon daripada pengasuh yang memintanya datang segera kediamannya di Perumahan Tentera Kem 15 RAMD Taman Tuanku Jaafar, Senawang di sini kerana bayi itu dalam keadaan sangat lemah. “Sebaik sahaja tiba, ibunya mendapati keadaan kulit wajah…
Ini Keputusan Mahkamah Rayuan Terhadap DS Najib Razak. | PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan di sini sebentar tadi sebulat suara mengekalkan sabitan salah atas tujuh pertuduhan membabitkan penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn. Bhd. selepas menolak rayuan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Panel tiga hakim yang diketuai Datuk Abdul Karim Abdul Jalil dan bersidang bersama-sama Datuk Has Zanah Mehat dan Datuk Vazeer Alam Mydin Meera sebulat suara memutuskan demikian selepas mendapati rayuan Ahli Parlimen Pekan itu tidak mempunyai merit. Mahkamah turut mengekalkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta yang dikenakan terhadap Najib sebelum ini atas…
Kanser Hilang Selepas Menderita 11 Tahun. Ini Luahan Elyana. |PETALING JAYA: Setelah 11 tahun menderita kanser limfoma tahap empat, penyanyi Elyana akhirnya menarik nafas lega apabila kanser tersebut disahkan hilang dari badannya. Berita yang cukup menggembirakan itu dikongsikan penyanyi itu sendiri menerusi satu entri di Instagramnya baru-baru ini. “Assalamualaikum rakan dan keluarga di Instagram. Hari ini saya ingin berkongsi rasa gembira dan bersyukur saya dengan anda semua. “Perjuangan dan penantian selama 11 tahun saya berhasil! Kanser saya hilang! “Alhamdulillah ya Allah, terima kasih ya Allah, kau telah mendengar doa kami. Tak dapat saya gambarkan perasaan gembira saya. Terlalu lama tak…
Lelaki Bunuh Isteri Dan 3 Anaknya Kerana Sijil Vaksin. | BERLIN: Seorang lelaki Jerman membunuh isteri dan tiga anaknya sebelum membunuh diri dengan meninggalkan nota yang menjelaskan dia takut dipenjarakan kerana memalsukan pas kesihatan COVID-19, kata pendakwa raya. Kesemua lima mayat ditemui di rumah keluarga itu di Koenigs Wusterhausen di luar Berlin pada Sabtu, kata pendakwa raya negeri Brandenburg. Menerusi nota berkenaan, lelaki berusia 40 tahun itu menjelaskan dia mendapatkan pas vaksin COVID-19 palsu untuk isterinya. Bagaimanapun majikan isterinya mengesan penipuan itu dan merancang untuk menyiasat, jurucakap pendakwa raya, Cottbus Gernot Bantleon memberitahu AFP. “Lelaki itu menjangkakan dia dan isterinya…
Seorang Lelaki Ditemukan Mati Dalam Longkang Selepas Mengamuk. | Sungai Petani: Seorang lelaki yang mengamuk tanpa diketahui punca ditemukan mati dalam longkang belakang rumahnya di Taman Dahlia, di sini, malam tadi. Dalam kejadian jam 7.35 malam itu, lelaki berusia 31 tahun terbabit disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian selepas pemeriksaan dilakukan kakitangan hospital. Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, polis pada mulanya menerima panggilan daripada seorang lelaki yang mengatakan jirannya sedang mengamuk di belakang rumah. Menurutnya, lelaki berkenaan diberitahu isterinya berhubung kelakuan jiran mereka yang sebelum itu meracau seorang diri dan membuat bising di luar…
Seorang Bekas Komando Ditemukan Meninggal Dunia Dirumahnya. | REMBAU: Seorang bekas komando ditemukan meninggal dunia di rumahnya di Kampung Chuai Ulu, di sini, pagi tadi. Kamarudin Sharif, 68, ditemukan sudah tidak bernyawa oleh sepupunya, Abdul Manap Dahalan, 61, selepas dimaklumkan oleh jiran yang terhidu bau busuk dari dalam rumah berkenaan. Menurut Abdul Manap, sepupunya itu tidak berkahwin dan menetap seorang diri di rumah berkenaan sejak bersara dari perkhidmatan tentera. “Sudah lebih seminggu saya tidak nampak arwah. Namun dua tiga hari lalu, saya sudah mula berasa tidak sedap hati. “Sebaik sahaja menerima panggilan dari jiran arwah sekitar pukul 11.30 pagi saya…
Kuasa Viral. Akhirnya 2 Marshal Serah Diri Dan Motosikal Dirampas. | Baru-baru ini tular rakaman memaparkan individu menaiki motosikal berkuasa tinggi melakukan aksi marshal dipercayai di Port Dickson. Kejadian dikatakan berlaku pada 6 Disember 2021 (Selasa) kira-kira jam 12:45 tengah hari hingga 2:30 petang. Dalam Kenyataan Media YDH Ketua Polis Daerah Port Dickson, dua Lelaki berbangsa Melayu dipercayai terlibat dalam rakaman aksi marshal tersebut telah hadir menyerahkan diri di Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah Port Dickson. Ketua Polis Daerah Port Dickson, Supritendan Aidi Sham bin Mohamed dalam kenyataannya memaklumkan kedua-dua lelaki berusia 45 dan 49 tahun dengan salah seorang…