Meninggal Dunia Sehari Selepas Perkahwinan. | KOTA BHARU – “Abang…kita dah kahwin,” itu kata-kata terakhir yang diluahkan oleh Siti Saraf Ismail, 25, kepada suaminya, Mohamad Amirul Akmal Mohd Aziz, 25, sebelum meninggal dunia pada Ahad. Mahligai bahagia yang dibina hanya bertahan seketika apabila Siti Saraf yang merupakan kakitangan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Putrajaya telah dijemput Illahi dalam tempoh 24 jam bergelar isteri kepada Mohamad Amirul Akmal. Sungguhpun agak pahit untuk ditelan, Mohamad Amirul Akmal dilihat tenang dan reda dengan ketentuan yang telah ditetapkan. “Pada jam 3 pagi, saya dikejutkan oleh isteri yang memaklumkan dia mengalami sakit kepala. “Selepas itu dia…
Author: Admin Soleh
Seorang Wanita Nekad Membakar Bilik Ayahnya Kerana Lapar. | Seorang wanita berusia 20 tahun yang menetap di Willingham, Cambridgeshire tergamak membakar bilik tidur ayahnya berikutan lapar dan tidak mempunyai makanan yang mencukupi di rumah, lapor Daily Star. Wanita yang bertindak membakar bilik tidur ayahnya setelah bengang kerana kekurangan makanan di rumah mereka berjaya menghindari hukuman penjara. Pada hari kejadian, wanita tersebut menelefon ayahnya yang sedang berada di tempat kerja dan beliau mengadu bahawa tidak ada makanan yang mencukupi di rumah. Wanita itu meminta ayahnya untuk keluar membeli makanan, tetapi ayahnya menegaskan bahawa dia perlu membeli makanannya sendiri, dengan nada yang…
Dituduh Buat Kecoh Persidangan UMNO. Ini Jawapan BALAS DS Idris Haron. | MELAKA: Bekas Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron menjelaskan, kekecohan yang didakwa berlaku ketika Persidangan Tahunan UMNO Cawangan Klebang Kechil, bukan dicetuskan dirinya. Ketika dihubungi Utusan Malaysia, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Udang itu berkata, mesyuarat berkenaan berlangsung di hadapan rumahnya dan bertukar kecoh selepas kehadiran beberapa pemimpin UMNO Bahagian Tangga Batu. Katanya, sebagai individu yang telah dipecat keahlian daripada parti, beliau memahami keadaan itu dan tidak langsung mencampuri perjalanan persidangan, namun tetap memberikan kebenaran untuk diadakan di anjung rumahnya atas dasar menghormati masyarakat sekitar. “Persidangan berlaku…
Pilihan Raya Waktu Covid. Ini Perkara Yg Tak Boleh Dilakukan Semua Parti Politik. | Sebarang kegiatan, perhimpunan atau majlis sosial sepanjang tempoh perjalanan PRN Melaka – termasuk ketika kempen – adalah tidak dibenarkan, menurut Kementerian Kesihatan. Dalam kenyataan hari ini, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata ia bagi mengelakkan peningkatan kes dan kluster Covid-19 yang berisiko tinggi menular dalam perhimpunan atau majlis sosial yang tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP). “KKM menjangkakan banyak perhimpunan serta majlis sosial berkaitan dengan pilihan raya yang akan diadakan melibatkan ramai individu berkumpul dari seluruh negara. “Memandangkan risiko penularan jangkitan Covid-19 masih tinggi, terutama dengan penularan…
Kumpulan Antivaksin Tak Bebas. Ini Tindakkan Menteri Kesihatan. | KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) mengambil pendekatan tidak membenarkan kebebasan tertentu dinikmati oleh kumpulan antivaksin berbanding individu yang lengkap divaksin, Dewan Negara diberitahu. Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, berkata, kebebasan yang disekat itu hanya dituju kepada mereka yang enggan menerima vaksin Covid-19. Beliau berkata, terdapat dua kumpulan yang harus dibezakan, iaitu mereka yang tidak boleh menerima vaksin disebabkan masalah kesihatan dan mereka yang enggan menerima vaksin. “Dimaksudkan di sini bukan kita…kerajaan yang menyusahkan mereka (kumpulan antivaksin) tetapi sebenarnya pilihan mereka yang menyusahkan mereka sendiri, iaitu mereka tidak mengambil vaksin, enggan menerima vaksin,…
Dua Pegawai SPRM Lari Lintang Pukang Selepas Didakwa Rasuah. | JOHOR BAHRU: Dua pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) negeri ini didakwa di Mahkamah Sesyen, hari ini atas pertuduhan menipu seorang penguatkuasa untuk menyerahkan RM40,000, bagi menyelesaikan kesnya yang disiasat agensi berkenaan, Khamis lalu. Tertuduh pertama, Penolong Penguasa P29 SPRM Kluang, Amir Izham Shahak, 32, mengaku bersalah atas tuduhan berkenaan. Tertuduh kedua, Penguasa P42 SPRM Johor Bahru, Wan Kamarul Zaim Wan Mansor, 34, pula, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan secara bersama di hadapan Hakim Datuk Ahmad Kamal Arifin Ismail. Kedua-dua tertuduh didakwa secara bersama sebagai ejen kerajaan iaitu Penolong…
Seorang Anak Tergamak Membelasah Ibunya Yg Berusia 73 Tahun. | PETALING JAYA: Seorang lelaki membelasah ibunya yang berusia 73 tahun hingga patah pergelangan tangan selepas wanita itu enggan memberikan wang bagi membeli dadah. Wanita itu diserang dengan kayu oleh anaknya yang berusia 45 tahun di rumah mereka di Pelangi Damansara di sini pada jam 7 malam Sabtu lalu. Wanita itu kemudian menghubungi polis. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, susulan laporan wanita itu, pada jam 11.30 malam hari yang sama, polis menyerbu kediaman berkenaan dan menahan suspek. “Polis menahan suspek yang berusia 45 tahun…
Suami Maut Ditikam Isteri Dengan Besi Pemegang Payung. |Gombak: Pertengkaran akibat cemburu bertukar tragedi apabila seorang suami maut ditikam dengan besi pemegang payung oleh isterinya yang didakwa curang dalam kejadian di kediaman mereka di Kampung Laksamana, Batu Caves, di sini, semalam. Kejadian 11.30 malam itu tercetus selepas berlaku pertengkaran antara lelaki berusia 45 tahun terbabit yang menuduh suspek berusia 26 tahun menjalin hubungan sulit dengan lelaki lain. Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed berkata, pada mulanya, pihaknya menerima laporan pada 12.35 tengah malam daripada seorang wanita yang mendakwa jiran lelakinya membunuh diri. Bagaimanapun, katanya, hasil siasatan mendapati…
Sebuah Kilang Proses Tauhu Dan Belacan Diarah Tutup. | PETALING JAYA: Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM), Jabatan Kesihatan Pulau Pinang (JKNPP) mengarahkan kilang memproses belacan di Sungai Puyu dan tauhu di Kampung Selamat, Tasek Gelugor, ditutup dua minggu selepas didapati kotor termasuk dicemari najis tikus. Dalam serbuan kira-kira 10 pagi tadi, najis tikus ditemui dalam stor penyimpanan kedua-dua produk berkenaan. Malah, hasil pemeriksaan di kilang tauhu itu mendapati produk terbabit diletakkan di tempat tidak sewajarnya, manakala pekerja di premis memproses belacan pula dilihat seakan-akan “terpijak” produk berkenaan yang hanya dijemur atas lantai. Pegawai Kesihatan BKKM JKNPP, Mohd Wazir Khalid,…
Ramai Tolak 4 Bekas ADUN Dlm PRN. Ini Keputusan Anwar Ibrahim. | PORT DICKSON – Pakatan Harapan (PH) akan membincangkan kedudukan bekas empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melaka dalam mesyuarat pada petang Rabu. Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau menyedari ada pihak yang tidak menyenangi keempat-empat bekas ADUN itu jika menjadi calon dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada 20 November depan. “Ini juga melibatkan ADUN Pengkalan Batu, Datuk Norhizam Hassan Baktee yang secara terbuka ditolak oleh DAP Melaka sebagai calon parti tersebut. “Dibangkitkan oleh DAP itu seorang, tapi tidak apa, kami akan bincang hal ini,” katanya…
