Author: Admin Soleh

Abu Ziyad atau lebih dikenali sebagai Admin Soleh merupakan seorang penulis blog yang sangat berpengalaman. Beliau pernah mendapat anugerah penulis Ghost Writer terbaik pada tahun 2020.

Selepas Mahkamah Jatuhkan Hukuman. Ini Luahan Bapa Arwah Zulfarhan. | KUALA LUMPUR – “Saya sudah maafkan mereka”. Itu luahan ayah pelajar Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Zulfarhan Osman Zulkarnain. Zulkarnain Idros, 57, berkata, meskipun berat untuk dia memaafkan dan sukar melupakan apa yang telah berlaku, beliau menghormati namun segala keputusan yang telah ditetapkan pihak mahkamah. “Saya maafkan kesemua mereka…,” katanya ketika ditemui lobi Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur selepas keputusan kes itu di sini sebentar tadi. Bagaimanapun menurut Zulkarnain apa yang membuatkan beliau terkilan tertuduh dan keluarga tidak datang berjumpanya ataupun untuk meminta maaf. “Keluarga tertuduh mahupun tertuduh langsung tidak datang…

Read More

Datuk Nenek Bersama Seorang Cucu Maut Dlm Kemalangan. | KLUANG: Seorang cucu bersama datuk dan neneknya maut selepas Perodua Alza dinaiki mereka bertembung lori pasir di Jalan Johor Kampung Pinggir, di sini kira-kira pukul 9 pagi tadi. Mangsa yang maut ialah pemandu kereta iaitu Izzah Shahirah Sahri, 22, dan datuknya, Md. Salleh Kosran, 75, serta neneknya, Miskina Naining, 70. Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Renggam, Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohd. Fauzi Md. Nor berkata, ketiga-tiga mereka dikatakan dalam perjalanan mengambil ubat di Simpang Renggam. “Pusat Gerakan Operasi (PGO) Negeri Johor menerima panggilan kecemasan kemalangan jalan raya melalui talian…

Read More

Kelantan Mula Laksana Undang-Undang Syariah Hari Ini. | KOTA BHARU – Kerajaan negeri Kelantan akan mula melaksanakan undang-undang Islam di negeri ini dengan menguatkuasakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) 2019 pada Isnin. Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata, pelaksanaan enakmen itu dibuat selepas mendapat perkenan daripada Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V. “Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) 2019 telah memilih kaedah pelaksanaan hukuman retributif (hukuman setimpal dengan kesalahan) dan restoratif (hukuman bersifat pemulihan) untuk memulih dan memberi kesedaran kepada pesalah syariah,” katanya. Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Penerangan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) 2019 secara dalam talian menerusi laman…

Read More

Lelaki Didenda RM10k Akibat Hina Tokoh Agama Dan Pemimpin. | KUALA TERENGGANU – Seorang penganggur didenda RM10,000 atau empat bulan penjara oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Isnin selepas mengaku bersalah menghantar komunikasi jelik serta menghina tokoh agama dan pemimpin menerusi Facebook. Tertuduh, Ahmad Farhan Mohd, 39, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Nooriah Osman. Mengikut pertuduhan, dia didakwa secara sedar menggunakan kemudahan rangkaian Facebook Farhan Hazard untuk membuat penghantaran komen kepada Group Facebook Gabungan Anak Terengganu dengan niat untuk menyakitkan hati dan mengganggu. Dia dituduh melakukan perbuatan itu kira-kira jam 5 petang pada 20 November…

Read More

Bekas Ketua Kampung Cabut Puluhan Tiang Elektrik. Ini Puncanya. | JAKARTA – Sebuah video yang menunjukkan aksi seorang bekas ketua kampung yang mencabut puluhan tiang elektrik menjadi tular di media sosial, lapor laman berita Suara.com semalam. Menerusi video yang dimuat naik akaun Instagram @memomedsos, lelaki itu dipercayai berbuat demikian kerana berang apabila kalah dalam pilihan raya ketua kampung di wilayah Jawa Tengah. “Puluhan tiang elektrik dicabut selepas bekas ketua kampung kalah dalam pilihan raya. “Penduduk Desa Guwo, Pati, Jawa Tengah dikejutkan dengan perkara itu, dipercayai kerana bekas ketua kampung kalah pada pilihan raya yang diadakan April lalu,” demikian keterangan yang…

Read More

Video Tular Suami Isteri Mengamuk. Ini Puncanya. | PETALING JAYA – Seorang pengawal keselamatan yang bertugas di sebuah kawasan perumahan didakwa dimarahi dengan kata-kata kesat oleh seorang lelaki akibat menolak untuk menjaga anak mereka. Dipercayai lelaki tersebut berang kerana pengawal keselamatan di kawasan itu tidak menjaga anaknya yang ditinggalkan di pos pengawal keselamatan kerana meronda kawasan perumahan itu. Menerusi perkongsian video oleh @Dobetter4Malaysia di laman sosial Facebook semalam, lelaki tersebut didakwa bertindak sedemikian kerana disebabkan kecuaian sendiri yang meninggalkan anaknya di pos keselamatan. Berdasarkan video berdurasi 2 minit 16 saat di Facebook, lelaki tersebut memaki hamun dan bertindak mengugut untuk…

Read More

PKR & BN Disaman Langgar SOP. Ini Penjelasan Perdana Menteri. | KUALA LUMPUR: Tidak ada pihak yang kebal daripada dikenakan tindakan undang-undang sekiranya didapati melanggar ketetapan prosedur operasi standard (SOP) bagi mengekang penularan COVID-19 ketika Pilihan Raya Negari (PRN) Melaka, tegas Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Menurut Perdana Menteri, Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) dengan jelas menunjukkan perkara yang menyalahi ketetapan kerajaan dan hukuman yang boleh dikenakan. Sehubungan itu, Ismail Sabri berkata, undang-undang yang termaktub di negara ini meliputi semua pihak termasuk individu. “Tidak ada sesiapa yang kebal dari segi undang-undang, Akta 342 jelas dari segi…

Read More

Syarikat Telekomunikasi Gagal Tunaikan Janji. Ini Tindakkan SKMM. |KOTA BHARU – Syarikat telekomunikasi akan dikenakan denda sekiranya gagal menyediakan perkhidmatan seperti yang telah dijanjikan kepada pengguna, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa. Beliau berkata, undang-undang Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mempunyai peruntukan, di mana setiap syarikat telekomunikasi perlu melaksanakan standard-standard minima yang telah ditetapkan. Menurut Annuar, sekiranya tidak melepasi standard minima yang telah ditetapkan, SKMM diberikan kuasa untuk memberikan peringatan kepada syarikat berkenaan, termasuk mengenakan denda kewangan. “SKMM diberikan kuasa untuk mengingatkan mereka (syarikat telekomunikasi) agar meningkatkan perkhidmatan, sekiranya tidak mengikut ketetapan yang ditetapkan syarikat itu…

Read More

PRN Melaka. PKR Dikenakan Kompaun RM10K. Ini Puncanya. |Melaka: PKR menuntut penjelasan daripada Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin susulan parti itu dikenakan kompaun RM10,000 oleh polis selepas satu program penerangan bergerak tanpa perhimpunan diadakan di Taman Krubong Jaya, di sini, malam tadi. Ketua Penerangan PKR Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, kompaun dikeluarkan selepas selesai ceramah diadakan parti itu kerana dikatakan ingkar prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan kerajaan. “Jumlah ini tidak munasabah, tiada kontak fizikal dan perhimpunan. Yang hadir semalam hanya dua penceramah, petugas, media dan polis, “Saya akan menulis sendiri surat kepada Menteri Kesihatan untuk menjelaskan perkara ini. Dari…

Read More

Video Tular Lembaga Putih Dlm Masjid. Ini Cerita Sebenar. | KUALA TERENGGANU: Lembaga putih yang didakwa muncul di ruangan solat Masjid Banggol Peradong di sini disahkan bukan hantu, sebaliknya hanya rekaan kalangan pemuda kampung semata-mata untuk bergurau sesama mereka. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) itu, Zulkifli Mamat berkata, perbuatan itu dilakukan kumpulan pemuda berkenaan ketika mereka terlibat membaiki kamera litar tertutup (CCTV) masjid pada tengah malam, Rabu lalu. Katanya, siasatan mendapati video seram berkenaan terlebih dahulu dikongsikan dalam kumpulan WhatsApp Kampung Banggol Peradong, namun, tidak mendapat perhatian ramai kerana masing-masing faham ia bermotifkan gurauan. “Bagaimanapun, saya terkejut apabila…

Read More