Isu Arak TIMAH. Ini Reaksi Menteri Agama Yg Ditunggu Ramai. | KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Idris Ahmad bersetuju dengan gesaan Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Wan Salim Wan Mohd Noor, supaya sebuah syarikat pengeluar minuman beralkohol tempatan segera menukar jenama ‘Timah’ berserta gambar yang digunakan. Idris berkata, perkara sebegitu yang bersifat provokasi, selain penggunaan nama yang boleh menimbulkan kekeliruan terhadap masyarakat dan agama tidak sepatutnya berlaku di negara ini. “Soal arak ini untuk orang bukan Islam bagi agama dia nak minum itu soal dia tetapi bagi orang Islam, merupakan satu perkara (arak) yang…
Author: Admin Soleh
Kegembiraan Bercuti Bertukar Tragedi. Kanak-Kanak Maut Jatuh Hotel. | GEORGE TOWN – Kegembiraan sebuah keluarga bercuti di Tanjung Bungah di sini bertukar tragedi apabila anak bongsu mereka berusia enam tahun ditemui maut dipercayai terjatuh dari hotel tempat mereka menginap hari ini. Difahamkan kejadian kira-kira 11.30 pagi itu berlaku selepas kanak-kanak tersebut meluru memasuki lif ketika pintunya terbuka tanpa sempat disertai ahli keluarganya apabila pintu tertutup dengan pantas. Keluarga dari Sungai Petani, Kedah itu dikatakan baru selesai mandi di kolam renang dan sedang menuju ke bilik. Ahli keluarga mangsa kemudiannya dikatakan cuba mencari kanak-kanak itu kira-kira 10 minit sebelum mangsa ditemui…
PRN Melaka. Pakatan Harapan Kurang Setuju Pengumuman SPR. | KUALA LUMPUR: Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) kurang bersetuju dengan pengumuman yang dibuat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini berhubung Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka. Menerusi satu kenyataan media, Majlis Presiden PH turut kesal dengan kenyataan Pengerusi SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh bahawa hanya pengundi yang sudah lengkap dua dos vaksin boleh keluar mengundi. Majlis itu turut berpendapat, tindakan tersebut berkemungkinan melanggar Perkara 119 Perlembagaan Persekutuan berhubung kelayakan pemilih. “Sungguhpun Pakatan Harapan menyokong penuh usaha pemberian vaksinasi kepada semua, ia tidak boleh dijadikan alasan tindakan diskriminasi ke atas mereka yang belum…
‘Susahkan’ Antivaksin. Ini Jawapan Balas KJ Kepada Anuar Ibrahim. |PETALING JAYA: Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menegaskan, kerajaan telah sehabis usaha memberi penerangan berhubung kebaikan dan keberkesanan vaksin Covid-19 sejak awal lagi. Malah, kata beliau, pihaknya telah mengemukakan segala bukti dan saintifik berhubung pelalian tersebut dan usaha itu tidak pernah terhenti. “Nak kata kerajaan tidak cukup bagi penerangan tentang vaksin tidak betul. Kita dah kemukakan segala bukti saintifik tentang keberkesanan vaksin Covid-19 dari awal lagi. Kita terus memberi penerangan. “I’m sorry, i have to be firm on this issue. Call me dajjal or whatever. (Saya minta maaf, saya kena tegas dalam…
Arak Jenama ‘Timah’. Ini Komen Mufti Yg Buat Ramai Setuju. | GEORGETOWN: Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr. Wan Salim Wan Mohd. Noor melahirkan rasa terkejut dan kecewa dengan iklan sejenis arak buatan tempatan diberi nama ‘TIMAH’ yang memaparkan wajah seorang lelaki berjanggut dan memakai kopiah. Kata beliau, sudah menjadi kelaziman bagi masyarakat Melayu yang mana ‘Timah’ adalah singkatan daripada Fatimah iaitu nama puteri Nabi Muhammad SAW yang amat dihormati oleh umat Islam. Sehubungan itu, katanya, menjenamakan arak dengan TIMAH dianggap oleh umat Islam sebagai satu penghinaan yang tidak seharusnya berlaku. “Pengeluar wiski berkenaan perlu peka terhadap sensitiviti umat Islam…
Tular Video ‘Hantu Wanita’ Bawa Batu Nisan. Akhirnya Terbongkar. | Baru-baru ini tular di media sosial didakwa penampakan ‘hantu wanita’ membawa batu nisan dipercayai di Jalan Genting sehingga menganggu orang ramai akhirnya terbongkar semalam. Menerusi perkongsian video oleh Fareez Effizal di laman aplikasi TikTok, sekumpulan lelaki telah mendapat laporan dan membongkar identiti ‘hantu’ yang menganggu pengguna jalan raya di kawasan tersebut. Berdasarkan video berdurasi tiga minit empat saat di TikTok itu, sekumpulan lelaki itu sedang mengejar ‘hantu’ itu sambil membaca ayat-ayat suci Al-Quran sehingga individu itu berhenti. Ketika kejadian, ‘entiti’ itu merupakan seorang pemuda yang memegang batu nisan dan didakwa…
Abang Tubuh Parti Baharu. Ini Reaksi Perdana Menteri. | Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata tindakan abangnya Kamarazaman Yaakob menubuhkan parti baru iaitu Parti Kuasa Rakyat adalah hak beliau dalam amalan negara demokrasi. Ismail Sabri yang juga Naib Presiden Umno menyifatkan, perbezaan keahlian parti politik dalam kalangan ahli keluarga juga bukan suatu perkara baru dalam politik tanah air. “Adik beradik berlainan parti politik bukan perkara baru, sudah ada di Malaysia…ini demokrasi, itu hak beliau…tidak timbul pertelingkahan dan sebagainya,” kata Ahli Parlimen Bera itu ketika ditanya mengenai tindakan Kamarazaman yang menubuhkan Parti Kuasa Rakyat baru-baru ini. Beliau berkata demikian…
Ugut Antivaksin. Ini Jawapan Balas DS Anuar Ibrahim Kepada Kerajaan. | RAWANG – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan kaedah digunakan oleh Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menggunakan ugutan dan menghukum golongan antivaksin sebagai cara yang sombong. Beliau berkata, golongan tersebut perlu didekati kerana pihak kerajaan sepatutnya berperanan sebagai badan memujuk, memberi penerangan dan jawapan berdasarkan dapatan kajian saintifik yang lebih berkualiti untuk mematahkan hujah kumpulan terbabit. Menurutnya, pihak kerajaan sepatutnya menyelesaikan pemberian dos vaksin kepada individu yang ingin menerimanya dan memberi fokus kepada baki selebihnya kepada golongan yang ingin mengambil dos berkenaan. “Saya tidak sokong golongan antivaksin…
Tolak Untuk Vaksin. Ini Tindakkan Kerajaan Buat Mereka. | Kuala Lumpur: “Kita akan ‘menyusahkan’ hidup kumpulan anti vaksin supaya mereka berterusan tidak dibenarkan menikmati apa-apa kelonggaran seperti individu lengkap vaksinasi.” Nada tegas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin itu merujuk kepada tindakan individu enggan divaksin kerana mereka memilih untuk tidak diberikan pelalian berkenaan. Menurutnya, biar pun vaksin tidak diwajibkan tetapi kerajaan tidak akan memberi muka kepada kumpulan terbabit kerana mereka memilih untuk menolak vaksin. “Kita mungkin tidak akan melaksanakan undang-undang Persekutuan yang mewajibkan pengambilan vaksin, tetapi menggalakkan undang-undang sektoral. “Ia mungkin agak kasar tetapi pendekatan kita juga adalah untuk ‘menyusahkan’ hidup mereka…
Seorang Lelaki Batal Hasrat Bunuh Diri Kerana Panas. | Kulim: Berang dengan tindakan rakan sekerja menuduhnya mengambil wang sumbangan untuk membeli dadah, seorang lelaki membakar lori dan pondok kediaman pekerja ladang lembu di Junjong, dekat sini, hari ini. Dalam kejadian jam 7.30 pagi itu, lelaki berusia 30-an mendakwa dirinya tertekan dengan tuduhan berkenaan menyebabkannya bertindak sedemikian selain mahu membunuh diri. Ketua Polis Daerah Kulim Superintendan Sazali Adam berkata, suspek bagaimanapun membatalkan niat membunuh diri dengan keluar daripada pondok itu kerana tidak tahan panas. Menurutnya, kejadian disedari pengurus ladang yang tiba di lokasi dan terkejut apabila melihat lori dan pondok yang…
