Author: Admin Soleh

Abu Ziyad atau lebih dikenali sebagai Admin Soleh merupakan seorang penulis blog yang sangat berpengalaman. Beliau pernah mendapat anugerah penulis Ghost Writer terbaik pada tahun 2020.

Penduduk Gempar Alami Banjir Merah. Rupa-Rupanya Ini Puncanya. | JOHOR BAHRU – Penduduk di Kampung Sri Jaya Baru dan Kampung Pasir di sini gempar apabila air banjir kilat yang berlaku awal pagi tadi bertukar menjadi warna merah. Kejadian kali pertama itu berlaku susulan hujan lebat bermula pukul 6 pagi tadi sebelum air banjir mula melimpah dan memasuki beberapa buah rumah penduduk yang berada di kawasan rendah. Ketua Biro Komunikasi Parlimen Pulai, Azmi Misni berkata, kejadian air banjir bertukar menjadi warna merah dipercayai berpunca dari sebuah kilang tekstil berhampiran kampung berkenaan. “Kilang tekstil ini sudah lama tutup dekat 10 tahun macam…

Read More

Bantu Polis Cari Orang Hilang. Rupanya Yg Dicari Adalah Dirinya Sendiri. | Pihak polis melalukan operasi pencarian seorang lelaki yang didakwa hilang oleh isterinya. Setiba di hutan, sekumpulan lelaki menyertai operasi pencarian tersebut. Baca selanjutnya. Seorang lelaki mabuk menghabiskan masa berjam-jam lamanya menyertai misi pencarian orang hilang bersama pasukan penyelamat. Bagaimanapun, dia langsung tidak sedar bahawa orang hilang yang dicarinya itu sebenarnya adalah dirinya sendiri. Beyhan Mutlu dari Inegol, Turki sebelum itu mengembara di hutan bersama rakan-rakannya dan didakwa turut minum minuman beralkohol hingga mabuk. Namun menurut Daily Mail, isterinya mendakwa cuba menghubunginya berkali-kali tapi gagal, lalu terus membuat laporan…

Read More

Seorang Remaja Perempuan Maut Disimbah Asid Oleh Teman Lelaki. | JAKARTA: Seorang remaja berusia 15 tahun maut selepas disiram dengan asid oleh teman lelakinya dengan polis mendedahkan motif kejadian adalah disebabkan cemburu. Suara.com melaporkan, mangsa, Syahbila, meninggal dunia kelmarin. Ketua Unit Jenayah Polis Daerah Deli Tua, Iptu Martua Manik berkata, ketika ini suspek yang berusia 26 tahun masih menjalani proses siasatan di Ibu pejabat Polis Deli Tua. Kejadian bermula ketika suspek datang ke rumah mangsa untuk makan bersama. Suspek kemudian membawa mangsa bersiar-siar dengan menaiki motosikal sehingga akhirnya mereka tiba di Jalan Stasiun, Desa Suka Makmur, Deli Serdang. Di lokasi…

Read More

Dilabel Kluster Mahkamah. Ini Respon DS Zahid Hamidi. | Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, hanya pimpinan UMNO yang berani dan setia serta sanggup bertahan walaupun dilabel sebagai kluster mahkamah. Malah, Ahmad Zahid berkata, istilah kluster mahkamah direka pasukan propaganda sebagai usaha berterusan memburukkan sebilangan pimpinan UMNO selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) Katanya, ia juga adalah ‘character assassination’ selepas menyaksikan sebilangan besar rakyat hilang keyakinan terhadap parti politik yang mereka dokong dan kembali menaruh harapan. “Namun, mereka buat-buat lupa bagaimana sebahagian daripada pemimpin parti politik mereka menyelamatkan diri daripada momokan Kluster Mahkamah. Mereka ini terlepas daripada…

Read More

Gambar Tular. Ini Kisah Sebenar Buat Ramai RESPEK. |Kegigihan seorang penghantar makanan FoodPanda yang bekerja sambil belajar selama empat tahun membuahkan hasil apabila dia berjaya bergelar graduan Ijazah Kedoktoran (PhD) dalam bidang Teknologi Farmaseutikal. Sekeping foto Mohd. Akmal Azhar bersama hasil kajian tesisnya dimuat naik di laman Facebook FoodPanda Rider Malaysia tular di media sosial hari ini. Mohd. Akmal, 36, ketika dihubungi Kosmo! berkata, dia menyambung pengajian di Universiti Malaysia Pahang, Gambang dan mula bekerja sebagai penghantar makanan sejak setahun lalu. “Saya bekerja sebagai ‘rider’ secara sepenuh masa sejak bermulanya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan pekerjaan ini banyak mengajar saya…

Read More

Suami Rentung Dan Isteri Melecur Dalam Kebakaran Rumah. | PENAMPANG: Seorang lelaki warga emas rentung, manakala isterinya melecur selepas kediaman mereka di Kampung Gunsing Novunsu, di sini, terbakar, awal pagi hari ini. Dalam kejadian pagi itu, mangsa maut, Godfrey Tozuu Moligan, 90. Isterinya yang berusia 89 tahun dilaporkan melecur di muka dan badan. Bagaimanapun, empat lagi ahli keluarga yang berusia 33 hingga 68 tahun dan tinggal di rumah sama, tidak mengalami sebarang kecederaan. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penampang, Zainal @ John Radsung, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 3.16 pagi. Katanya, sepasukan 10 anggota dan pegawai dikerah ke…

Read More

Kes Arwah Adib Ditutup. Ini Respon Bapa Arwah Buat Ramai SETUJU. | ALOR SETAR: Keluarga Muhammad Adib Mohd Kassim tetap berharap pihak berkuasa akan terus melakukan siasatan berhubung kes kematian anggota bomba itu. Bapa Muhammad Adib, Mohd Kassim Abdul Hamid, 65, berkata kematian anaknya masih belum terbela menyebabkan ahli keluarga tidak berpuas hati sekiranya kes itu terus ditutup. “Sekiranya mahu tutup sementara, tetapi dalam masa sama pihak berkuasa meneruskan siasatan, itu tidak apa, kita cuma tak mahu kes ditutup terus. “Saya harap pihak polis terus melakukan siasatan, jika ada (siasatan) mesti akan ada petunjuk baharu,” katanya ketika dihubungi di sini,…

Read More

Lelaki Ini Kongsi Kisah 40 Tahun Jadi Tukang Cuci Masjidilharam. | Lelaki ini seakan sukar untuk percaya bahawa dia telah menghabiskan selama 40 tahun dalam hidupnya semata-mata untuk berkhidmat sebagai tukang cuci di Masjidilharam. Ahmed Khan Qandal, 61, yang berasal dari Mandi Bahauddin, Pakistan ini telah meninggalkan tanah airnya pada 1983 lalu untuk berkelana mencari rezeki di Arab Saudi seawal usia 23 tahun. “Sejak saya datang ke Arab Saudi kira-kira 40 tahun lalu, saya rasa saya adalah salah seorang ahli keluarga mereka di sini dan saya tidak pernah berasa ‘terasing’. “Setiap kali saya bertemu seseorang setiap hari, mereka akan berkata…

Read More

Teman Isteri Bersalin. Ini Jawapan KKM Buat Ramai SETUJU. | KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) akan mempertimbangkan kebenaran kepada suami yang lengkap dua dos vaksin COVID-19 untuk menemani isteri ketika melahirkan anak. Perkara itu dimaklumkan Menteri KKM, Khairy Jamaluddin Abu Bakar serta Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah di laman Twitter, pada Isnin. Kata Khairy, beliau telah meminta Dr Noor Hisham membenarkan perkara berkenaan dilaksanakan. “Saya telah minta Dr Noor Hisham untuk membenarkan bakal bapa yang lengkap divaksinasi, menjalankan ujian COVID-19 dan sekiranya negatif dibenarkan untuk menemani isteri mereka dalam bilik bersalin,” katanya. Saya telah minta @DGHisham…

Read More

Majlis Akad Nikah Kecoh. Pengantin Lelaki Disepak Oleh Wali. | JAKARTA – Sebuah majlis pernikahan di Oimbo, Kota Bima, Indonesia dilanda kekecohan apabila pengantin lelaki disepak oleh bakal bapa mentuanya ketika proses akad nikah berlangsung, lapor portal KlikAktual, semalam. Menerusi rakamn video yang dimuat naik di laman Instagram @makassarinfodotcom, insiden berlaku apabila bapa pengantin perempuan menyebut perkataan ‘bote’ bermaksud monyet dalam Bahasa Bima selepas mengucapkan kalimah syahadah. Perkara tersebut mengundang kemarahan keluarga pengantin lelaki dan bapa pengantin perempuan ditegur atas perbuatannya. “Apa lagi yang tidak puas hati? Kenapa mahu timbulkan masalah dengan menggelar pengantin lelaki sebagai monyet. Tolong hormati keluarga…

Read More