KEJAM. Suami Isteri Maut Ditetak Bertubi-Tubi Oleh Anak Sendiri. | LIPIS – Seorang lelaki tergamak membunuh ibu dan bapanya dengan menetak mangsa bertubi-tubi serta mengelar leher mangsa menggunakan sebilah parang di sebuah rumah di Kampung Kemahang di Benta dekat sini malam semalam. Mangsa yang maut dalam kejadian kira-kira pukul 10.30 malam itu ialah Mohammad Maasai, 68, dan isterinya Zailan Zainudin,64. Difahamkan mangsa tinggal bersama suspek Ahmad Hafizudin Mohammad,31, yang merupakan anak bongsu mereka yang tidak bekerja. Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Azli Mohd. Noor berkata, berdasarkan siasatan awal mendapati semasa kejadian kedua-dua mangsa sedang berbual dengan suspek di dalam rumah…
Author: Admin Soleh
Selepas Tarik Sokongan Dan Gugur Ahli UMNO. Ini Respon Idris Haron. | Buat Pemimpin Pakatan Harapan (PH) perlu diberi peluang untuk mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri Melaka selepas Ketua Menterinya Sulaiman Md Ali hilang majoriti susulan tindakan empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang menarik sokongan kepada kepimpinannya semalam. ADUN Sungai Udang Idris Haron yang juga salah seorang daripada individu yang menarik sokongan itu menegaskan, beliau yakin Melaka akan tetap dimajukan dan tidak akan diundurkan 20 tahun walaupun pemimpin PH dipilih sebagai Ketua Menteri. “Kalau PH bentuk kerajaan, takkanlah kita hendak jadikan Melaka mundur, sudah tentulah kita majukan negeri kita…
Kerajaan Melaka Hilang Majoriti. Ini Jawapan Istana Melaka. | MELAKA – Istana Melaka belum menerima surat daripada mana-mana parti politik untuk mengadakan pertemuan dengan Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Rustam berhubung dakwaan kerajaan negeri sedia ada telah hilang majoriti untuk mentadbir negeri itu. Setiausaha Khas Yang di-Pertua Negeri Melaka, Datuk Nur Azmi Ahmad berkata, buat masa ini, Tun Mohd Ali sedang menjalani kuarantin kendiri selama dua minggu bermula 30 September lepas kerana menjadi kontak rapat kepada individu positif Covid-19. “Setakat ini tiada surat janji untuk saya persembahkan kepada Tun Mohd Ali,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini pada…
Seorang Lelaki Sedang Kuarantin Ditemui Meninggal Dunia. | Teluk Intan: Penjawat awam yang juga pesakit Covid-19 ditemukan meninggal dunia di kediamannya di Taman Seri Setia, di sini, malam tadi. Lelaki berusia 47 tahun yang menjalani kuarantin itu ditemukan terbaring selepas polis menerima panggilan daripada rakan mangsa yang gagal menghubunginya pada 9.58 malam. Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, rakan mangsa cuba menghubungi mangsa beberapa kali namun gagal. Menurutnya, susulan itu, pihaknya mengarahkan anggota ronda ke lokasi dan mendapati pintu dan tingkap rumah berkunci. “Polis mendapatkan bantuan bomba untuk membuka pintu dan menemui mangsa terbaring serta…
Sebuah Hotel Di Langkawi Ditutup. Kakitangan Positif Covid. | ALOR SETAR: Sebuah hotel terkemuka di Langkawi terpaksa ditutup selepas 59 kakitangannya dan ahli keluarga mereka disahkan positif COVID-19 sejak Jumaat lalu. Pengarah Jabatan Kesihatan Kedah, Dr Othman Warijo, berkata sehingga kini seramai 249 individu sudah disaring dengan 59 didapati positif manakala 192 individu lagi negatif dan tiga orang lagi masih menunggu keputusan. “Pada Jumaat lalu, jabatan itu melaporkan wujud Kluster Dah Teluk Nibung di Langkawi dan penularan kes itu dikategorikan sebagai kluster tempat kerja. “Sehingga hari ini, kluster berkenaan membabitkan pekerja tempatan dan juga kontak rapat ahli keluarga,” katanya dalam…
Tak Boleh Divaksin Atas Faktor Kesihatan. Ini Jawapan YB KJ. | KUALA LUMPUR: Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, individu yang disahkan oleh doktor tidak boleh divaksinasi atas faktor kesihatan boleh memohon sijil pengecualian vaksinasi di aplikasi MySejahtera bagi tujuan pergerakan fizikal. Katanya, individu terbabit perlu mendapatkan pengesahan daripada pakar perubatan berdaftar yang merawat mereka untuk memohon sijil digital khas atau sijil pengecualian vaksinasi di MySejahtera melalui Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) berdekatan. “Mereka perlu mengemukakan borang khas ‘Slip penilaian kesesuaian menerima vaksin Covid-19 bagi pesakit dengan masalah kesihatan tertentu” yang disahkan pakar perubatan seperti berikut kepada PKD berdekatan. “Antaranya, pakar perubatan…
Wanita Mengamuk Kerana Didatangi Pengutip Hutang. | JAKARTA – Satu video yang menunjukkan dua orang wanita mengamuk dan bertengkar akibat hutang menjadi tular di aplikasi sosial TikTok, lapor laman Suara.com semalam. Menerusi video yang dimuat naik oleh akaun @warunges3 itu, salah seorang daripada wanita itu telah didatangi oleh seorang wanita lain yang merupakan pengutip hutang daripada pihak bank. Berang hutangnya ditagih, wanita itu kemudiannya mengamuk sebelum mula menggenggam pasir pada tangannya. “Silakan, tidak mengapa silakan,” demikian kata si pengutip hutang apabila melihat wanita berbaju biru itu seolah-olah bersedia untuk membaling pasir yang digenggamnya itu ke arahnya. Si penghutang itu kemudiannya…
Lelaki Ceraikan ‘Isteri’ Kerana Hanya Tahu Masak Nasi. | Baru-baru ini tular seorang lelaki ‘berkahwin’ dengan periuk nasi kerana alasan tertentu. Hari ini digemparkan dengan berita lelaki itu telah menceraikan ‘isterinya’ dengan alasan ‘isterinya’ hanya boleh memasak nasi. Mungkin lelaki ini tidak mengetahui bahawa ‘isterinya’ itu boleh memasak pelbagai jenis masakan jika dia kreatif. Baca selanjutnya. JAKARTA – Seorang lelaki yang tular baru-baru ini kerana tindakannya yang mengahwini sebuah periuk nasi akhirnya bercerai dengan ‘isterinya’ itu selepas empat hari, lapor laman Suara.com semalam. Menerusi satu hantaran di laman sosial Facebook, lelaki bernama Khoirul Anam itu berkata ikatan perkahwinan yang dibina…
Bertembung PPBM & UMNO Dalam PRU. Ini Jawapan TS Muhyiddin. | Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Muhyiddin Yassin berkata kemungkinan pertembungan parti itu dengan Umno dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) merupakan antara realiti politik yang perlu diterima dan Bersatu bersedia menghadapi sebarang kebarangkalian yang terjadi pada masa akan datang dengan cara serta strategi tersendiri. Beliau berkata dalam menghadapi PRU15 apa yang penting adalah penilaian rakyat tentang sejauh mana parti politik itu dapat membantu mereka terutama berdepan Covid-19 masa kini dan siapa yang dapat membantu mereka dalam menghadapi cabaran yang mendatang. Katanya sehubungan itu Bersatu akan terus menyantuni dan…
Covid-19. Kanak-Kanak 3 Tahun Positif Ketika Melancong Di Langkawi. | | ALOR SETAR: Jabatan Kesihatan Kedah mengesan satu kes positif COVID-19 dalam kalangan pelancong ke Langkawi, iaitu seorang kanak-kanak berusia tiga tahun dari Nilai, Negeri Sembilan. Pengarahnya, Dr Othman Warijo, berkata siasatan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Langkawi mendapati kanak-kanak itu bersama ibu dan ayahnya tiba di Langkawi pada jam 7.30 malam, Jumaat lalu, melalui penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2). Katanya, ibu dan ayah kanak-kanak berkenaan sudah menerima pelalian lengkap dan bukan kes kontak rapat kepada kes positif COVID-19, manakala kanak-kanak itu juga tidak bergejala. “Saringan RTK-Antigen…
