Sebuah Hotel Di Langkawi Ditutup. Kakitangan Positif Covid.

| October 4, 2021 | 0 Comments

Sebuah Hotel Di Langkawi Ditutup. Kakitangan Positif Covid. | ALOR SETAR: Sebuah hotel terkemuka di Langkawi terpaksa ditutup selepas 59 kakitangannya dan ahli keluarga mereka disahkan positif COVID-19 sejak Jumaat lalu.

Pengarah Jabatan Kesihatan Kedah, Dr Othman Warijo, berkata sehingga kini seramai 249 individu sudah disaring dengan 59 didapati positif manakala 192 individu lagi negatif dan tiga orang lagi masih menunggu keputusan.

“Pada Jumaat lalu, jabatan itu melaporkan wujud Kluster Dah Teluk Nibung di Langkawi dan penularan kes itu dikategorikan sebagai kluster tempat kerja.

“Sehingga hari ini, kluster berkenaan membabitkan pekerja tempatan dan juga kontak rapat ahli keluarga,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Dr Othman berkata, siasatan awal mendapati penularan jangkitan disyaki daripada komuniti dan seterusnya merebak di tempat kerja.

Katanya, berikutan itu, pihak pengurusan hotel terbabit bersetuju menutup operasi secara sukarela.

“Semua kontak rapat sudah dikenal pasti dan menjalani ujian saringan COVID-19 serta diberi arahan Perintah Pemantauan Rumah (HSO) selama 10 hari.

“Bagaimanapun, setakat ini penularan jangkitan adalah terkawal,” katanya.

Sumber : BH

Tags: , , , , ,

Category: INFORMASI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *