(Ada Video) Bahaya Penyakit ‘Ain Dalam Masyarakat Kita

| October 4, 2021 | 0 Comments

(Ada Video) Bahaya Penyakit ‘Ain Dalam Masyarakat Kita | Kebanyakan daripada kita mempunyai akaun media sosial dan masing-masing seronok berkongsikan perihal diri dan gambar untuk tontonan umum. Sedar atau tidak, apa sahaja yang kita kongsikan itu, ada ‘mata-mata’ yang akan memerhatikan.

(Ada Video) Bahaya Penyakit 'Ain Dalam Masyarakat Kita

Tanpa kita sedari, perkongsian kita di media sosial bakal mengundang ruang untuk orang lain meninggalkan komen sama ada yang baik atau buruk. Namun, ketahuilah tindakan kita itu sebenarnya boleh mengundang kepada penyakit ain jika individu yang melihatnya menyimpan bibit-bibit cemburu dalam hati.

Penyakit ‘ain’ ini dikhabarkan mampu ‘membinasakan’ kita gara-gara panahan mata atau ain menerusi gambar yang dilihat di media sosial tadi. Dalam dunia realitinya, memang tidak mustahil perkara itu boleh berlaku dengan izin-NYA.

Biarpun kita sama-sama mempunyai warna rambut yang sama hitam, namun kita belum ada kuasa untuk meneka isi hati seseorang apabila melihat perkongsian kita itu. Oleh itu,  kita perlu mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengelak diri daripada mangsa penyakit ain atau ‘pembawa’ kepada penyakit berkenaan. Ketahuilah, natijahnya bukan sembarangan.

Jadi apakah sebenarnya penyakit ain ini? Mari ikuti perkongsian penyakit ain ini melalui video di bawah..

Tags: , , , , ,

Category: AGAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *