(Ada Video) Tanda Besar Hari Kiamat . Bencana Asap Ad Dukhan | Umat Islam harus mengetahui tanda-tanda kiamat akhir zaman kerana ia merupakan suatu peristiwa paling menakutkan bagi seluruh makhluk hidup di alam semesta. Hal ini demikian kerana, seluruh alam semesta beserta isinya akan hancur lebur tanpa sisa ketika kiamat tiba sehinggakan tiada lagi kehidupan di alam semesta.
Kiamat merupakan hari akhir yang dipercaya oleh umat islam. Hari kiamat atau hari penghakiman adalah ketika di mana semua orang akan berkumpul dan orang-orang mati dibangkitkan yang mana akan dipisahkan pelaku baik dan jahat serta akan mendapatkan penebusan perbuatannya masing-masing.
Dalam al-quran telah disebut mengenai tanda-tanda kiamat dan salah satunya adalah saat munculnya asap tebal yang dikenali sebagai ‘Ad-Dukhan’. Menurut riwayat yang masyhur, Ad-Dukhan dikhabarkan bakal ‘menyelimuti’ bumi selama 40 hari 40 malam.
Barangkali kelam dunia manusia pada ketika itu. Masakan tidak, bukan sahaja gelap gelita, bahkan diselaputi asap tebal dan hampir tiada oksigen.
Itulah keadaan yang digambarkan apabila kemunculan al-Dukhan kelak. Ia membuatkan nyawa manusia ibarat di hujung tanduk. Malah, Dajal juga dikatakan takut untuk menghadapi peristiwa berkenaan.
Ikuti perkongisan mengenai ‘Ad-Dukhan’ dengan lebih lanjut melalui video di bawah.