Guru Enggan Divaksin Di Perlis. Ini Tindakan Yang Diambil Oleh KPM

| October 4, 2021 | 0 Comments

Guru Enggan Divaksin Di Perlis. Ini Tindakan Yang Diambil Oleh KPM | Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) serta Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perlis telah mengambil keputusan untuk membenarkan 23 orang guru di Perlis yang enggan mengambil vaksin bagi mengajar secara dalam talian dalam sesi persekolahan atau Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) yang bermula hari ini.

Guru Enggan Divaksin Di Perlis. Ini Tindakan Yang Diambil Oleh KPM

Perkara tersebut telah disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan negeri, Rozieana Ahmad selepas beliau menyatakan bahawa daripada jumlah 26 orang bulan lalu, tiga daripadanya telah bersetuju menerima vaksin pada minggu lalu.

Jelasnya, pihak Kementerian Pelajaran dan Jabatan Pendidikan Negeri masih memberi ruang dan peluang kepada guru-guru ini untuk mengubah fikiran sebelum sebarang tindakan dikenakan terhadap mereka justeru beliau menyeru kepada guru-guru yang masih enggan mengambil vaksin agar memikirkan kepentingan pendidikan murid-murid dan pelajar mereka.

Beliau berpandangan bahawa Kementerian masih lagi memberi peluang kepada guru-guru untuk mengubah fikiran, walaupun terdapat guru-guru yang pada mulanya enggan (divaksin) tapi sudahpun menerima nasihat. Ia dilakukan bagi mengelak pihak kementerian mengambil apa-apa bentuk tindakan (terhadap guru-guru yang enggan divaksin).

Oleh itu, beliau meminta agar guru-guru segera mendapatkan vaksin agar dapat meneruskan pengajaran dan pembelajaran secara bersemuka di sekolah.

Sementara itu, Rozieana berpuas hati dengan kehadiran 50 peratus daripada keseluruhan 8,296 murid dan pelajar pada sesi persekolahan secara bersemuka hari ini.

Katanya, kebanyakan ibu bapa dilihat masih lagi mengambil langkah tunggu dan lihat, namun beliau percaya kehadiran penuh mampu dicapai tidak lama lagi.

Difahamkan, pihak sekolah masih lagi memberi kelonggaran kepada ibu bapa dan pelajar daripada segi kehadiran buat masa ini.

Jumlah keseluruhan pelajar dan murid yang memulakan sesi pembelajaran bersemuka di Perlis dikhabarkan berjumlah 8,296 keseluruhannya iaitu pelajar prasekolah sebanyak 2,654, Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) (3,570), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) (1,078) Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) (39) dan program pendidikan khas integrasi (PPKI) (956).

Selepas diminta untuk mengulas mengenai  proses vaksinasi pelajar sekolah, beliau memberitahu, semua pelajar daripada tingkatan satu hingga lima telah mengikut janji temu yang telah ditempah oleh Jabatan Pendidikan negeri di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) yang ditetapkan.

Tambahnya, proses pemberian vaksin untuk murid darjah enam juga akan dimulakan minggu ini.

Sumber: Astro Awani

Tags: , , , , , ,

Category: INFORMASI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *