Kes Kematian Adib. Ini Jaminan Menteri Yang Buat Ramai Setuju. | Baru-baru ini heboh yang mengatakan kes kematian seorang anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim ditutup. Bagaimanapun hari ini, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan memberikan jaminan bahawa kes itu akan tetap diteruskan. Baca selanjutnya. SUBANG JAYA: Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican memberi jaminan pembelaan terhadap kematian kes kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim diteruskan. Beliau berkata, dalam keadaan apa-apa sekali pun, pembelaan itu perlu diteruskan sama ada dalam apa-apa bentuk keadilan yang perlu dilakukan. “Namun kadangkala ia bukan mudah, soal inkues adalah hanya…
Author: Admin Soleh
Rentas Negeri Beberapa Hari Lagi. Ini Nasihat Dr Noor Hisham. | Larangan rentas negeri akan ditarik balik dalam masa beberapa hari lagi, maklum Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah. Berita baik itu disampaikan Hisham di Twitternya awal pagi ini. “Dalam masa beberapa hari, larangan rentas negeri akan ditarik balik. “Penting untuk mengambil semua langkah berjaga-jaga seperti memakai pelitup muka, membasuh tangan, dan penjarakan fizikal, meskipun dalam kalangan yang sudah divaksin. “Bagi memastikan yang tersayang dan ahli keluarga anda selamat, lakukan ujian air liur RTK-Ag sendiri secara berkala,” ciapnya. In next couple of days interstate travel restriction will be lifted.…
2 Beradik Cedera Parah Disimbah Air Panas & Dicucuh Api Rokok. | ISKANDAR PUTERI – Dua beradik mengalami kecederaan parah selepas disyaki disimbah air panas serta dicucuh api rokok dalam kejadian di Taman Selesa Jaya di sini Khamis lalu. Penderitaan dua beradik berusia enam dan 11 tahun itu disedari ibunya, M. Vikneswari, 30, selepas pengasuh menghantar pulang mangsa menggunakan kenderaan e-hailing. Menurut ibu tunggal itu, kedua-dua anak lelakinya dihantar ke rumah pengasuh sejak April lalu dengan kadar bayaran RM800 sebulan. “Suami saya meninggal dunia sudah lama, jadi saya seorang diri jaga mereka tetapi sebab kerja pembantu kedai, saya hantar anak…
Tarikh Rentas Negeri. Ini Jawapan DS Hishammuddin. | PETALING JAYA: Tarikh kebenaran rentas negeri dijangka diumumkan dalam beberapa hari lagi selepas kadar vaksinasi dalam kalangan rakyat dewasa di Malaysia mencapai 90 peratus. Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, kerajaan mengambil kira dan meneliti pelbagai faktor sebelum mengambil sebarang keputusan. “Setakat hari ini saya dimaklumkan kejayaan kita dah sampai 88.74 peratus jadi mungkin kita akan sampai kepada 90 peratus ini dalam beberapa hari lagi. “Apa yang kita lakukan kebelakangan ini banyak bersandarkan kepada pertimbangan- pertimbangan yang ditunjukan oleh data yang diperoleh. “Kita kena pastikan bahawa kalau 90 peratus ini…
Tong Gas Tiba-Tiba Meletup. Bapa Dan Anak Cedera. | GEORGETOWN: “Tak sempat dia sentuh tong gas, tiba-tiba meletup. Bunyi letupan sangat kuat seperti dipanah petir dan bergegar rumah. Ketika itu, anak (Nurul Atiqah) ada di belakangnya.” Demikian cerita Rosilawati Abdul Rahim, 44, berhubung kejadian tong gas meletup yang menyebabkan suaminya, Mahari Md. Noor, 47, dan anak bongsunya, Nurul Atiqah mahani, 14, melecur teruk seluruh anggota badan dan kini menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang (HPP). Dia yang tinggal di Apartment Saujana Heights, Teluk Kumbar berkata, Mahari mengalami kesan terbakar 50 peratus pada badannya manakala Nurul Atiqah cedera tangan dan kaki…
Tarik Sokongan Kerajaan. Ini Luahan YB Parti Bersatu. | MELAKA – Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telok Mas dari parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Noor Effandi Ahmad mengakui melakukan kesilapan apabila menyertai ‘Langkah Sheraton’ pada Mac tahun lalu. Beliau merasakan perlu bertaubat kerana kemenangannya sebagai wakil rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) adalah di atas tiket Pakatan Harapan (PH). “Saya menang atas tiket PH. Jika cakap saya pengkhianat itu tidak betul. Saya sebenarnya telah buat kesilapan dengan sertai ‘Langkah Sheraton’ dan saya rasa perlu bertaubat. “Rakyat beri mandat kepada saya selaku ADUN Telok Mas. Mereka undi saya…
Seorang Pesakit Covid Lahirkan Anak Ketika ‘Ditidurkan’. |LONDON – Seorang wanita terpaksa melahirkan bayinya dalam keadaan koma selepas dijangkiti virus Covid-19 ketika usia kandungannya mencecah 28 minggu, lapor akhbar The Sun semalam. Kelsie Routs, 23, yang tidak menerima vaksin Covid-19, dibawa ke hospital selepas mengalami sesak nafas. Sejurus tiba di hospital, dia diberikan bantuan ventilator dengan kadar oksigen paling tinggi. Pasukan perubatan kemudiannya membuat keputusan bahawa dia perlu ‘ditidurkan’ bagi memberi peluang kepada tubuhnya untuk pulih. Ketika berada dalam keadaan koma, Routs terpaksa menjalani pembedahan bagi mengeluarkan bayinya yang ketika itu seberat kira-kira 1.3 kilogram. Wanita itu yang hanya sedar…
Cabutan Judi 22 Kali. Ini Jawapan Timbalan Menteri. | KUALA LUMPUR: Kerajaan akan membuat pengumuman berhubung kebenaran diberikan kepada syarikat perjudian untuk melakukan 22 kali cabutan khas sepanjang tahun ini dalam masa terdekat. Timbalan Menteri Kewangan I, Mohd Shahar Abdullah, berkata kerajaan mengambil maklum semua cadangan Ahli Parlimen berhubung isu berkenaan dan akan membuat penelitian mengenainya. Beliau berkata, walaupun 22 cabutan diluluskan kepada syarikat perjudian, tidak semuanya dilaksanakan setakat ini. “Setakat hari ini, hanya lapan saja (cabutan) yang berjaya dilaksanakan, tujuh terpaksa dibatalkan dan bakinya itulah yang akan dinyatakan dalam tempoh terdekat,” katanya ketika menggulung perbahasan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12)…
Selepas Tarik Sokongan Kerajaan Ini Komen Terbaru YB Norhizam. | MELAKA: Datuk Norhizam Hassan Baktee (Bebas-Pengkalan Batu) menjelaskan, tindakannya menarik sokongan terhadap Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali adalah demi memperjuangkan nasib rakyat. Bekas Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Penternakan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri itu berkata, sepanjang tempoh 19 bulan bergelar Exco, beliau bergelut untuk mempergiaT sektor pertanian termasuk usaha menangani isu permohonan tanah. Ujarnya, permohonan yang dibuatnya telah ‘disunyikan’ oleh Sulaiman dan mendakwa, soal pembangunan negeri dipengaruhi pihak ketiga iaitu Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh. “Kita memang tidak setuju dengan apa yang berlaku…
Ini Reaksi DS Zahid Hamidi Selepas DUN Melaka Dibubarkan.| PETALING JAYA: Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi mengubah pendiriannya sehari selepas menggesa pilihan raya negeri (PRN) diadakan di Melaka, susulan tindakan empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) tidak lagi menyokong kerajaan negeri pimpinan Ketua Menteri, Sulaiman Md Ali. Hari ini beliau berkata, penjagaan kesihatan dan mendepani pandemik harus diutamakan jika Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan (KKM) berpandangan amat bahaya untuk mengadakan PRN dalam tempoh 60 hari akan datang. Katanya, Melaka mungkin boleh mengikut jejak Sarawak dengan mengisytiharkan darurat bagi mengelakkan PRN diadakan dan krisis kesihatan berlaku. “Panduan sebagaimana yang…
