Author: Admin Baik

Khairul Hafizi atau lebih dikenali sebagai Admin Baik merupakan seorang penulis blog yang sangat berpengalaman. Beliau pernah mendapat anugerah penulis Ghost Writer terbaik pada tahun 2021.

“Banjir Tahunan Boleh Jadi Tarikan Pelancongan” -Nazri Aziz | Nazri Aziz berangapan peluang sebegini dapat membantu negara mengharungi cabaran ekonomi yang sedang melanda. Bekas Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nazri Aziz memberi kenyataan terdapat potensi banjir tahunan di negara ini untuk dijadikan tarikan pelancong secara sukarela. Menurut laporan The Star yang memetik Sinar Daily, Nazri Aziz berkata, daripada meratapi keadaan yang tidak boleh dikawal ini, adalah lebih baik mencari peluang dengan mempromosikan pelancongan sukarelawan atau Voluntourism. “Jika anda tahu ia (banjir) akan datang, maka mulakan perancangan sekarang. “Mungkin kita boleh mengadakan pelancongan sukarelawan di mana orang ramai datang…

Read More

Punca Eskalator Rosak Selepas 5 Tahun Tak Dibaiki Buat Ramai GERAM | KUALA LUMPUR – Sebuah eskalator di Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Sri Rampai tidak dapat berfungsi semula akibat perbuatan seorang remaja yang menekan butang berhenti kecemasan pada infrastruktur tersebut hingga menyebabkan operasinya tergendala sedangkan kemudahan itu baru dibaiki. Unit Media Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam satu hantaran di Facebook memaklumkan, perbuatan remaja itu dirakam oleh rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di sekitar eskalator berkenaan. “Tindakan dilakukan oleh remaja tersebut boleh dikategorikan sebagai perbuatan vandalisme. “Butang kecemasan hanya digunakan pada saat-saat genting dan salah guna butang tersebut boleh…

Read More

Peniaga Terdesak Kenakan Caj Potong Ayam. Ini Respon KPDNHEP | Tindakan peniaga untuk mengenakan caj memotong ayam tidak dilarang sama sekali, namun ia perlulah memadai serta tidak membebankan para pengguna. Mengikut laporan Harian Metro, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) tidak menyekat sebarang pengenaan caj memotong ayam tetapi langkah tersebut sewajarnya tidak menyusahkan pelanggan. Langkah peringatan ini susulan terdapat aduan berhubung kenaikan caj tersebut. Buat pengetahuan umum, berdasarkan laporan terdapat segelintir peniaga mengenakan caj antara RM0.60 sen hingga RM1 kepada para pengguna. KPDNHEP memaklumkan pemantauan secara berkala akan dilaksanakan, untuk memastikan kebajikan pengguna dipelihara. SUMBER : Harian…

Read More

Pelakon, Penyanyi Adibah Noor Meninggal Dunia | KUALA LUMPUR : Penyanyi dan pelakon serba boleh, Adibah Noor meninggal dunia pada jam 7.45 malam Sabtu (18 Jun) di sebuah hospital swasta di ibu negara, setelah mengalami sesak nafas. Khabar dukacita itu mula diketahui umum menerusi hantaran di akaun Instagram kenalan artis iaitu pelakon, Datin Emylia Rosnaida. “Allahuakbar sedihnya, terkejut dapat berita ni. Sahabat kita yg versatile Adibah Noor @adibahnoormohdomar, baru sahaja meninggal dunia,” katanya dalam muat naik sekitar jam 8 malam. Selebriti dengan nama sebenar Adibah Noor Mohamed Omar itu berusia 51 tahun. Pada minggu lalu, namanya kembali menjadi tajuk utama…

Read More

Selepas Mewarnai Hari-Hari Generasi 90an, Akhirnya Jadi ‘Nostalgia’ | WASHINGTON: Syarikat teknologi, Microsoft secara rasmi menamatkan perkhidmatan pelayar laman web, Internet Explorer yang dicipta sejak 27 tahun lalu. Memetik laporan Daily Mail, syarikat teknologi itu beralih secara beransur-ansur daripada perisian dilancarkan pada 1995 itu kepada Microsoft Edge, pelayar internet utama bagi Windows 10. Sokongan untuk versi terakhir, Internet Explorer 11 masih dikekalkan walaupun kebanyakan pengguna sudah beralih kepada platform lain. Dengan menamatkan perkhidmatan tersebut, ini bermakna penyelenggaraan teknikal seperti kemas kini keselamatan dan pembetulan pepijat tidak akan dilancarkan lagi. Menurut laman sesawang analisis Statcounter, hanya 0.45 peratus pengguna internet masih…

Read More

Wanita Mohon Keluar Islam Di Mahkamah, Ini Akibatnya.. | Khalifah Media Networks – KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi menolak permohonan seorang wanita untuk mencabar keputusan Mahkamah Syariah yang tidak membenarkannya untuk murtad. Hakim Ahmad Kamal Md Shahid menolak permohonan wanita berusia 32 tahun itu untuk izin mendapatkan semakan kehakiman. Mahkamah bagaimanapun tidak memberikan alasan kenapa ia tidak mendengar permohonan wanita itu, selain mengarahkannya membayar kos RM2,000 kepada kerajaan. Wanita itu yang dilahirkan muslimah mendakwa tidak pernah mengamalkan Islam, malah ibunya membenarkannya memilih agama sendiri. Katanya, beliau sebelum ini memohon di Mahkamah Tinggi Syariah untuk perintah supaya dibenarkan murtad kerana mahu memeluk…

Read More

Pemain Harimau Malaya Rai Kemenangan Di Kelab Malam? Netizen Nampak ‘Sesuatu’.. | KUALA LUMPUR: Satu video tular memaparkan beberapa pemain skuad Harimau Malaya sedang meraikan kejayaan mara ke pusingan akhir Piala Asia 2023 yang dipercayai berlaku di kelab malam. Menerusi satu video berdurasi lapan saat yang tersebar di media sosial dan Whatsapp, antara pemain yang dilihat berada dalam video itu adalah Junior Eldstal, La’Vere Corbin-Ong, Dominic Tan dan Darren Lok. Namun, apa yang menjadi perhatian dan dipersoalkan netizen adalah mereka mendakwa terdapat salah seorang pemain yang beragama Islam turut kelihatan dalam video berkenaan dan sedang memegang sesuatu di tangan yang…

Read More

“Jika Terdapat Sejenis Butang..”, Ucapan Ahli Parlimen Israel Ini Teruk Dikecam | Seorang ahli parlimen Israel, Matan Kahana, menerima kecaman hebat selepas mengeluarkan kenyataan yang menyebut bahawa beliau boleh menghapuskan semua kaum Arab Palestin dari penempatan haram Israel, lapor laman berita RT. “Jika terdapat sejenis butang yang boleh ditekan untuk menghilangkan semua orang Arab atau menghantar mereka ke Switzerland dengan menaiki kereta api, saya akan melakukannya,” kata ahli parti Yamina, Matan Kahana. Beliau berkata demikian dalam satu ucapan kepada sekumpulan pelajar sekolah menengah di Tebing Barat, kelmarin. Tambah Kahana, meskipun terdapat perbezaan, penduduk Palestin dan Israel tidak mempunyai pilihan selain untuk…

Read More

Isu Hina Nabi Muhammad, Tindakan Ahli Politik Ini Buat Ramai GERAM | Khalifah Media Networks – Ahli politik sayap kanan Belanda Geert Wilders, yang memberikan sokongannya kepada Nupur Sharma (ahli politik India yang mengeluarkan kenyataan memperolok agama Islam dan Nabi Muhammad) berkata bahawa dia telah menerima ugutan bunuh. Sebelum ini, Sharma telah digantung daripada peranannya sebagai jurucakap BJP kerana komen menghina Nabi Muhammad. Bagaimanapun, ahli politik sayap kanan dari Belanda tampil mempertahankan Sharma, berkata bahawa Sharma bercakap “tidak lain hanyalah kebenaran tentang Nabi Muhammad dan isterinya Aisha”. Dalam ciapannya, Wilders meminta ‘sahabatnya’ di India untuk tidak gentar dengan negara Islam.…

Read More

Terima Sampul Duit Di Majlis Kahwin, Rupanya Ada Nota Buat Pengantin SENTAP | Seorang wanita menemui cara unik menagih hutang daripada rakannya apabila menyerahkan sampul duit kosong beserta nota ringkas semasa majlis perkahwinan penghutang, lapor laman berita Wolipop. Wanita bernama Yayah Nurhayati itu memuat naik video di laman TikTok menunjukkan nota ringkas yang diselit di dalam sampul duit tersebut. “Maaf ya hanya berikan sampul kosong di majlis perkahwinan anda. Namun jika difikirkan semula, anda berhutang dengan saya sebanyak 500,000 rupiah (RM150) sejak dua tahun lalu. “Maka dengan ini, anggap sahajalah sekarang dengan pemberian kosong di majlis perkahwinan anda, hutang…

Read More