Wanita Mohon Keluar Islam Di Mahkamah, Ini Akibatnya.. | Khalifah Media Networks – KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi menolak permohonan seorang wanita untuk mencabar keputusan Mahkamah Syariah yang tidak membenarkannya untuk murtad.

Hakim Ahmad Kamal Md Shahid menolak permohonan wanita berusia 32 tahun itu untuk izin mendapatkan semakan kehakiman.

Mahkamah bagaimanapun tidak memberikan alasan kenapa ia tidak mendengar permohonan wanita itu, selain mengarahkannya membayar kos RM2,000 kepada kerajaan.

Wanita itu yang dilahirkan muslimah mendakwa tidak pernah mengamalkan Islam, malah ibunya membenarkannya memilih agama sendiri.

Katanya, beliau sebelum ini memohon di Mahkamah Tinggi Syariah untuk perintah supaya dibenarkan murtad kerana mahu memeluk agama Buddha.

Sejurus memfailkan permohonannya itu di Mahkamah Syariah, beliau diarahkan menghadiri 12 sesi kaunseling.

Mahkamah kemudian menolak permohonannya untuk keluar daripada Islam, sebaliknya mengarahkannya menghadiri lebih banyak sesi kaunseling. Rayuannya di Mahkamah Rayuan Syariah turut gagal.

Wanita itu kemudian membuat permohonan di mahkamah sivil untuk membatalkan keputusan Mahkamah Syariah berkenaan, yang didakwanya melanggar Perkara 11 Perlembagaan iaitu kebebasan beragama.

Mahkamah telah mendengar hujahan pada 27 April lalu. Ketika itu peguam kerajaan berhujah keputusan Mahkamah Syariah adalah muktamad manakala mahkamah sivil tiada kuasa untuk menyemaknya.

Peguam wanita terbabit, Fahri Azzat bagaimanapun berhujah kes itu patut dibicarakan sepenuhnya. Fahri kemudian memberitahu mahkamah beliau telah diarahkan memfailkan rayuan.

SUMBER : FMT

 

Isu Hina Nabi Muhammad, Tindakan Ahli Politik Ini Buat Ramai GERAM | Khalifah Media Networks – Ahli politik sayap kanan Belanda Geert Wilders, yang memberikan sokongannya kepada Nupur Sharma (ahli politik India yang mengeluarkan kenyataan memperolok agama Islam dan Nabi Muhammad) berkata bahawa dia telah menerima ugutan bunuh.

Sebelum ini, Sharma telah digantung daripada peranannya sebagai jurucakap BJP kerana komen menghina Nabi Muhammad.

Baca Selanjutnya DI Sini

Share.

Leave A Reply