Isu Drama Melayu.”Janganlah Terlalu Barat” – Ujar Menteri Agama | Khalifah Media Networks – KUANTAN: Jangan kejar populariti dengan menerbitkan drama yang bertentangan dengan agama atau bertentangan dengan nilai budaya. Itu teguran Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad kepada penggiat industri seni tanah air. Berikutan yang cenderung menyelitkan unsur-unsur gaya hidup yang berlawanan dengan adab serta nilai agama dalam karya-karya mereka. Menurut Idris, beliau secara peribadi sangat menghormati golongan pekerja seni dan dalam masa masa berharap mereka dapat membuat perkara kebaikan kepada ummah. Serta mampu mendidik masyarakat ke arah kebaikan. Kepada karyawan seni tanah air,…
Author: Admin Baik
Malaysia Haramkan Tayangan Filem ‘Lightyear’? Rupanya Ada Babak Ini| Malaysia dan lapan negara lain mengharamkan filem animasi baharu Pixar yang bertajuk ‘Lightyear’ ditayangkan di pawagam. Menurut Daily Mail, ia diharamkan kerana memaparkan babak ciuman sesama jantina. Setakat ini, sebanyak sembilan buah negara telah mengharamkan tayangan filem tersebut. Pada awalnya, larangan itu sebahagian besarnya terjadi di negara Timur Tengah iaitu di Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Bahrain, Mesir, Kuwait, Oman dan Qatar. Namun, larangan itu terus merebak ke negara Islam yang lain seperti Malaysia dan Indonesia. Adegan sensitif tersebut menunjukkan pelakon utama wanita, yang disuarakan oleh pelakon Uzo Aduba, mencium…
Thailand Gugurkan Ganja Dari Senarai Bahan Terlarang, Ini Respon PBB | BANGKOK – Kerajaan Thailand perlu mengemukakan alasan kukuh kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berhubung tindakannya menggugurkan tumbuhan ganja daripada senarai bahan narkotik, lapor akhbar Bangkok Post kelmarin. Penasihat Lembaga Kawalan Narkotik Antarabangsa (INCB), Viroj Sumyai berkata, PBB juga akan meneliti draf undang-undang berkaitan ganja yang digariskan oleh Thailand. Sekiranya, ia didapati melanggar Konvensyen 1961 mengenai narkotik, Thailand perlu memperbetulkan keadaan tersebut dan membuat laporan semula. “Jika langkah-langkah ini tidak dilaksanakan, INCB akan mendapatkan resolusi daripada Perhimpunan Agung PBB. “Sekiranya didapati kawasan penanaman ganja di Thailand boleh membawa kepada kegiatan…
Hukum Makan Ikan Belacak, Halal Atau Tidak? Ini Penjelasan Mufti | Khalifah Media Networks – PUTRAJAYA: Ikan belacak atau dikenali ikan tembakul halal dimakan kerana ia dalam kategori haiwan air. Itu penjelasan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP) menerusi artikel Al-Kafi yang dikeluarkan hari ini yang menyatakan, ikan belacak mempunyai ciri-ciri haiwan air yang hanya boleh bertahan untuk bernafas dalam keadaan lembapan dan habitatnya kebiasaan di kawasan berair mahupun lembab. Justeru, katanya, ikan belacak dihukumkan haiwan air berdasarkan garis panduan fiqh mazhab Syafie. “Bahkan, keupayaan untuk bernafas hanya berlaku semasa ikan belacak lembap dan berfungsi apabila habitatnya sentiasa berada di kawasan…
Alasan Hishammuddin Tolak Debat Isu Kebajikan Pesara Tentera Dikritik | GEORGE TOWN: Menteri Pertahanan Hishammuddin Hussein dikritik kerana mengelak untuk berdebat mengenai isu kebajikan pesara tentera dan memberi alasan “tidak masuk akal”. Pesara tentera Wong Ang Peng, 67, berkata Hishammuddin “bercakap bukan-bukan” dalam menolak gesaan untuk berdebat itu. “Beliau harus memberi perhatian kepada apa sahaja yang berkaitan dengan isu pencen pesara,” katanya kepada FMT. “Mereka (pesara) ibarat anak-anak. Mereka adalah tanggungjawabnya (Hishammuddin). “Beliau tidak boleh kata jabatan atau kementerian lain terlibat. Beliau perlu utarakan rungutan veteran, walaupun kementerian lain seperti Kementerian Kewangan terlibat.” Terdahulu, Hishammuddin dilaporkan menolak gesaan seorang pesara…
Thailand ‘Halalkan’ Tanam Ganja Di Rumah, Ini Tindakan PDRM | MELAKA – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mempertingkatkan kawalan pintu sempadan Malaysia-Thailand selepas negara jiran itu memutuskan membenarkan rakyatnya menanam pokok ganja bagi kegunaan sendiri, Khamis lalu. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, keputusan Thailand itu secara langsung turut menimbulkan keghairahan kepada tokan tempatan untuk mendapatkan bekalan dari negara berkenaan. Ujarnya, susulan itu pasukan polis akan melipatgandakan kawalan di kesemua pintu sempadan Malaysia-Thailand termasuk memantau pergerakan yang mencurigakan membabitkan cubaan penyeludapan ganja. “Ini (kebenaran menanam ganja di rumah) memang akan beri kesan, akan…
Tular Guna Penyodok Tolak Air Di Stadium Nasional. Ini Penjelasan Pihak Berwajib | Kuala Lumpur: Siapa harus dipersalahkan apabila keadaan padang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) bertukar menjadi bendang pada perlawanan membabitkan skuad Harimau Malaya menentang Bahrain malam tadi? Ini kerana perlawanan kedua membabitkan Harimau Malaya dalam kempen pusingan akhir Kelayakan Piala Asia 2023 itu menyebabkan imej Malaysia sebagai tuan rumah tercalar apabila keadaan padang begitu teruk selain terpaksa menggunakan penyodok atau kertas kadbod untuk membuang air selepas hujan lebih dua jam. Situasi terbabit menyebabkan banyak pihak menuding jari kepada Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) yang dilihat gagal menguruskan keadaan padang…
Tindakan Pemandu Lori ‘Ajar’ Dua Kereta Dipuji Ramai | Sejak pembukaan semula sempadan Malaysia-Singapura pada awal bulan April lalu, banyak kenderaan keluar masuk dari kedua-dua belah negara dan pelbagai insiden berlaku sepanjang tempoh tersebut. Baru-baru ini, seorang pemandu lori telah memuat naik rakaman video di mana dia telah ‘mengajar’ dua buah kereta berpendaftaran Singapura yang memotong barisan menggunakan lorong khas lori/bas. Menurut @ahmadzarinsamad, dia segera membunyikan hon panjang untuk menarik perhatian polis trafik yang sedang bertugas di pondok kastam. Kedua-dua pemandu Subaru dan Mazda tidak meneruskan perjalanan menggunakan lorong khas lori/bas, sebaliknya segera cuba memotong masuk semula ke dalam barisan…
Pemain Arsenal Dedah Nama Baru Selepas Peluk Islam | Khalifah Media Networks – LONDON: Thomas Partey menukar namanya kepada Yakubu selepas pemain bola sepak Arsenal itu memeluk agama Islam. Pemain berasal dari Ghana itu membesar sebagai Kristian tetapi hidup dalam kalangan orang Islam di negara asalnya. Dia memeluk Islam berikutan perkahwinannya dengan Sara Bella yang berasal dari Maghribi. Bagaimanapun namanya kekal sebagai Partey apabila beraksi untuk Arsenal. Pemain 28 tahun itu akan mengekalkan nama Thomas di belakang jersinya. “Saya membesar bersama Muslim jadi pada akhirnya ia perkara yang sama. Kini sudah berkahwin dan nama Muslim saya Yakubu. “Saya mempunyai wanita…
Kecoh! Lelaki Kahwini Kambing Betina. Rupa-Rupanya.. | JAKARTA – Seorang lelaki di Gresik, Jawa Timur menjadi tular di media sosial kerana didakwa berkahwin dengan seekor kambing, lapor laman berita Detik semalam. Berdasarkan video ‘perkahwinan’ yang dimuat naik di saluran YouTube, sekumpulan penduduk berpakaian mengikut adat Jawa hadir pada upacara perkahwinan antara Saiful Arif, 44, dengan seekor kambing betina. Kambing itu turut diberi nama Sri Rahayu bin Bejo. Saiful Arif kemudian didengari mengucapkan ‘akad nikah’ yang turut menyebut jumlah mas kahwin sebanyak 22,000 rupiah (RM6.69). Acara itu disaksikan oleh penduduk kampung, penghulu serta beberapa pemimpin setempat. Video itu menjadi tular sehingga…