Isu Drama Melayu.”Janganlah Terlalu Barat” – Ujar Menteri Agama | Khalifah Media Networks – KUANTAN: Jangan kejar populariti dengan menerbitkan drama yang bertentangan dengan agama atau bertentangan dengan nilai budaya.

Itu teguran Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad kepada penggiat industri seni tanah air. Berikutan yang cenderung menyelitkan unsur-unsur gaya hidup yang berlawanan dengan adab serta nilai agama dalam karya-karya mereka.

Menurut Idris, beliau secara peribadi sangat menghormati golongan pekerja seni dan dalam masa masa berharap mereka dapat membuat perkara kebaikan kepada ummah. Serta mampu mendidik masyarakat ke arah kebaikan.

Kepada karyawan seni tanah air, Idris menitipkan nasihat. Sebolehnya dalam setiap karya elakkan daripada mempopularkan budaya yang kurang manis dengan persekitaran masyarakat Melayu beragama Islam.

“Sepatutnya, bila kita buat program-program (drama televisyen) biar ada mesej. Janganlah kita hanya untuk mempopularkan dalam bentuk-bentuk yang yang tidak elok, bertentangan dengan agama (dan) nilai budaya kita.

“Saya hormati orang-orang seni dan (harapkan) mereka gunakan seni, kecantikan yang Tuhan berikan kepada mereka dengan bijaksana. Buat benda-benda (berkarya) yang boleh mendatangkan kebaikan kepada ummah dan masyarakat,” kata Idris.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas majlis Multaqa Murabbi Ummah (MMU) peringkat negeri Pahang di sini, hari ini.

Program yang dirasmikan Exco Agama Islam dan Pendidikan Pahang, Syed Ibrahim Syed Ahmad itu dihadiri 500 imam, guru takmir, guru pondok dan tahfiz serta penyelia kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA).

Idris berkata demikian sebagai mengulas kebimbangan banyak pihak berhubung penerbitan drama Melayu. Berikutan yang memaparkan elemen gaya hidup mirip barat termasuk sejumlah kecil karya yang menyelitkan nilai-nilai kemaksiatan.

SUMBER : Astro Awani

Share.

Leave A Reply