Remaja Hilang Lepas Solat Subuh, Kini Dijumpai Di Kedah | PETALING JAYA – Susulan tular kisah mengenai seorang remaja lelaki, Muhammad Al Muizz Al Mawardi, 16, yang dilaporkan hilang selepas menunaikan solat subuh di di Masjid Al Muqarrabin, Cheras pada Ahad lalu telah ditemui selamat. Perkara itu disahkan sendiri oleh bapa remaja berkenaan, Almawardi Mohamad, 41, memaklumkan anaknya telah ditemui dalam keadaan selamat oleh pihak polis sekitar pukul 12 tengah malam tadi di Pokok Sena, Kedah. Dalam pada itu, Almawardi berterima kasih kepada semua pihak yang telah membantu serta menyiarkan kisah kehilangan anaknya ke semua platform media sosial. “Terima kasih…
Author: Admin Baik
Anak Hilang Lepas Solat Subuh Di Masjid, Ayah Rayu Bantuan Ramai | KUALA LUMPUR – Seorang remaja lelaki dilaporkan hilang selepas menunaikan solat subuh di di Masjid Al Muqarrabin, Cheras pada Ahad lalu. Kehilangan Muhammad Al Muizz Al Mawardi, 16, sejak tiga hari lalu masih menjadi misteri dan mencetuskan kebimbangan ibu bapanya. Difahamkan, jarak antara masjid lokasi mangsa menunaikan solat dan rumahnya di apartmen Tasik Height hanyalah kira-kira sejauh 20 meter. Bapa remaja berkenaan, Almawardi Mohamad, 41, ketika dihubungi Kosmo! berkata, anaknya ada memaklumkan ingin keluar beraya selepas selesai menunaikan solat di masjid. “Kejadian berlaku selepas kami sekeluarga baru pulang…
Sertai Latihan Merentas Desa, Pelajar Tersadung Kaki Sebelum Meninggal | MARANG – Seorang pelajar Tingkatan Empat di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pengkalan Berangan meninggal dunia ketika menjalani latihan merentas desa di persimpangan Kampung Asing, di sini, pada Selasa. Mangsa, Aman Basri Muhd Rohaizi, 16, disahkan meninggal dunia oleh doktor bertugas sejurus selepas dibawa ke Klinik Pengkalan Berangan. Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Mohd Zain Mat Dris berkata, sebelum kejadian, mangsa menjalani latihan penyesuaian ‘track’ merentas desa pada jam 8.34 pagi sebelum disedari pengsan oleh guru bertugas. “Guru berkenaan bersama rakan setugas di tempat kejadian telah membawa pelajar tersebut ke…
(Ada Video) Fenomena ‘Langit Berdarah’ Gemparkan Penduduk Bandar Di China | BEIJING – Langit di bandar raya Zhoushan, China bertukar menjadi merah di bawah lapisan kabut baru-baru ini. Langit yang berwarna merah di tepi pelabuhan bandar raya pada Sabtu lalu itu menimbulkan tanggapan bahawa ia berlaku disebabkan terdapat kejadian kebakaran yang tidak terkawal. Ia turut menjadi topik perbincangan di media sosial seperti aplikasi Sina Weibo, dengan menarik lebih 150 juta tontonan. Di Douyin, pengguna TikTok menyatakan langit merah itu sebagai petanda buruk terhadap cara pengendalian pandemik Covid-19 oleh China yang kini muncul semula di Shanghai. Namun, media tempatan menjelaskan fenomena…
(Ada Video) Pukul Pesalah Trafik, 6 Anggota Polis Ditukar Serta Merta | GEORGETOWN: Enam anggota termasuk pegawai dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Tengah ditukar serta-merta selepas mengasari pesalah trafik dalam kejadian di Bukit Mertajam di sini, semalam. Ketua Polis negeri, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain, berkata pihaknya juga kini sedang mengesan mangsa yang terbabit dalam insiden itu untuk siasatan lanjut. Katanya, satu laporan polis sudah dibuat oleh pihaknya sendiri bagi menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian yang dilaporkan berlaku kira-kira jam 1.15 pagi itu. “Insiden itu dirakam menerusi kamera papan pemuka seorang…
(Ada Video) Gelongsor Di Taman Tema Tiba-Tiba Tercabut, 16 Kanak-Kanak Cedera Parah | Bagaikan mimpi ngeri buat 16 orang kanak-kanak selepas menjadi mangsa runtuhan gelongsor kolam renang di Taman Tema Air Kenjeran (Kenpark) Surabaya, Jawa Timur pada Sabtu yang lalu. Memetik laporan Kompas.com, hasil siasatan mendapati terdapat 16 mangsa ketika kejadian itu berlaku dan kebanyakannya adalah kanak-kanak. Insiden tersebut bermula apabila pengunjung mula menggunakan slide air sebelum gelongsor itu secara tiba-tiba terjatuh ketika ramai pengunjung sedang berada di atas. Susulan daripada itu, mangsa terjatuh dari gelongsor dengan ketinggian 10 meter dan telah dihantar ke dua hospital yang berbeza bagi mendapatkan…
Tular Makan Katak Lembu Hidup Cicah Sos, Rakyat Diberi Amaran | BANGKOK – Kementerian Kesihatan Thailand mengeluarkan amaran berkenaan hidangan katak lembu dicicah sos yang sedang tular di media sosial berisiko mengandungi parasit, lapor laman berita The Thaiger semalam. Hidangan itu disediakan dengan memasak katak lembu lalu dicicah dengan sos pedas dan cili kering untuk hiasan. Kementerian itu menyarankan agar sesiapa yang menyediakan hidangan itu untuk memasak katak itu terlebih dahulu. Hidangan katak lembu itu adalah versi baharu untuk menu sotong hidup celup sos yang mendapat permintaan di Thailand beberapa bulan lalu. Kementerian Kesihatan sebelum ini memberi amaran kepada orang…
Balik Kampung Tapi Tidur Hotel, Ini Penjelasan Ustazah Asma’ Harun | Khalifah Media Networks – Apabila tiba musim perayaan, semestinya seluruh ahli keluarga akan berkumpul bersama di kampung halaman. Ustazah Asma’ Harun merupakan seorang penceramah yang sering juga muncul di kaca tv. Sudah pasti waktu itu, keadaan rumah ibu bapa, sanak saudara menjadi sesak lagi-lagi setelah dua tahun tidak menyambut disebabkan pandemik Covid-19. Susulan itu, ada yang akan memilih untuk menginap di hotel atau ‘homestay’. Tindakan itu juga mengundang komen negatif segelintir pihak. Pendakwah terkenal Ustazah Asma’ Harun tampil memberi pencerahan agar semua pihak memahami situasi sebenar supaya tidak terguris…
(Ada Video) Tular Saga FLX Dipandu Secara Melulu, Pemandu Ditahan | IPOH: Polis menahan seorang lelaki yang dikesan memandu secara berbahaya di Kilometer 17, Jalan Beruas-Parit-Ipoh dekat Pekan Parit selepas video kejadian itu tular di media sosial, semalam. Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, rakaman video itu dikesan pada pukul 9.35 malam memaparkan sebuah kereta Proton Saga FLX dipandu secara melulu hingga boleh mendatangkan bahaya kepada pemandu dan pengguna jalan raya lain. Katanya, berdasarkan rakaman itu, kenderaan berkenaan dilihat memotong barisan dan garisan berkembar. “Bertindak atas maklumat, pihak Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Perak berjaya mengesan pemandu…
Halang Laungan Azan, Tentera Israel Rosakkan Pembesar Suara Masjid Al-Aqsa | BAITULMAQDIS – Israel menghalang laungan azan Isyak pada Selasa lalu di Masjid Al-Aqsa selepas penduduk Palestin menyambut Hari Raya Aidilfitri pada Isnin lepas. Menurut Saudi Press Agency (SPA) pada Rabu, sumber-sumber Jabatan Wakaf Islam di Baitulmaqdis menyatakan tentera penjajah melarang laungan azan itu atas arahan penjajah rejim Zionis. Sumber-sumber Palestin menyatakan tentera penjajah bertindak memutuskan talian pembesar suara di masjid itu atas permintaan pihak penjajah Israel. Tentera rejim Zionis itu melakukan perbuatan tersebut dengan alasan bahawa Perdana Menteri Israel, Naftali Bennet sedang menyampaikan ucapan di Tembok Buraq (Tembok Barat)…