(Ada Video) Tular Aksi Bahaya Lelaki Kurang Siuman ‘Makan Angin’ Atas Kereta | SEGAMAT: Seorang lelaki dipercayai kurang siuman melakukan aksi berbahaya di bahagian atas sebuah kereta yang sedang bergerak di sekitar Jalan Batu Anam menghala ke Gemas, Negeri Sembilan, dekat sini. Klip rakaman video berdurasi satu minit 47 saat memaparkan aksi lelaki berkenaan yang mengundang bahaya kepada diri sendiri dan pengguna jalan raya lain tular dalam laman sosial sejak semalam. Dalam video terbabit, lelaki itu bukan sahaja duduk ‘santai’ di atas bonet belakang kereta yang sedang bergerak, namun melakukan aksi seperti tidur telentang di atas bumbung serta bonet kenderaan…
Author: Admin Baik
Geng ADC Tumpas, Tiga Wanita Antara Ditahan Terlibat Pecah Rumah | MELAKA – Geng ADC yang terlibat dalam enam kes pecah rumah di negeri ini tumpas selepas tertangkapnya tujuh ahli kumpulan berkenaan termasuk tiga wanita. Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, kesemua mereka yang berusia antara 31 hingga 43 tahun ditahan dalam beberapa siri tangkapan di sekitar Kuala Lumpur dan Johor Bharu pada 7 Mac hingga 12 April lalu. Menurutnya, polis menubuhkan pasukan khas dari Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah selepas menerima laporan mengenai beberapa kejadian pecah rumah, ceroboh dan…
Berisiko Cedera Dan Lemas, Pemilik Tadika Swasta Didakwa Abai 2 Kanak-Kanak | Muar: Pemilik taska dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas tuduhan mendedahkan dua kanak-kanak lelaki yang berada dalam jagaannya sehingga berisiko mendatangkan kecederaan terhadap mangsa, bulan lalu. Tertuduh, Khairuzilawati Ruslan, 57, bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan di bawah Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang dibacakan oleh jurubahasa mahkamah. Bagi pertuduhan pertama, wanita yang juga guru di taska berkenaan dituduh mendedahkan mangsa berusia tiga tahun dengan cara yang mungkin akan menyebabkan kanak-kanak itu mengalami kecederaan di kepala dan muka. Pertuduhan kedua pula, Khairuzilawati berdepan…
Isteri Sudah Lari, Suami Gendong Anak Jual Roti Bakar Buat Ramai Sayu | Seorang lelaki di bandar Samarinda, wilayah Kalimantan Timur menyentuh perasaan netizen susulan klip video dia menggendong anak sambil berniaga roti bakar, lapor laman berita Suara.com. Berdasarkan paparan yang dimuat naik di laman perkongsian gambar Instagram, lelaki itu terpaksa membawa bersama anaknya kerana ditinggalkan isteri. “Nama lelaki ini Sofian, kerjanya keliling kampung menjual roti bakar di Jalan Air Terjun, Pinang Seribu, Sempaja Utara dan Samarinda Utara. “Dia terpaksa membawa anak yang digendong di belakang semasa berniaga kerana isterinya sudah lari meninggalkan keluarga,” tulis keterangan pada klip video itu.…
SERAM, CCTV Rakam Asap Hitam Keluar Daripada Anak Patung Serang Kucing | Seorang wanita di Kanada dilaporkan merakam klip video memaparkan objek dipercayai hantu yang keluar daripada sebuah anak patung dan mengejar kucing peliharaannya, lapor akhbar Metro UK semalam. Menurut Kathy Gallinger, meskipun dia kerap mengalami pelbagai kejadian misteri sejak berpindah ke rumah itu pada 2018, rakaman video tersebut benar-benar menakutkannya. Berdasarkan rakaman sistem televisyen litar tertutup (CCTV) yang dipasang di kediaman itu, jelas kelihatan ‘asap hitam’ keluar dari sebuah anak patung dan seolah-olah menyerang kucing Gallinger. Kucing bernama Salem itu pada awalnya dilihat merenung ke arah anak patung dari…
Cetus Wabak Salmonella Di Eropah, Indonesia Tarik Penjualan Coklat Kinder | JAKARTA: Badan Pemantau Ubat dan Makanan Indonesia (BPOM) membuat keputusan untuk menghentikan sementara penjualan produk coklat berbentuk telur jenama Kinder atau dikenali sebagai Kinder Egg. Keputusan itu dibuat sebagai langkah berjaga-jaga terhadap risiko pencemaran bakteria Salmonella. Setakat ini, tiada kes keracunan akibat coklat tersebut dilaporkan di Indonesia, namun beberapa negara Eropah sudah pun menarik balik penjualan makanan ringan itu susulan kes pencemaran Salmonella. “BPOM akan menghentikan sementara pengedaran coklat Kinder Egg sehingga isu pencemaran bakteria Salmonella selesai. “Biarpun kebanyakan kes berlaku di Eropah, namun Indonesia tetap mahu mengambil langkah…
Kanak-Kanak Hiperaktif Maut Terjatuh Dari Tingkat 11 Pangsapuri | KUALA LUMPUR: Seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 11 di kediamannya di Pangsapuri Intan, Jalan Intan 4, Taman Puchong Intan, di sini, petang semalam. Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Abd Khalid Othman, berkata kejadian dilaporkan kepada polis oleh orang awam jam 6.45 petang, sebelum sepasukan anggota ke lokasi dan menemui mayat mangsa dalam keadaan terlentang di atas bumbung tempat letak kenderaan di aras dua Blok A pangsapuri itu. Beliau berkata, pasukan perubatan yang hadir ke lokasi mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia dengan kesan…
Rakaman CCTV Aksi Seorang Lelaki Tabur Tanah Depan Rumah | Aksi mencurigakan seorang lelaki yang menabur tanah atau pasir di hadapan sebuah rumah di Klaten, Indonesia menjadi tular selepas dirakam sistem televisyen litar tertutup (CCTV), lapor laman Detik semalam. Dalam kejadian menjelang waktu maghrib Jumaat lalu itu, seorang lelaki yang menunggang motosikal berwarna putih dirakam berhenti di hadapan pagar sebuah rumah. Selepas memberhentikan motosikalnya, dia dilihat menabur sesuatu menyerupai serbuk yang digenggam dengan tangan kirinya. Selepas melakukan perkara mencurigakan itu, lelaki itu pantas meninggalkan lokasi tersebut. Rakaman video tersebut dimuat naik oleh pemilik rumah itu. Dia meminta bantuan orang ramai…
Dakwa Diculik Jembalang, Kanak-Kanak Diselamatkan Oleh Anjing | Seorang kanak-kanak di Argentina didakwa diculik oleh makhluk halus jembalang yang kemudian menghanyutkannya di sebuah lagun sebelum diselamatkan oleh anjing peliharaan mangsa, lapor akhbar Daily Star semalam.Rakaman Dalam kejadian pada 6 April lalu, kanak-kanak dikenali sebagai Sebastian itu dikatakan diculik oleh makhluk yang terkenal dalam cerita dongeng tempatan dan digelar Pombero. Ia dikatakan bersaiz pendek, berbulu dan kuat. Makhluk itu juga jarang ditemui kerana boleh menjadi halimunan.Rakaman Menurut ibu Sebastian, Mariela Escalante, dia dan jiran-jirannya yang mencari kanak-kanak itu yakin bahawa Pembero telah melarikan anaknya. “Ini bukan kali pertama kanak-kanak lelaki hilang…
Penyelidik Colombia Maut Diserang, Dipijak ‘Pak Belalai’ | UGANDA: Seorang penyelidik Colombia mati dipijak seekor gajah di Taman Negara Kibale barat Uganda, kata pihak berkuasa taman negara itu. Sebastian Ramirez Amaya, yang berpangkalan di Arizona State University di Amerika Syarikat, bersama seorang lagi penyelidik dan pemandu di taman negara itu, yang terkenal dengan hidupan liar dan pusat penyelidikan, ketika dia meninggal dunia pada Ahad. “Mereka terserempak dengan seekor gajah yang menyerbu mereka, memaksa mereka berlari ke arah yang berbeza,” kata pihak berkuasa taman negara Uganda dalam satu kenyataan pada hari Isnin. “Gajah itu mengejar Sebastian dan memijaknya, mengakibatkan kematiannya,” tambah…