UniMAP Perkenal Sistem Al-Quran Digital Tanpa Wayar, Mudahkan Imam Solat Tarawih | Kangar: Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) memperkenalkan sistem al-Quran Digital Kawalan Tanpa Wayar bagi memudahkan imam membaca ayat lebih panjang pada solat sunat tarawih sepanjang Ramadan. Idea itu dicetuskan penyelidik Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektronik (FTKEN) UniMAP dan dibangunkan Profesor Ir Dr Anuar Mat Safar yang juga Pengerusi Masjid Al-Arifin Padang Katong, Kangar. Ia sekali gus menjadikan masjid pertama yang menggunakan teknologi berkenaan untuk menunaikan solat tarawih pada Ramadan kali ini. Dekan FTKEN, Prof Madya Ts Dr Azremi Abdullah Al-Hadi berkata, projek itu adalah hasil kerjasama Masjid al-Ariffin, FTKEN, Fakulti…
Author: Admin Baik
Warga Singapura Dilarang Keluar Malaysia Jika Tak Bayar Saman | Pesalah trafik warga Singapura boleh dihalang keluar dari negara ini dan boleh ditangkap jika mempunyai saman tertunggak trafik serta saman berstatus waran tangkap. Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mat Kasim Karim, berkata sehingga kini, sebanyak 108,757 saman masih belum dijelaskan daripada 143,427 saman yang dikeluarkan dari 2016 hingga 2021. “JSPT ingin mengingatkan kepada semua pesalah trafik warganegara Singapura bahawa mereka boleh dihalang keluar dari negara ini jika mempunyai saman tertunggak sama ada Pol 170A atau Pol 257 berdasarkan di bawah Seksyen 66J Akta Pengangkutan Jalan…
Bilal Surau Mohon Maaf Tersilap Laung Azan Awal 4 Minit | Bilal dari Surau Al-Qadir di Guchil 7, Kuala Krai dipercayai telah melaungkan azan maghrib awal empat minit daripada waktunya semalam, sehingga kejadian itu tular dalam media sosial. Imam Masjid Bandar Kuala Krai Armin Azahari Mamat berkata ketika kejadian, bilal itu tidak menyedari bahawa beliau telah melaungkan azan maghrib pada pukul 7.17 malam, menyebabkan ada segelintir penduduk yang percaya telah masuk waktu berbuka puasa. “Saya telah dimaklumkan oleh penduduk bahawa tok bilal dari Surau Al-Qadir di Guchil 7, Kuala Krai itu telah melakukan kesilapan tersebut dan beliau telah memohon maaf…
Puasa Tak Jejaskan Kecergasan, Jaringan Hat-trick Benzema Tundukkan Chelsea | Penyerang berbisa Real Madrid, Karim Benzema berjaya mencuri tumpuan apabila tetap memberikan aksi yang terbaik ketika menentang Chelsea walaupun sedang berpuasa. Memetik laporan TBS News, Benzema, 34, berbuka puasa kira-kira 15 minit sebelum perlawanan Suku Akhir Liga Juara-Juara Eropah yang berlangsung awal pagi tadi itu bermula. Tanpa berlengah, pemain yang berasal dari Perancis itu terus menjaringkan tiga gol berturut-turut hanya dalam tempoh masa 46 minit. Jaringan hat-trick yang dilakukan olehnya itu memastikan kemenangan mutlak kepada pasukan Real Madrid dalam perlawanan yang berlangsung di padang pihak lawan, Stamford Bridge. Dengan kemenangan…
Berang Anak 15 Tahun Ketagih Ganja, Ibu Ikat Dan Tenyeh Cili Ke Mata Anak | Berang dengan anaknya yang baru berusia 15 tahun ketagih ganja, seorang ibu di India bertindak ‘mengajar’ anaknya itu dengan mengikat remaja terbabit pada sebatang tiang. Tidak cukup dengan itu, menerusi satu video yang tular, wanita tersebut turut dilihat beberapa kali menyapu serbuk cili itu di mata anaknya. Anaknya yang kepedihan juga dilihat menjerit kesakitan sambil berulang kali menolak tangan ibunya itu. Selain itu, ibu remaja terbabit turut meminta bantuan seorang lagi wanita yang berada di situ untuk memegang tangan anaknya bagi ‘memudahkannya’ menenyeh serbuk cili…
Dulu Viral Beri Mas Kahwin Selipar, Ini Keadaan Mereka Sekarang Ramai Tak Sangka | Sepasang suami isteri yang pernah tular di Indonesia kerana memberikan selipar dan air kosong sebagai mas kahwin, dilaporkan telah berpisah kerana orang ketiga, lapor portal berita Wolipop. Yudi Anggata dan Helmi Sumiati berkahwin pada 3 Julai 2020 tetapi mereka berpisah tahun lalu. Menurut Yudi, bekas isterinya itu pernah curang dengan lima lelaki dengan memberi alasan mahu pulang ke rumah ibu bapanya. “Dia juga ada bercakap perkara buruk mengenai ibu bapa saya,” kata Yudi. Tambahnya, mereka berdua telah terputus hubungan dan kini, dia cuba bangkit daripada kegagalan perkahwinannya…
Berita Baik! Penjawat Awam NS Terima Bonus Setengah Bulan Gaji Sempena Aidilfitri | SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) setengah bulan gaji atau minimum RM1,000 kepada semua anggota-anggota perkhidmatan awam negeri ini sempena sambutan Aidilfitri. Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, bantuan tersebut melibatkan implikasi kewangan lebih RM6 juta dan pemberiannya melibatkan sejumlah 4,050 orang termasuk kakitangan badan berkanun dan pihak berkuasa tempatan (PBT). Kata beliau lagi, BKK itu juga akan mula dibayar pada 15 April depan. “Sebagai tanda penghargaan, kerajaan negeri mengumumkan pemberian BKK bersempena Hari Raya Aidilfitri tahun ini sebanyak setengah bulan gaji…
Aneh! Kubur Di Sibu Dipecah, Keranda Dibakar Dan Tulang Hilang | SIBU: Bukan sahaja kubur dipecahkan, malah keranda turut dibakar dan semua rangka si mati di dalam keranda itu hilang. Itu kejadian aneh yang berlaku membabitkan tujuh kubur di tanah perkuburan Cina, Bukit Aup, di sini. Pengerusi Persekutuan Persatuan Kubur-kubur Cina Bahagian Sibu, Kaunselor Teo Boon Siew, berkata kejadian itu disedari oleh beberapa keluarga yang datang untuk memperingati serta membersihkan kawasan tanah perkuburan nenek moyang dan ahli keluarga mereka yang sudah meninggal dunia sempena sambutan Ching Ming pada Ahad lalu. “Ya, memang benar. Semuanya ada tujuh kubur yang dipecahkan kerana…
Menu Sahur Nasi Goreng Udang Kara Dianggap ‘Simple’, Ramai Kata Makanan T20! | Tular satu perkongsian menu sahur yang bukan biasa-biasa di media sosial dan mengundang pelbagai reaksi. Ramai mula berkongsi menu dan resipi sahur yang mudah dan sedap di media sosial sempena kedatangan bulan Ramadan. Ini termasuk juadah sahur yang sihat dan mengenyangkan untuk bertahan lebih lama sepanjang berpuasa. Dalam kemeriahan itu, tular satu perkongsian menu sahur yang bukan biasa-biasa di media sosial. “Simple saja menu sahur pagi ni. Nasi goreng udang. Sayu hati, sahur sendirian,” tulis seorang pengguna Twitter menerusi satu ciapan. Selain itu, turut dimuat naik sekeping…
MAQIS Rampas 10kg Sosej Berpenyakit Di KLIA | SEPANG: Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) merampas sosej daging babi yang cuba dibawa masuk oleh seorang wanita warga China di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini pada 26 Mac lalu. Maqis Selangor dalam kenyataan berkata, wanita itu ditahan dalam pemeriksaan bagasi pihaknya pada jam 3 petang “Pihak Maqis menemukan sosej seberat 10 kilogram (kg) bernilai RM350 dalam bagasi wanita berkenaan. “Beberapa sampel telah diambil daripada sosej daging babi tersebut bagi diuji di Makmal Kesihatan Awam Veterinar (MKAV) dan hasil ujian mendapati sosej itu positif untuk pengesanan penyakit African…