Author: Admin Baik

Khairul Hafizi atau lebih dikenali sebagai Admin Baik merupakan seorang penulis blog yang sangat berpengalaman. Beliau pernah mendapat anugerah penulis Ghost Writer terbaik pada tahun 2021.

Selepas 88 Tahun, Masjid Hagia Sophia Kembali Adakan Solat Tarawih | Istanbul: Masjid Besar Hagia Sophia Turki di Istanbul akan mengadakan solat terawih yang pertama dalam tempoh 88 tahun, solat sunat yang dilakukan pada bulan Ramadan, lapor Agensi Anadolu (AA). Beberapa acara untuk Ramadan juga akan diadakan di masjid itu, yang diubah suai menjadi muzium pada 1934. Pada 2020, statusnya kembali sebagai masjid yang dibuka untuk ibadah pada 24 Julai tahun itu. Namun, masjid itu tidak digunakan kerana sekatan COVID-19 di Turki untuk mengelak risiko jangkitan. Bagaimanapun, pihak berkuasa Turki memutuskan untuk membuka semula masjid itu pada Ramadan berikutan kebanyakan penduduk…

Read More

Arab Saudi Bakal Bina Resort Ski Pertama Bernilai RM2.11 Trilion | RIYADH: Putera Mahkota Arab Saudi, Putera Mohammed bin Salman mengumumkan pelan projek pembangunan resort ski yang pertama di negara itu. Lapor Daily Mail, projek yang dikenali sebagai TROJENA, merupakan sebahagian daripada bandar futuristik NEOM. NEOM merupakan projek pembinaan mega bernilai AS$500 bilion (RM2.11 trilion) yang meliputi 25,900 kilometer persegi wilayah Tabuk Arab Saudi, berhampiran sempadannya dengan Jordan dan Mesir. Memetik laporan portal Middle East Eye, TROJENA bakal dilengkapi beberapa kemudahan antaranya perkampungan ski sendiri, tasik air tawar buatan manusia, pusat peranginan mewah dan rizab alam semula jadi. Ia juga…

Read More

Penduduk Singapura Kini Lega Dapat Hirup Udara Segar Tanpa Pelitup Muka | Penduduk Singapura kini lega kerana tidak lagi perlu memakai pelitup muka mulai hari ini, selepas kerajaan melonggarkan sekatan COVID-19, namun masih ramai yang memilih untuk terus memakainya ketika berada di luar. Singapura melonggarkan langkah pengurusan selamat COVID-19 mulai hari ini sejajar dengan berkurangnya kes jangkitan setelah ia melonjak awal tahun ini. Hingga 75 peratus pekerja kini dibenarkan kembali ke pejabat dan had kapasiti bagi acara besar dengan lebih 1,000 orang juga akan dinaikkan ke 75 peratus. Singapura juga akan memudahkan perjalanan rentas sempadan secara ketara dengan melonggarkan lebih…

Read More

Awas! Cuaca Panas Dijangka Berlarutan Hingga Mei | KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) menjangkakan cuaca panas akan berlarutan sehingga Mei ini, sebelum beransur reda pada Jun. METMalaysia dalam ciapan di Twitter hari ini menjelaskan, jangkaan cuaca panas akan berlarutan sehingga Mei. Ketua Pengarah METMalaysia Muhammad Helmi Abdullah dilaporkan berkata, suhu maksimum dicatatkan di sekitar kawasan Lembah Klang dan pedalaman Pahang dijangka lebih tinggi antara 35 hingga 36 darjah celsius. “Namun tiada suhu melampau direkodkan sepanjang minggu ini,” katanya. Suhu tertinggi yang dicerap tahun ini ialah 36.6 darjah celsius yang dicatatkan di Stesen Meteorologi Chuping pada 29 Januari lalu. Pemantauan…

Read More

Tular Kes Pukul Pelanggan Tak Bayar Makanan Di 7 Eleven, 4 Individu Dipanggil Polis | Empat individu telah dipanggil polis bagi merakam keterangan berhubung kejadian melibatkan kes seorang lelaki dipukul di sebuah kedai serbaneka di Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur pada Selasa. Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, pihaknya telah mengesan individu terlibat sebaik sahaja kejadian tersebut tular menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pemilik akaun TikTok. “Empat individu telah dirakam keterangan berhubung kejadian tersebut. “Siasatan lanjut masih dijalankan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan pada Selasa. Katanya, orang ramai yang…

Read More

Tertekan Pedal Minyak, Warga Emas Rempuh Kedai Makan | Kajang: Tertekan pedal minyak yang disangka brek kerana pitam menyebabkan seorang wanita warga emas yang memandu kereta Toyota Vios merempuh kedai makan di Batu 13, Hulu Langat di sini, semalam. Dalam kejadian pada 12.50 tengah hari itu, wanita warga emas berusia 53 tahun itu tiba di kawasan parkir di hadapan kedai makan sebelum pitam dan mahu menekan brek. Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, warga emas terbabit tersilap apabila tertekan pedal minyak dan gagal kawal kenderaannya menyebabkannya melanggar sebuah motosikal di kawasan parking kedai dan seterusnya merempuh…

Read More

PTPTN lancar aplikasi MyPTPTN Ganti Sistem Portal | PETALING JAYA: Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) melancarkan aplikasi mudah alih dikenali sebagai MyPTPTN bagi memudahkan urusan pelanggannya di sini hari ini. Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad berkata, pelancaran MyPTPTN ini menyaksikan kejayaan PTPTN dalam membangunkan aplikasi mudah alih yang dapat memberi manfaat kepada seluruh rakyat di negara ini khususnya pelanggan PTPTN. “Pendekatan PTPTN dalam memperkenalkan aplikasi mudah alih ini sangat tepat dengan aspirasi pendigitalan kerajaan dan dalam masa sama menambah kecekapan dan keberkesanan perkhidmatan kepada masyarakat. “Saya juga percaya usaha PTPTN ini didukung kukuh dengan pelan strategik…

Read More

Sering Jadi Mangsa Buli Di Sekolah, Remaja Ini Kini Bangkit Jadi Jaguh Muay Thai | Pernah menjadi mangsa buli, Muhammad Iqmal Ersha Syafirol Dila, 16, bangkit menebus maruah diri dengan menceburi sukan Muay Thai hingga berjaya memenangi pingat emas dalam kejohanan yang disertai. Meskipun baru dua bulan menceburi sukan itu, Muhammad Iqmal menewaskan lawannya untuk memenangi pingat emas kategori senior dalam Kejohanan Amatur Muay Thai Negeri Johor di Kompleks Sukan Negeri Johor pada Sabtu lalu. Pada pertandingan itu, Muhammad Iqmal yang sepatutnya menandingi kategori junior dipindahkan kepada kategori senior kerana faktor ketinggiannya yang mencecah 182 sentimeter dengan berat 99 kilogram. Dia…

Read More

Permohonan Pengeluaran Khas RM10,000, KWSP Sedia Portal Khusus | PUTRAJAYA: Pencarum yang berhasrat mengeluarkan simpanan RM10,000 daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di bawah kemudahan pengeluaran khas diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 16 Mac lalu, boleh membuat permohonan melalui portal khas. Dalam satu kenyataan hari ini, KWSP memaklumkan, pemohon boleh berbuat demikian bermula 1 April ini melalui portal pengeluarankhas.kwsp.gov.my yang juga boleh diakses menerusi aplikasi mudah alih i-Akaun. Bagaimanapun, dana persaraan itu menggalakkan pencarum menyemak baki simpanan KWSP mereka melalui i-Akaun, aplikasi mudah alih i-Akaun atau kios KWSP sebelum membuat permohonan pengeluaran berkenaan. “Dalam pengumuman pada…

Read More

Kejam! Ibu Buang Bayi Berusia 30 Hari Dalam Perigi Hanya Kerana… | JAWA TIMUR: Akibat sering disindir kerana memberikan susu formula dan bukan susu badan, seorang wanita berasa malu sehingga sanggup membuang anaknya ke dalam perigi. Lapor Tribunnews, bayi yang berusia sebulan itu ditemukan dalam keadaan sudah tidak bernyawa di dalam perigi di Desa Sumberejo, Ambulu, Jember. Ketua Bahagian Jenayah Polis Jember, Komang Yogi Arya Wiguna berkata, suspek berusia 25 tahun yang dikenali sebagai FN merupakan ibu mangsa mengaku membuang anaknya sendiri. “Kejadian berlaku Rabu lalu sekitar pukul 10.30 pagi, ketika suspek tidur bersama bayi dan ibunya di ruang tengah…

Read More