Caprice Mahu Masuk Campur, Ini Respon TEGAS Cikgu Mohd Fadli | Cikgu Fadli enggan membiarkan penyanyi rap, Caprice masuk campur dalam isu yang berbangkit antara dirinya dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Melalui komen di Facebook milik beliau, Cikgu Fadli meninggalkan komen ‘dia nak masuk bang, tapi saya tak layan’. Isu hangat antara seorang guru iaitu Mohd Fadli Mohamed Salleh atau dikenali dengan panggilan Cikgu Fadli bersama KPM yang bertebaran di media sosial telah mendapat perhatian ramai netizen termasuklah penyanyi rap, Caprice. Tinjauan Kosmo! di media sosial mendapati, rata-rata netizen tidak mahu penyanyi rapper itu masuk campur dalam hal berkenaan dan…
Author: Admin Baik
200 Mayat Dibiar Reput Atas Bumbung Hospital, Ini Sebabnya.. | Pihak berkuasa Pakistan menemui berpuluh-puluh mayat yang dibiarkan mereput di atas bumbung sebuah hospital di bandar Multan, lapor laman berita Wion News semalam. Susulan pembongkaran itu, satu siasatan rasmi telah dilancarkan pihak berkuasa bagi mencari punca sebenar kejadian. Beberapa laporan tidak rasmi mengatakan bahawa sekurang-kurangnya 200 mayat yang dibuang di atas bumbung jabatan anatomi Hospital Nishtar menjadi sisa makanan helang dan burung gagak. Imej dan video mengerikan itu telah tersebar dengan meluas di pelbagai platform media sosial tempatan. Ketua Menteri negeri Punjab, Parvez Elahi telah membentuk satu jawatankuasa untuk menyiasat…
Video Ritual Jadikan Motosikal Kebal, Kalis Pencuri Undang KECAMAN | Sebuah klip video memaparkan upacara untuk menjadikan sebuah motosikal ‘kebal’ dan tidak boleh dicuri menjadi tular di media sosial Indonesia, lapor laman berita Suara semalam. Kejadian yang berlaku di Kabupaten Ponorogo, Jawa Timur itu dimuat naik dalam akaun Instagram @pkucity. Menerusi video tersebut, seorang lelaki berpakaian serba kuning dilihat bersama sebuah motosikal jenama Honda Beat dan dia seolah-olah sedang menyalurkan ‘auranya’ pada kenderaan itu. Tonton Video Terbabit: View this post on Instagram A post shared by INFO PEKANBARU, RIAU (@pkucity) Seorang pengacara majlis memberitahu bahawa lelaki berbaju kuning…
PRU-15: Ini Calon PM Jika BN Menang Pilihan Raya | UMNO kekal dengan keputusannya untuk menamakan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai calon Perdana Menteri jika Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). Presidennya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, menafikan dakwaan pembangkang yang dirinya akan dilantik ke jawatan itu jika BN kembali memerintah Kerajaan Persekutuan. Beliau bagaimanapun berkata, pihaknya tidak akan melangkaui kuasa mutlak Yang di-Pertuan Agong dalam pelantikan seorang Perdana Menteri. “Kita berpegang kepada prinsip bahawa UMNO telah mencalonkan Datuk Seri Ismail Sabri sebagai calon Perdana Menteri, itu tidak boleh dipertikaikan lagi. “Namun, kuasa melantik Perdana…
PRU-15: Najib Dinamakan Calon Parlimen Pekan, Ini Sebabnya.. | UMNO Bahagian Pekan kekal enamakan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebagai antara lima calon diketengahkan untuk Parlimen Pekan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15). Najib yang juga penyandang kerusi itu kini sedang menjalani hukuman penjara 12 tahun selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan hukuman ke atasnya berhubung kes SRC International Sdn Bhd. Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pekan, Zamri Ramly, mengesahkan nama Najib antara lima calon dikemukakan bahagian itu untuk diserahkan kepada pucuk pimpinan Barisan Nasional (BN). Beliau juga menolak jangkaan ramai pihak bahagian itu akan menamakan dua anak Najib, Datuk…
Lelaki Bertukar Jadi Manusia Paling Hitam Di Dunia, Ini Sebabnya.. | Pesohor YouTube Jepun, Hajime mengejutkan berjuta-juta pengikutnya baru-baru ini apabila dia mengecat keseluruhan badan menggunakan cat paling hitam di dunia yang dijual secara komersial, lapor laman berita Oddity Central semalam. Musou Black merupakan sejenis cat khas yang dibangunkan dan dijual oleh syarikat Koyo Orient Japan, namun secara teknikal, ia bukan cat paling hitam di dunia. Gelaran tersebut sebenarnya milik cat Vantablack, sejenis salutan hitam luar biasa yang mampu menyerap sehingga 99.965 peratus cahaya yang boleh dilihat. Ia menjadikan semua bahan dicat kelihatan seperti lubang hitam, namun cat tersebut amat…
PRU-15: Pegawai Menteri Mula Kosongkan Pejabat, Ini Sebabnya | Khabar angin berhubung pembubaran Parlimen mula bertiup kencang apabila sudah ada pegawai lantikan politik blok kerajaan mula mengosongkan pejabat mereka masing-masing hari ini. Tindakan itu dipercayai mempunyai kaitan dengan spekulasi pembubaran Parlimen yang akan dibuat dalam masa terdekat dimana ia dikhabarkan seawal Jumaat ini. Salah seorang pegawai menteri ketika dihubungi memaklumkan, setakat ini, mereka belum menerima apa-apa arahan bagi proses mengosongkan ruang pejabat. Bagaimanapun, individu terbabit menjelaskan akan mula mengemas ruang pejabat mereka bermula esok. “Esok mungkin saya kemas. Insya-Allah,” katanya ringkas tadi. Blok pembangkang sebelum ini meramalkan, Perdana Menteri, Datuk…
Isteri Baik Hati Setuju Suami Kahwin Dengan Bekas Teman Wanita | Seorang wanita di India mempersetujui perkahwinan suaminya dengan bekas teman wanita lelaki berkenaan setelah mengetahui bahawa mereka masih mempunyai perasaan cinta antara satu sama lain, lapor laman berita Oddity Central semalam. Kejadian itu berlaku di bandar Turupati, negeri Andhra Pradesh. Pencipta kandungan video tempatan, Kalyan sebelum ini berkahwin dengan seorang wanita bernama Vimala selepas mereka berkenalan menerusi media sosial. Rumahtangga mereka sejahtera sehinggalah Vimala mendapat tahu bahawa suaminya bercinta dengan seorang lagi pencipta kandungan dari Visakhapatnam yang baru berpindah ke kawasan itu. Daripada cuba memutuskan hubungan suami isteri itu,…
Sah PRU-15 Tahun Ini – DS Zahid Hamidi | Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sekali lagi mengesahkan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) akan diadakan pada tahun ini juga. Ahli Parlimen Bagan Datuk itu berkata, walaupun mendapat tentangan oleh pihak pembangkang yang menyifatkan akan berlakunya banjir, perkara itu tidak menjadi penghalang pihaknya. “Kami sudah berjumpa dan selidik dengan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), jadi kita adakan PRU sebelum banjir. “Ini juga berkemungkinan perjumpaan dengan semua ketua bahagian buat kali terakhir sebelum PRU-15 diadakan,” tegasnya ketika sidang akhbar selepas mengadakan perjumpaan bersama semua ketua bahagian UMNO di sini hari ini. Memetik…
(VIDEO) Lelaki Berjubah Konvokesyen Ziarah Kubur Isteri Undang Sebak | Tindakan seorang lelaki menziarahi kubur isterinya dengan mengenakan jubah konvokesyen meruntun hati orang ramai. Perkongsian sedih di laman sosial @abg man-rgr itu berjaya mencuri perhatian dan mendapat tontonan sebanyak 527,000 sehingga kini. VIDEO TERBBABIT: Menurut pemilik akaun berkenaan, arwah isterinya teringin melihat dia memakai jubah konvokesyen namun hasrat arwah tidak kesampaian. “Sayang tak sabar nak tengok awak pakai jubah ni. Harini ‘bie’ (saya) datang untuk tunjukkan kepada sayang. Ya Allah kuatkan aku,” tulis @abg man-rgr. Susulan itu, kapsyen sedih itu telah membuat ramai pengguna sebak serta turut mendoakan pemilik akaun…