Takut Kena Hujan, Lelaki Gali Terowong Dari Rumah Ke Bangsal | Seorang lelaki Britain menghabiskan masa dua tahun menggali terowong bawah tanah sedalam tiga meter dan panjang 12 meter di halaman rumahnya supaya dia tidak basah untuk berjalan ke bangsal ketika hujan, lapor akhbar Mirror UK. Projek pelik yang direka menghubungkan rumah ke bangsal itu adalah hasil idea seorang pesohor media sosial YouTube, Colin Furze. Dia mengusahakan projek itu dengan mengalihkan tiga setengah tan tanah pada setiap hari. Lelaki berusia 42 tahun itu berjaya menyambung terowong itu ke rumahnya yang terletak di daerah Lincolnshire dan menganggap ia salah satu projek…
Author: Admin Baik
Susulan Perang Ukraine, Tentera Britain Dilarang Guna WhatsApp, Ini Puncanya.. | Tentera Britain dilaporkan mengharamkan aplikasi WhatsApp kerana bimbang Rusia akan menggodam platform itu untuk memperoleh maklumat operasi yang sensitif, lapor portal berita MailOnline semalam. Semua kakitangan termasuk pegawai hingga askar biasa diarah supaya berhenti menggunakan perkhidmatan permesejan telefon itu untuk tujuan kerja atau mereka akan berdepan tindakan tatatertib. Dokumen Kementerian Pertahanan yang mengesahkan larangan itu menyatakan, wujud kebimbangan keselamatan yang ketara berhubung penggunaan WhatsApp. Perintah itu berkuat kuasa serta-merta dan dibuat selepas akhbar Daily Mail melaporkan bahawa Rusia menggunakan data telefon bimbit Britain untuk memilih sasaran serangan udara di…
Barcelona Bakal Beraksi Di Padang Baharu SNBJ? Ini Jawapan Tunku Mahkota Johor | Kuala Lumpur: Kelab elit Eropah dijangka ‘berkampung’ di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) pada pertengahan tahun depan sebagai simbolik perasmian padang baharu di SNBJ yang bakal siap pada April 2023. Hasrat itu diluahkan Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim dengan menyasarkan beberapa kelab gergasi namun, ia masih belum dimuktamadkan dan perbincangan lanjut akan diadakan kemudian. “Insya-Allah, kita boleh jemput mana-mana kelab besar dari Eropah ke mari untuk bermain dengan pasukan kebangsaan atau mana-mana pasukan dalam Malaysia. “Mana-mana kelab yang bersetuju, kita cari untuk datang lawan…
Pesawat Terhempas, 133 Penumpang Termasuk Kru Dikhuatiri Maut | BEIJING : Sebuah jet penumpang milik syarikat penerbangan China Eastern Airlines membawa 133 penumpang dan kru terhempas di barat daya China dan mencetuskan ‘gunung api’. Manakala angka kematian masih belum diketahui, lapor stesen penyiaran rasmi, CCTV hari ini. Pesawat jenis Boeing 737 itu terhempas di sebuah kawasan pedalaman dekat bandar Wuzhou, rantau Guangxi dan mencetuskan ‘api setinggi gunung’, kata CCTV yang memetik kenyataan biro pengurusan kecemasan tempatan. Menurut laporan berkenaan, pasukan penyelamat telah dikerah ke lokasi kejadian. CCTV menyatakan, sebuah pesawat Boeing 737 China Eastern membawa 133 orang telah terhempas di…
Polis Letak Jawatan Lepas Kasari Murid Sekolah Berusia 12 Tahun Hingga Cedera | WISCONSIN: Seorang anggota polis meletak jawatan selepas dia melakukan kekerasan dengan menekan leher seorang murid perempuan menggunakan lutut di sebuah sekolah di Kenosha. Video tersebut disebarkan oleh pihak sekolah dan suspek difahamkan tidak bertugas semasa kejadian itu. Kejadian yang berlaku semasa waktu makan tengah hari melibatkan mangsa berusia 12 tahun. Video tersebut menunjukkan anggota polis, Shawn Guetschow terlibat dalam pergaduhan dengan gadis itu, sebelum mangsa tersungkur ke lantai dan kepalanya terhantuk di atas meja. Guetschow yang bertugas sebagai pengawal keselamatan di sekolah itu kemudian menahan kepala mangsa…
Kontroversi Drama ‘Perempuan Itu’. Ini Kata Dua Dari Jakim Yang Ditunggu Ramai | Khalifah Media Networks – Berkenaan isu yang sedang hangat diperkatakan sekarang berkenaan dengan drama ‘Perempuan Itu’, ramai marah dan ini respon dari Jakim, Baca selanjutnya.. PUTRAJAYA: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menentang keras penyiaran drama ‘Perempuan Itu’ yang bakal ditayangkan Ramadan ini. Ketua Pengarahnya, Datuk Hakimah Mohd. Yusoff menegaskan, sebarang bentuk program seumpama ini jelas mempamerkan perbuatan-perbuatan dilarang Islam. Malah dengan aksi dan adegan tidak bermoral melampaui batas serta bertentangan dengan norma masyarakat dan hukum syarak. Beliau berkata, drama sebegini tidak wajar disiarkan pada bila-bila masa. Apatah…
Konvoi Kereta Mewah Berhenti Di Tengah Lebuhraya Disiasat Polis | KULAI: Polis menjalankan siasatan susulan video tular memaparkan kumpulan konvoi kereta mewah yang berhenti di Kilometer 34, Lebuhraya Utara-Selatan arah Selatan, berhampiran susur keluar Sedenak, sehingga menghalang lalu lintas, tiga hari lepas. Ketua Polis Daerah Kulai Supt Tok Beng Yeow berkata kejadian berkenaan berlaku pada pukul 6.10 petang, Jumaat lepas. Susulan daripada itu, satu laporan telah dibuat di Balai Trafik Iskandar Puteri pada 10.11 malam, hari yang sama, kata Tok. Beliau berkata hasil siasatan awal mendapati kejadian berpunca daripada sebuah pacuan empat roda Ford Ranger yang cuba memotong konvoi kumpulan…
Cuaca Buruk Ketika Perlumbaan MotoGP, Indonesia Upah Bomoh Buat Ritual Untuk ‘Usir’ Hujan | Perlumbaan MotoGP bermula secara rasmi di Litar Antarabangsa Mandalika, Indonesia hari ini menyaksikan pelbagai persiapan rapi dibuat termasuk mengupah ‘pawang hujan’. Perlumbaan dimulakan dengan Moto3 dan diikuti Moto2. Sepanjang dua perlumbaan berlangsung, cuaca pada mulanya dalam keadaan baik namun menjadi semakin panas dari semasa ke semasa, menyebabkan pusingan perlumbaan disingkatkan dari 25 kepada 15 pusingan. Selepas perlumbaan Moto2 selesai, hujan turun tiba-tiba iaitu setengah jam sebelum MotoGP bermula menyebabkan perlumbaan terpaksa dimulakan sedikit lewat daripada yang dijadualkan. Sehubungan itu, ramai pengguna media sosial mempersoalkan ‘keupayaan pawang…
Lelaki Bersenjatakan Parang Serang Jemaah Masjid Di Kanada Ketika Waktu Subuh | Para jemaah di sebuah masjid di Kanada berdepan detik cemas selepas seorang lelaki bersenjatakan kapak dan semburan yang digunakan untuk menghalau beruang cuba melakukan serangan dalam kejadian pada Sabtu pagi. Memetik laporan media antarabangsa, serangan tersebut berjaya dipatahkan oleh jemaah, dan tiada kecederaan parah dilaporkan. Menurut pihak polis, lelaki berusia 24 tahun itu memasuki masjid di pekan Mississauga, pinggir bandar Toronto dan terus menghalakan penyembur terbabit ke arah pengunjung sebelum ditumpaskan jemaah masjid. Suspek yang dikenali sebagai Mohammad Moiz Omar kemudian ditahan di lokasi kejadian, dengan beberapa jemaah…
Mayat Lelaki Berbaju Kot Hitam Ditemui Terapung Dalam Sungai | Mayat seorang lelaki berbaju kot hitam ditemukan dalam keadaan terapung di sungai berhampiran Jambatan Pasir Tumboh, Kota Bharu pada Jumaat. Mangsa dikenal pasti sebagai Mohd Norazmie Mohd Kasim, 37, beralamat di Kampung Pasar Lama, Pasir Tumbuh, Kubang Kerian itu ditemukan pada jam 6.30 petang. Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Superintendan Mohd Suhaimi Ali berkata, sejurus menerima panggilan berhubung kejadian itu, sepasukan anggota telah dihantar ke lokasi untuk tindakan lanjut. “Sebaik sahaja tiba di lokasi, pihak kami mendapati mayat seorang lelaki telah ditemukan dalam keadaan terapung di tengah-tengah sungai di…