Author: Admin Baik

Khairul Hafizi atau lebih dikenali sebagai Admin Baik merupakan seorang penulis blog yang sangat berpengalaman. Beliau pernah mendapat anugerah penulis Ghost Writer terbaik pada tahun 2021.

Padah Tak Miliki Insurans Kereta, Kereta Mewah Influencer Terkenal Dirampas Polis | LONDON – Polis Britain menyita sebuah kereta mewah jenama McLaren milik seorang pesohor media sosial kerana dilaporkan tidak memiliki perlindungan insurans. Pooyan Mokhtari, 31, yang mempunyai hampir enam juta pengikut Instagram terpaksa berputih mata apabila melihat kereta McLaren Senna miliknya dirampas polis selepas ditahan di Dover pada 25 Februari lalu. Pesohor media sosial bergelar jutawan dari Iran itu dikatakan mempunyai nilai kekayaan sehingga £10 juta (RM54.8 juta). Dia mengakui ‘tidak dapat’ mengambil perlindungan insurans untuk kenderaan miliknya itu. Keadaan kereta yang mampu mencapai kelajuan sehingga 334 kilometer sejam…

Read More

Lelaki Tular Lastik Lori Ketika Berhenti Di Lampu Isyarat Ditahan Polis | Polis menahan seorang lelaki berusia 46 tahun, susulan tular video seorang penunggang motosikal melastik sebuah lori di lampu isyarat Amanjaya arah Sungai Lalang, Sungai Petani. Suspek ditahan di sebuah rumah di Sungai Lalang, Bedong. Dalam kejadian pada pukul 6.20 petang itu, suspek pada mulanya dilihat menunggang motosikal sambil memegang lastik di tangan kirinya. Suspek yang juga seorang penganggur kemudian memberhentikan motosikalnya di lampu isyarat sebelum dia secara tiba-tiba melastik ke arah sebuah lori yang datang dari arah bertentangan. Perbuatan lelaki terbabit sempat dirakam seorang pemandu kenderaan sebelum memuat…

Read More

Wanita Mempunyai Hormon Lelaki, Berjambang Sejak Umur 11 Tahun | LONDON: Rupa paras seorang wanita kelihatan seperti seorang lelaki apabila memiliki jambang sejak dia mencapai akil baligh ketika berusia 11 tahun. Lapor Daily Star, Harnaam Kaur yang kini sudah berusia 31 tahun disahkan menghidap Sindrom Ovari Polisistik (PCOS) yang menyebabkan ketidakseimbangan hormon dalam badan. Simptom tersebut turut memberi kesan kepada kitaran haid, tumbuh bulu di bahagian muka dan kesukaran mengandung disebabkan penghidap PCOS mempunyai tahap hormon lelaki (androgen) lebih tinggi. Selepas mengetahui keadaan Harnaam, ibunya membawa dirinya ke salon untuk membuang jambang yang tumbuh di mukanya. Bagaimanapun, proses tersebut hanya…

Read More

Ukraine Guna ‘Hantaran’ Syeikh Al-Azhar Mohon Simpati Negara Islam | Mungkin kerana menyedari banyak negara Islam mulai bercenderung ke arah Rusia, Kedutaan Ukraine di Kuala Lumpur dilihat terpaksa menukar strategi perang sarafnya. Terbaharu, pejabat diplomatik negara Eropah tersebut memuat naik hantaran daripada Syeikh Al-Azhar, Dr. Ahmed Mohamed Ahmed El-Tayyib bagi menagih simpati Muslim di negara ini. Pentadbir laman sosial kedutaan berkenaan menulis keterangan ayat ringkas Imam Besar itu turut menyertai seruan keamanan bagi Ukraine dengan tanda pagarnya Stand With Ukraine. “Saya menggesa masyarakat antarabangsa agar meningkatkan bantuan kepada Ukraine dan menamatkan perang sambil memohon Allah bagi membantu mereka,” kata Ahmed…

Read More

Gara-Gara Kuarantin, Lelaki Cetak Gambar Sendiri Ke Majlis Kahwin | Sesebuah majlis resepsi perkahwinan boleh digambarkan sebagai meriah apabila ia dihadiri oleh rakan-rakan dan kaum keluarga bagi menyaksikan penyatuan dua jiwa yang saling mencintai. Bagaimanapun, tidak semua bernasib baik untuk menghadiri hari bahagia itu memandangkan mungkin terlibat dengan situasi di luar jangka termasuklah perlu bekerja dan sebagainya. Berbeza dengan perkongsian dikongsi oleh seorang pengguna Tiktok dikenali sebagai Adzrif Sidek, rakannya tidak dapat menghadiri majlis perkahwinan ekoran perlu menjalani kuarantin di rumah akibat Covid-19. Pun begitu, rakannya membuat kejutan pada majlis tersebut dengan memunculkan diri secara kreatif apabila bertindak mencetak gambarnya…

Read More

Pelajar Universiti Di Ukraine Terpaksa Cairkan Salji Untuk Dapat Bekalan Air | KIEV – Pelajar-pelajar India yang terperangkap akibat perang di Ukraine terpaksa mencairkan salji untuk mendapatkan bekalan air bersih. Tindakan pelajar-pelajar tersebut yang belajar di universiti negara itu dibuat selepas Rusia menceroboh negara berkenaan pada 24 Februari lalu. Seorang pelajar perubatan dari India di Universiti Negeri Sumy, Ukraine, Malavika Manoj, memberitahu akhbar Hindustan Times baru-baru ini bahawa dia terpaksa mencairkan salji kerana tidak mendapat bekalan air bersih. Menurutnya, dia juga berbuat demikian bagi tujuan untuk mendapatkan bekalan air minuman. Lebih 500 pelajar India belajar di universiti tersebut dan tentera…

Read More

Isu Beg Berat: Kemudahan Loker Akan Disediakan Di Sekolah | Kementerian Pendidikan (KPM) menggariskan tujuh ketetapan dan perincian bagi menangani isu beg berat dialami murid sekolah secara menyeluruh. Ia membabitkan penyediaan lokar di sekolah rendah, penyusunan semula jadual waktu, bilangan buku latihan, penggunaan buku aktiviti dan kerja, pengenalan buku teks digital, pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran (PdP) serta kerjasama dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim). Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin berkata, ia dibuat berdasarkan penelitian ke atas maklum balas diperoleh yang mendapati isu beg berat adalah kritikal dalam kalangan murid khususnya Tahap 1, iaitu Tahun 1, 2 dan 3.…

Read More

2 Maut, 20 Cedera Parah Dalam Pergaduhan Bola Sepak Di Mexico |  Dua penyokong terbunuh manakala 20 lagi dikejarkan ke hospital susulan rusuhan yang tercetus ketika perlawanan liga di Mexico antara Queretaro menentang Atlas. Rusuhan itu berlaku hanya sejam selepas pertembungan antara dua pasukan divisyen satu itu di Stadium Corregidora, semalam. Khabar angin menyatakan 17 terkorban susulan rusuhan itu namun pegawai dari Koordinasi Perlindungan Sivil Queretaro mengesahkan 22 dihantar ke hospital manakala dua lagi berada dalam keadaan kritikal. “Semua yang lain dalam keadaan stabil. Semua yang cedera adalah lelaki dan empat daripadanya berasal dari Jalisco.” Laporan menyebut Queretaro sedang ketinggalan…

Read More

Rusia Isytihar Gencatan Senjata Sementara, Beri Ruang Orang Awam Larikan Diri | Kementerian Pertahanan Russia hari ini mengumumkan gencatan senjata terhad untuk membenarkan penduduk di dua bandar dalam kepungan, termasuk pelabuhan strategik bandar Mariupol, dipindahkan. Pengumuman dibuat Datuk Bandar Mariupol, Vadim Boychenko, yang berkata bandar berkenaan dikepung tentera Russia selepas beberapa hari serangan yang didakwa dilancarkan secara kejam. “Hari ini, 5 Mac, dari 10 pagi waktu Moscow, Russia mengisytiharkan rejim berdiam diri dan pembukaan koridor kemanusiaan untuk orang awam dari Mariupol dan Volnovakha keluar,” katanya. Sepanjang mengepung bandar Mariupol selama beberapa hari, tentera Russia didakwa memotong bekalan elektrik, makanan, air,…

Read More

Polis Tangkap Lelaki Sakit Mental Mengamuk Atas Lori Kontena | Polis telah menahan seorang lelaki dipercayai tidak siuman yang dilaporkan mengamuk di atas sebuah lori kontena di Taman Meru Indah, Klang pada Sabtu. Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S Vijaya Rao berkata, pihaknya menerima maklumat tersebut daripada seorang lelaki pada jam 10.58 pagi. “Anggota polis dengan bantuan pihak bomba berjaya menangkap lelaki itu sebelum dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu. Pada Sabtu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis memaklumkan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan…

Read More