Author: Admin Baik

Khairul Hafizi atau lebih dikenali sebagai Admin Baik merupakan seorang penulis blog yang sangat berpengalaman. Beliau pernah mendapat anugerah penulis Ghost Writer terbaik pada tahun 2021.

Kereta Kebal Rusia Habis Minyak, Lelaki Ukraine Tawar Tunda Pulang Ke Rusia | Kyiv: Seorang lelaki Ukraine menawarkan untuk menunda kereta kebal musuh kembali ke Rusia, selepas melihat kenderaan itu berhenti di tengah-tengah lebuh raya kerana kehabisan minyak. Klip video yang tular itu menunjukkan pemandu itu berhenti di samping kenderaan tentera yang tidak bergerak itu, dan bertanya kepada beberapa askar sama ada kenderaan mereka rosak. Apabila diberitahu bahawa mereka kehabisan minyak, pemandu itu ketawa dan bertanya apakah dia boleh menunda mereka balik ke Rusia. “Bolehkah saya menunda (kenderaan) kamu kembali ke Rusia?,” soal lelaki itu. Berdasarkan terjemahan pada media sosial…

Read More

Pendaki Teruja Lihat Salji Turun Di Gunung Kinabalu | Ranau: Pendaki dan malim Gunung Kinabalu terkejut selepas merasai pengalaman luar biasa melihat ketulan putih dipercayai salji jatuh dari langit ketika berada di kawasan Sayat-Sayat, dekat puncak Gunung Kinabalu, di sini, pagi tadi. Dalam kejadian jam 6.20 pagi itu, cuaca difahamkan sangat sejuk dan secara tiba-tiba kelihatan ketulan putih menyamai salji dilaporkan jatuh dari langit berhampiran puncak gunung berkenaan selama kira-kira dua minit. Fenomena itu sempat dirakam oleh pelatih laluan Via Ferrata Hajiri Sulumin, 47, ketika sedang menunggu pendaki turun dari puncak Gunung Kinabalu. Hajiri berkata, kejadian itu berlaku secara spontan…

Read More

Tular Calon DAP Johor Jaya Kena Bebel Dengan Penjaja Kerana ‘Tak Buat Kerja’ |Calon PRN DAP bagi Johor Jaya, Liow Cai Tung dileter oleh seorang penjaja tular dalam sebuah klip video ketika dia mengadakan program ‘walkabout’. Dalam klip video itu, penjaja yang menjual buah-buahan itu berdepan dengan Liow dan memberitahu bahawa dia suka DAP tetapi tidak akan menyokong Liow selepas mengadu bahawa wakil DAP itu tidak menyelesaikan masalah jalan raya. “Saya suka DAP tetapi saya tidak akan menyokong dia, dia tidak boleh buat kerja, saya telah meminta anda untuk perbaiki simpang jalan di sana kerana terdapat banyak kemalangan tetapi anda…

Read More

Perang Bertambah Buruk..Rusia Siapkan Senjata Nuklear | Presiden Rusia, Vladimir Putin telah mengerahkan pasukan khas tenteranya termasuk unit senjata nuklear untuk berada dalam keadaan waspada ‘peringkat tinggi’, lapor Badan Penyiaran Britain (BBC). Putin memberitahu ketua-ketua pertahanan bahawa arahan itu berpunca daripada kenyataan agresif Barat ketika Rusia dikecam hebat berikutan pencerobohannya ke atas Ukraine. Pengumuman itu tidak bermakna bahawa Rusia berhasrat menggunakan senjata pemusnah besar-besaran itu. Amerika Syarikat (AS) segera mengecam keputusan Putin dan menggelarnya sebagai ‘peningkatan perang yang tidak boleh diterima’. Minggu lalu, Putin telah memberi amaran bahawa sesiapa sahaja yang cuba menghalangnya di Ukraine akan menerima akibat yang tidak pernah…

Read More

Rakyat Ukraine Melutut Depan Kereta Kebal, Cuba Halang Pergerakan Tentera Rusia | KIEV – Seorang lelaki Ukraine nyaris maut apabila cuba menghalang pergerakan kereta kebal tentera Rusia di sebuah bandar di negara itu baru-baru ini. Lelaki itu kelihatan berdiri bagi menghalang kemaraan barisan kereta kebal Rusia tanpa memegang sebarang senjata api di bandar berkenaan. Dalam rakaman video itu, sekumpulan penduduk tempatan menyaksikan pergerakan kereta-kereta kebal tersebut. Namun, lelaki berkenaan didapati memanjat badan kereta kebal tersebut menyebabkan pergerakan kenderaan tempur itu berhenti buat seketika. Apabila kereta kebal itu berhenti, lelaki berkenaan kemudian turun dari kenderaan tempur tersebut. Dia kemudian melutut di…

Read More

Satu-Satunya Pesawat Terbesar Dunia Musnah Di Ukraine | Pesawat terbesar di dunia, Antonov AN-225 dilaporkan musnah semasa pencerobohan Rusia ke atas Ukraine, lapor stesen penyiaran CNN. ‘’Pesawat digelar ‘Mriya’ yang bermaksud ‘mimpi’ dalam bahasa Ukraine itu diletakkan di lapangan terbang berhampiran Kiev ketika ia diserang tentera Rusia,’’ kata pihak berkuasa Ukraine sambil menambah, mereka akan membinanya semula. “Rusia mungkin telah musnahkan ‘Mriya’ milik kami. Tetapi tidak dapat musnahkan impian kami untuk menjadi sebuah negara Eropah yang kuat, bebas dan demokratik. Kita akan menang!’’ tulis Menteri Luar Ukraine, Dmytro Kuleba di Twitter. Myria mempunyai panjang 84 meter (276 kaki) dan boleh…

Read More

‘Abang Viva’ Ke Terengganu Misi Bantu Mangsa Banjir | Lelaki yang mendapat jolokan nama ‘Abang Viva’ atau nama sebenar, Azwan Omar, kembali menjadi perhatian di media sosial dalam misi seterusnya ke Terengganu bagi membantu mangsa banjir susulan hujan berterusan di negeri terbabit. Menerusi sebuah hantaran yang dikongsi oleh Viral Media Johor, memaparkan tangkap layar perbualan melalui direct message (DM) Instagram antara beliau bersama pengguna media sosial yang menyatakan beliau kini dalam persiapan untuk ke Terengganu bagi menyelamatkan mangsa banjir setelah beliau menerima maklumat ramai terperangkap sehingga ke atas bumbung dan memerlukan bantuan. “Saya sudah membaca maklumat keadaan di Terengganu sekarang.…

Read More

Krisis Ukraine-Rusia: Rusia Sedia Runding Dengan Ukraine | MOSCOW – Delegasi Rusia tiba di bandar Gomel di Belarus untuk mengadakan rundingan damai dengan Ukraine, kata jurucakap Kremlin Dmitry Peskov pada Ahad, lapor Agensi Anadolu. Delegasi itu termasuk wakil pentadbiran presiden, kementerian luar dan pertahanan, kata Peskov kepada pemberita di Moscow. “Selaras dengan persetujuan yang dicapai, delegasi Rusia terdiri wakil Kementerian Luar, Kementerian Pertahanan dan jabatan lain, termasuk pentadbiran presiden, tiba di Belarus untuk berunding dengan rakyat Ukraine. “Kami akan bersedia untuk memulakan rundingan ini di Gomel,” katanya. Sementara itu, Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy berkata, beliau akan bersetuju untuk mengadakan rundingan…

Read More

Ketika Dunia Bimbang Perang Ukraine, Ini Pula Tindakan Korea Utara Buat Situasi Makin PANAS | Korea Utara melancarkan sebuah peluru berpandu balistik, kata Seoul yang menyaksikan Pyongyang menyambung semula ujian senjatanya selepas situasi tenang selama sebulan semasa temasya Olimpik Musim Sejuk Beijing. Perkembangan itu turut berlaku semasa tumpuan dunia beralih kepada Ukraine. Pelancaran hari ini adalah yang kelapan oleh Pyongyang pada tahun ini termasuk ujian peluru berpandu paling kuatnya. Di sebalik sekatan ketat antarabangsa, Pyongyang telah meningkatkan pembangunan ketenteraannya dan pada bulan lalu, mengugut mahu membatalkan janjinya untuk tidak melakukan ujian peluru berpandu jarak jauh serta senjata nuklear. Penganalisis-penganalisis meramalkan bahawa…

Read More

Letupkan Diri Untuk Halang Kemaraan Rusia, Askar Ukraine Ini Digelar Wira Negara |KIEV – Seorang askar Ukraine dijulang sebagai wira negara kerana sanggup berkorban dengan meletupkan dirinya bagi memusnahkan sebuah jambatan untuk menghalang kemaraan tentera Rusia, lapor akhbar The Sun kelmarin. Vitaly Skakun Volodymyrovych yang merupakan seorang jurutera tentera secara sukarela melakukan misi berbahaya iaitu memasang periuk api pada sebuah jambatan di Henichesk, dalam wilayah Kherson. Lokasi itu merupakan kedudukan strategik yang menghubungkan wilayah Crimea yang ditakluki Rusia dengan tanah besar Ukraine. Ketika bala tentera Vladimir Putin mara ke arahnya, Volodymyrovych sedar bahawa dia tidak mempunyai masa yang banyak untuk…

Read More