Author: Admin Baik

Khairul Hafizi atau lebih dikenali sebagai Admin Baik merupakan seorang penulis blog yang sangat berpengalaman. Beliau pernah mendapat anugerah penulis Ghost Writer terbaik pada tahun 2021.

Suami Ugut Cerai Jika Isteri Tak Mengandung Sampai Akhir Tahun | Petaling Jaya – Tindakan seorang suami beri ugutan mahu bercerai sekiranya si isteri tidak mengandung sehingga hujung tahun ini telah membuatkan wanita itu mengalami perasaan sedih dan terluka. Bagaimanapun, wanita berkenaan tetap memohon doa daripada orang ramai untuk dia diberi peluang mendapat cahaya mata. Kisah itu dikongsi oleh menerusi Twitter oleh pengacara dan penyampai radio Buletin FM, Ahmad Fedtri Yahya sambil menjelaskan apa erti setia jika sengsara jiwa, tiada bahagia dalam ugutan dan egois. Susulan perkongsian itu, rata-rata orang ramai mengecam tindakan suami kepada wanita itu kerana tidak memikirkan…

Read More

Varian Omicron, Saintis Sediakan Vaksin Khas Mac Ini | New York – Satu vaksin Covid-19 yang dicipta khas untuk menangani varian Omicron dijangka sedia untuk digunakan menjelang Mac ini, lapor stesen penyiaran CNBC, semalam. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Pfizer, Albert Bourla, pihaknya dengan kerjasama BioNTech sedang memfokuskan penciptaan vaksin khas bagi varian Omicron yang semakin menular di seluruh dunia. Meskipun penghasilan vaksin tersebut dianggap terlalu lewat bagi sesetengah pakar kesihatan namun ia masih berguna bagi membendung Omicron daripada terus berleluasa. “Vaksin ini sepatutnya dihasilkan pada Disember tahun lepas, ketika Omicron sudah mula dikesan di beberapa negara. “Namun begitu, kita akan…

Read More

‘Tiada Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina Tahun Ini’ – Ketua Menteri Pulau Pinang | GEORGETOWN: Kerajaan Negeri Pulau Pinang memutuskan tiada penganjuran Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina pada tahun ini. Ketua Menteri, Chow Kon Yeow, berkata keputusan itu dibuat susulan situasi semasa negara yang masih berdepan dengan pandemik COVID-19 dan belum pulih sepenuhnya. “Keputusan itu juga dibuat selepas mengambil kira aspek keselamatan semua pihak terutamanya rakyat Pulau Pinang secara menyeluruh. “Tambahan pula, terdapat keperluan terhadap pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat, lebih-lebih lagi dengan pengesanan beberapa kes varian Omicron di Pulau Pinang baru-baru ini,” katanya dalam kenyataan di sini,…

Read More

Selepas Omicron, Saintis Temukan Pula Varian Baharu Covid-19 ‘Deltacron’ | PARA saintis di Cyprus percaya mereka telah menemui varian terbaharu Covid-19. Sebanyak 25 kes dikesan setakat ini berkaitan varian Deltacron, yang merupakan gabungan antara varian Delta dan Omicron, memetik laporan Bloomberg. Profesor Sains Biologi Universiti Cyprus, Leondios Kostrikis memberitahu Sigma TV, terdapat jangkitan yang menggabungkan varian Omicron dan Delta. Saintis di Makmal Bioteknologi dan Virologi Molekul telah mengesan 25 individu yang dijangkiti varian tersebut. Mereka turut mendapati varian tersebut lebih mudah menjangkiti individu yang sedang dirawat di hospital. “Kami sedang mengkaji adakah varian ini lebih mudah berjangkit berbanding varian yang…

Read More

Lelaki Bernama Kovid Raih Perhatian Netizen Di Media Sosial | Dia menceritakan pengalamannya mengembara ke luar India buat kali pertama sejak bermulanya wabak itu “dan ramai yang terhibur dengan nama saya”. APA ada pada nama? Bagi seorang pengasas start-up pelancongan India, Kovid Kapoor, nama telah menjadikannya sensasi di media sosial. Profil Twitter lelaki berusia 31 tahun itu berbunyi ‘Nama saya Kovid dan saya bukan virus’. Dia menceritakan pengalamannya mengembara ke luar India buat kali pertama sejak bermulanya wabak itu “dan ramai yang terhibur dengan nama saya”. “Perjalanan ke luar negara akan datang pasti lebih menyeronokkan!” katanya dalam ciapan yang telah…

Read More

Walau Sudah Tua, Nenek-Nenek Ini ‘Wajib’ Belajar Taekwando. Ini Sebabnya.. | NAIROBI: Sekumpulan wanita warga emas mempelajari seni mempertahankan diri iaitu taekwando bagi mengelakkan diri mereka menjadi mangsa gangguan seksual. Di kawasan setinggan Korogocho di Nairobi, golongan wanita berusia antara 60 hingga 110 tahun giat menyertai kelas taekwando di sebuah pusat masyarakat. Biarpun sudah berusia, kumpulan tersebut masih berisiko menjadi mangsa serangan seksual kerana dianggap sebagai golongan lemah. Selain diajar strategi untuk menjerit meminta pertolongan sekiranya diserang, golongan tersebut turut ditunjukkan asas seni pertahanan diri. Menurut pihak berkuasa Nairobi, majoriti kes serangan seksual melibatkan pihak yang dekat dengan golongan wanita. Sehubungan…

Read More

Padah Ikut Trend ‘Unboxing Pengantin’, Netizen Kecam Pengantin Baru | Petaling Jaya – Trend ‘unboxing pengantin’ atau ‘unboxing by husband’ menjadi ikutan pasangan pengantin baharu terutamanya di kalangan wanita bertudung baru-baru ini. Menerusi perkongsian pengguna di laman TikTok mahupun di platform media sosial yang lain, trend yang semakin digilai ramai itu mendapat kecaman dan kritikan yang hebat daripada orang ramai. Video yang dimuat naik itu memaparkan pengantin lelaki akan membantu membukakan tudung pengantin perempuan dengan menanggalkan setiap aksesori yang terdapat pada bahagian kepala pengantin terlebih dahulu. Sementara itu, kedua-dua mereka masih memakai busana pengantin dan ia akan dirakam menerusi cermin…

Read More

Sekolah Terjejas Banjir, Pelajar Boleh Pakai Baju Biasa | Segamat – Lebih 300 sekolah di seluruh negara dikenal pasti terjejas akibat banjir dengan sebahagiannya telah dibuka bagi sesi persekolahan penggal ketiga bermula hari ini untuk kumpulan A. Timbalan Menteri Pendidikan II, Datuk Mohamad Alamin berkata, sekolah yang masih belum dibuka itu disebabkan masih digenangi air, dijadikan pusat pemindahan sementara (PPS) atau masih dalam proses pembersihan. “Sebahagian sekolah bermula hari ini di negeri kumpulan A dan ada beberapa yang belum dapat dibuka termasuk di Sabah, Pahang dan Selangor. “Maklumat mengenai status sekolah ini akan dikemas kini oleh pejabat pendidikan daerah dari…

Read More

.Apa Hukum Masak Haiwan Laut Hidup-Hidup? Ini Penjelasan Dr. Zulkifli Yang Kita Perlu Tahu | Khalifah Media Networks – Ramai yang tampil dengan persoalan hukum masak haiwan laut hidup-hidup. Ikuti penjelasan daripada Dr Zulkifli mengenai persoalan ini. PUTRAJAYA: Hukum memasak haiwan laut secara hidup-hidup seperti ikan, sotong kurita dan seumpamanya adalah makruh. Itu penjelasan Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri menerusi artikel terbaharu soal jawab agama dikeluarkan portal Maktabah Al-Bakri, hari ini. Beliau tampil menjawab persoalan umat Islam mengenai hukum memasak haiwan laut yang masih hidup. Seperti yang banyak dilakukan di kedai makan dan restoran. Bagaimanapun, Zulkifli berkata, adalah lebih…

Read More

Warga Emas Dikecam Menyanyi Sampai Terbaring | Petaling Jaya – Tindakan seorang warga emas yang menyanyi di kedai makan sambil terbaring hingga terangkat kedua belah kaki dan menunduk membawa padah apabila menerima kecaman orang ramai hari ini. Berdasarkan sebuah rakaman klip video berdurasi 50 saat yang dikongsikan oleh Kamaruzaman Abdul Rasip lelaki itu membuat aksi itu ketika tiba pada nada tinggi ketika menyanyikan lagu Di Penjara Janji dendangan penyanyi asalnya, Awie. Umum mengetahui lagu-lagu dendangan Awie agak sukar untuk dibawa kerana memerlukan penghayatan yang lebih mendalam dan nada yang tinggi. Susulan perkongsian itu, rata-rata orang ramai mengecam cara pakcik itu…

Read More